Sunday, January 18, 2009

Anugerah Juara Lagu ke 23

Stadium Putra Bukit Jalil, 18 Januari 2009

Lintas Langsung: Depan TV!!

Pengacara: Cheryl Samad, Ally Iskandar & Faizal Ismail

Pengarah Muzik: Ramli MS

Tema: Iluminasi Muzik

Juri Profesional: Hazami, Acis, Mohariz Yaakub, Saharudin Mustapha, Adibah Noor, Dr Wan Zawawi, Helen Yap, Azmeer (ketua juri).

Bukan Di Sini – Sofaz
Salah satu penyertaan Group/Berkumpulan. Saya suka persembahan Sofaz. Mereka nampak bersungguh2 dan enjoy.

Lagu Kita – Aizat
Malam ini merupakan satu sejarah buat Aizat sendiri kerana lagu ciptaan beliau di usia 17 telah berjaya membawa beliau ke Final. Tapi, ada sikit lain la pada susunan lagu. Vocal dan irama seolah2 tak senada. Entahlah, mungkin saya silap..

Dusta Berkalang – Aiman
Intro yang agak lain. Aiman sendiri melakukan kejutan dengan berpakaian ala Firaun.. hmm.. rimas juga tengok penari latar, tapi ianya mungkin perlu untuk menghidupkan maksud lagu ini. Saya rasa Aiman perlu fokuskan pada ekspresi muka beliau memandangkan beliau begitu berhati2 dengan topi Firaun beliau yang saya rasa berat. Cubaan yang baik, namun beliau perlu pandai bermain dengan kamera

Cuba – Faizal Tahir
Welcome back! Itulah ungkapan yang paling tepat selepas Faizal Tahir tidak dapat menyanyikan sendiri 2 lagu beliau pada Juara Lagu yg ke 22 tahun lepas. Rata2 rakan saya menjangkakan beliau akan jadi juara malam ini. Faizal membawa gitar untuk mengiringi lagu ini. Saya jangka persembahan untuk lagu kedua pasti lebih hebat. The vocal – undeniably fantastic!!

Yang Pernah – Estranged
Estranged mengulangi kegemilangan mereka tahun lepas bila lagu mereka sekali lagi berjaya ke Final. Rich nampak hensem sikit semenjak kawin Desember tahun lepas. Haha.. Awal2 nampak macam nervous, tapi semakin baik dengan gimmick mereka.

Hanya Di Mercu – Ayu
Rambut baru ala Oprah menyerlahkan lagi persembahan beliau. Saya suka penambilan baru ini! Kena lebih ekspresi ya dik!! Tak perlu penari latar jika tumpuan hanya untuk beliau.

Doa Dalam Lagu - Zahid & Heliza
Terselit pesanan dari Mawi, penyanyi asal lagu ini yang sekarang berada di Korea. Beliau meminta maaf kerana tidak dapat menyertai Finale ini. Terkilan sikit katanya. Zahid menggantikan beliau pada malam ini. Beliau dan Heliza did a very good job!! Gandingan suara memang serasi malam ini. Heliza looks cute with baju ala pengantin.

Sampai Syurga – Faizal Tahir

I love this song and I am really2 glad that Faizal is the singer. Tak terbayang orang lain yang menyanyikannya. Saya dah jangka – persembahan beliau kali ini lain dari yang lain. Beberapa orang pembantu sebagai ‘entourage’ seolah2 sedang menyiapkan beliau sambil beliau menyanyi. Kemudian, sekumpulan koir perlahan2 beratur di hadapan beliau dan beliau keluar semula dengan persalinan yang sedikit berbeza dan bermain gitar. Sekali lagi saya tekankan: Vokal beliau memang HEBAT!!

Bila Nak Saksi – Spider
Saya suka vocal Tam. Enuff said. *wink**wink*.. Err.. he DOES looks gorgeous tonite..

Aku Stacy – Stacy
Alamak! Terlebih sudah.. Tag line Stacy yang ‘terlebih sudah..’. Stacy membawakan gaya ‘Iluminasi’. One word for Stacy – SUPERB!!!

Dingin – Ziana Zain
Penyanyi tersohor Malaysia yang masih lagi popular dan vocal yang masih mantap. Lagu kategori Balada ini diumumkan layak menyertai Finale semasa Semi Final Pop Rock. Kak Ziana best!!

Lagu Untukmu - Meet Uncle Hussein
Persembahan yang amat bagus sekali! Gimik rupa badut sangat menjadi!! Nyata mereka kreatif dalam meng’iluminasi’kan muzik mereka malam ini.

Persoalan Cinta – Farawahida
Persembahan yang ‘colourful’ ala Hang Li Po. Kita dah dapat pengganti Noraniza Idris nampaknya.

Kalis Rindu - Elyana
Komen ‘berkaki ayam’ yang tak berkesudahan dari TV3 sejak ianya dijadikan isu. Pencipta lagu & penulis lirik – Aidit Alfian & Julfekar mengiringi dengan bermain gitar. Persembahan Elyana sangat ‘cute’.

Persembahan Iluminasi Muzik
Gemilang - Wada, Jaclyn, Gadis Melayu – Haqiem, Jamal Abdillah, Andalusia – Hafiz, M. Nasir, Isabella – semua

Persembahan Terbaik: Sampai Syurga – Faizal Tahir
Yeeehaaaaaaaarrrrrrrr…… he deserves it!!!!

Vokal Terbaik: Sampai Syurga – Faizal Tahir
OMG!! *Dies*

Juara Kategori Etnik Kreatif: Dusta Berkalang – Farawahida
Err…

Juara Kategori Balada: Sampai Syurga – Faizal Tahir
Fuhhh… puas hati gilerr…

Juara Kategori Pop Rock: Lagu Untukmu – Meet Uncle Hussein
Weeehooooooooooo….

JUARA LAGU
Lagu Untukmu
Meet Uncle Hussein


 

Copyright 2007 ID Media Inc, All Right Reserved. Crafted by Nurudin Jauhari