Thursday, June 26, 2008

Sepi the Movie


Aku ada pegi tengok Sepi the Movie premiere hari tu.. memang teringin sangat nak tengok coz Khabir Bhatia yang direct. Sebelum ni ada tengok filem Cinta, and i fell in love with Cinta. So, for Sepi, aku tak sabar nak tengok jalan cerita dia yg dikatakan sedikit berbeza dengan Cinta. Para penonton pun dah diberitahu awal2, jangan bandingkan Sepi dengan Cinta. So, masa tengok tu, aku seboleh2nya, tak nak ingat Cinta langsung..

Here's the synopsis of the movie:-

Sepi

Jalan menemui kebahagiaan tidak selalunya mudah. Untuk Adam, Sufi dan Imaan, sepi terlebih dulu menjengah hati mereka. Sepi membuat mereka mencari cinta, memilih cinta, dan menggenggam cinta. Sepilah mengajar mereka erti cinta.

Adam seorang chef yang berjaya, dan kek perkahwinannya sering menjadi idaman pengantin. Dia sentiasa menghadiri majlis majlis perkahwinan – tanpa pasangan. Walau sentiasa dikelilingi teman-teman, Adam rasa tersendiri. Walau sentiasa kelihatan ceria, hatinya tercari-cari. Dia inginkan seseorang untuk berkongsi bahagia.

Tapi mungkinlah cinta yang dicari, telah lama berada di depannya?

Setelah kematian isterinya, Sufi terbeban dengan memori. Hatinya yang kosong enggan meneruskan hidup tanpa kekasih hati. Dia berlari - menjauhkan diri dari realiti kehidupan, kerjaya, malah anaknya sendiri. Tidak terbayang olehnya cinta akan menjenguknya lagi. Bukankah cinta datang hanya sekali dalam hidup?



Imaan kecewa bila pementasan teater nukilannya tidak diambil serius oleh pelakon utamanya, Ean. Imaan bencikan Ean, tapi tanpa disedarinya, Ean berjaya mencuri hatinya. Benci berubah menjadi bibit cinta. Tapi Imaan sudah berpunya. Hatinya tersepit antara kasih pada dua lelaki yang begitu penting dalam hidupnya. Akhirnya, cinta memaksa Imaan memilih.



Tiga kisah yang berbeza, terikat dalam satu destini.



Daripada 3 cerita ni, aku suka yang no 1 dengan no 3 (trying hard not to bandingkan dengan Cinta)

Cerita No 1: Ilyana - Adam - Suzie

Best giler cerita no 1 ni. Paling 'terasa' la.. Suka watak Adam yang selamba rock tapi dalam hati dia, penuh ke'sepi'an. Bertambah sepi bila wanita idaman akan berkahwin lain.

"Afdlin yang super duper talented"

Vanida was superb - aku makin suka dengan lakonan dia.. as Ilyana, dia ala2 Perempuan Melayu Terakhir gak la. Tak salah aku, lepas ni dia akan berlakon movie as pompuan dangdut gedik.. hehehe... tak sabar nak tengok jugak.. apa pun watak yg diberi, Vanida memang berjaya bawa watak tersebut dengan excellent!! Part Ilyana & Adam kat dapur main tepung tu paling best..

"Nasha memang talented actress!!"


Watak Nasha memang menghiburkan.. lain daripada watak control ayu yg selalu Nasha main la kan.. Geram pun ada... but that means that dia memang berjaya watak tu kan kan...

Cerita No 2 : Sufi - Marya - Zain

Truthfully, cerita yg ni plak slow sikit. Member aku almost tido dah kat sebelah.. Part sedih masa accident tu la... and then sanggup la si Sufi ni tinggalkan anak dia sedih sorang2. Tak patut betui.. Anak tu lagi strong dari dia..


Eja? Hmm.. macam lakonan biasa.. tak ada perubahan dari drama2 yg dia lakonkan.. aku lagi suka watak dia as Lawyer dalam Sadiq & Co.



Riezman/Zain, pun macam biasa je.. but slightly better than Eja..

Cerita No 3 : Ean - Imaan - Khalif

Macammana aku tak teringat Cinta bila tengok cerita ni if the same name was used - Khalif (dlm Cinta, Khalif was boifren Amani). Anyhow, i still liked this version of Sepi. Shocking at the end rupanya... tak sangka betul. Baizura still nampak kaku sikit... maybe watak dia macam tu kot.. tapi ada la nampak chemistry sikit dengan Pierre. Derang kan couple dlm Dunia Baru the Movie. So amik mood tu la kot.. but i hated the hair lah.. macam pakai wig at all times...

"Mana lebih ada chemistry.. Pierre atau Sein?"

Aku suka Syed Hussain berlakon citer ni. Memang tepat. Lakonan yg bersahaja dan nampak ke'charming'an yg tersendiri. Hahaha... 'Terasa' gak bila Ean menghayati sajak atas stage bila dia ingat Imaan tak datang tgk dia berlakon. Paling romantik masa Ean & Imaan duduk kat jambatan at the end of the movie.

"One of my favourite moments.."


Destini


Takdir menentukan Imaan - Adam - Sufi bertemu dalam keadaan yang tak disangka. Takdir jugalah yang menentukan ada antara mereka yang merasakan sepi tanpa penghujungnya. Nak tergelak gak aku masa anak Sufi yg dah besar, datang jumpa Marya. Ingat kot Sufi wasiat anak dia kawen je ngan Marya.. kah kah kah... as if!!

Good Job Khabir Bhatia and crew!!! Congratulations to the 9 main actors!! I know this movie mesti dapat award punya lah...

Sunday, June 08, 2008

Shopping Anyone?


Last week, Selasa mlm, i went to a seminar in Singapore... hmm.. i did not expect to ever go to overseas this year, but since my senior, Alice is taking her maternity leave, i had to accompany my boss to a Summit at Grand Copthorne Waterfront Hotel in Singapore.


Yeahuuuuuuuuuuuuu.... aku bukanla nak pegi sangat... cuma aku rasa ni la masanya aku bleh kluar rumah lama sikit... ehehehe... almaklumlah selama ni 'terkurung' sekejap... tima kasihla kat boss aku yg bg peluang ni kat aku...

Anyway, Alice called before aku pegi Singapore, informing me that Singapore is actually having their Grand Sale... warghh...... selama ni asik dengar aje orang kata best shopping kat sana... so Singapore, here i come....

Err... 1st night there, naik van dari airport ke hotel kitorang, van driver pi bantai bukak cerita hantu kat radio... dah la aku ngan boss aku duaorang je masa tu... almost 12 midnite... aiyaaa.... scary mannnn.....

Aku actually pegi 2nd Annual Mobile Financial Services Summit. Interesting giler... coz jumpa ramai rakan sejawat yg sekufu... ahahaha... dari banking sectors, telcos, mobile manufacturers, sampaila ke other financial institutions lain. Very interesting topics were discussed. Tak sia2 aku datang, eventhough 1/3 masa, aku dok tersengguk2... hahaha... Macam2 ragam bleh aku nampak... food pun sedap...

Yang bestnya, aku jumpa ramai 'Leng Chai' kat sana.. salah sorangnya, mamat dari DiGi Malaysia, tinggi gila... 2nd day, aku dok sebelah dia.. eheheh.. aku dapat la bisnes card derang, tapi malangnya aku tak ingat nama dia yg mana. kah kah kah... hopefully bleh bekerjasama someday... ehehehe...

Anyway, habis je seminar, lepas tukar baju, terus boss aku ajak pegi shopping... wallaaa... 1st day kitorang pegi area Robinson/Centre Point... banyak gila choices... sampai aku tatau nak beli apa... ahahaha... yg tak bestnya masa nak tunggu teksi nak balik hotel... adoii... letihnyaaa... 2nd day lak, pi area Atria and sekitar... emm.. still mahal eventhough tgh sale... ada gak la aku beli sikit utk anak2 sedara aku...

Balik je dari Singapore, sampai rumah kol 10pm, borak2 sat ngan parents.. pas tu check e-mail ngan facebook, pas tu check email ofis. Mlm tu jugak, kol 1.30am, aku kena pegi buat system testing kat ofis... adoi... sampai 11 pagi lak tu... balik je testing, terus aku cari katil... huhuhu... sejarah betoi.. punyala lama tak tido...

Anyway... sapa yg gila shopping tu, sila la ke Singapore ya...
 

Copyright 2007 ID Media Inc, All Right Reserved. Crafted by Nurudin Jauhari