Saturday, March 15, 2008

Gelanggang Raja Lawak 2 - Akhir

Aloo.. aloo... lama gak aku tak update padahal banyak menda nak cerita ekceli...

Anyway, semalam, aku gi nengok Gelanggang Raja Lawak 2 Akhir kat Dewan Sivik, PJ. Nostalgia gak la coz balik ke ofis lama aku yg kat sebelah dewan tu je..
Sampai2 dah penuh gila kete.. tu pun aku ngan
budiey rasa cam awal jugak kitorang sampai. Sempat gak aku beli bateri untuk kamera baru aku... ehehehe.. Canon PowersHOT SX100 IS. Teruja gak la coz first bawak kamera ni kuar umah... bau kedai lagik haa.. ahahaha...

"stage yg kalerful"

Stage setting quite colorful, tapi bapak aku kat umah kata not really up to the standard... standard apa pun aku tatau laa..

"serasi bersama?"

Pengacara malam tu - Johan ngan Zizan, finalist Raja Lawak tahun lepas. Aku memang nampak gak la Johan tu sikit 'poyo' macam yg kat magazine dok huha kan... tapi gandingan dia ngan Zizan memang menjadik, tambah lagik Zizan yg kelakar giler... almaklumlah... awek kat depan dok nonton gak - Leez la apalagi... ehehehe... Leez datang ngan Farhan and Hazama. Hazama dah rambut panjang now, hampir2 aku tak kenal.


"cam tak caya je ni hazama.."


"farhan & leez.."

Performance malam tu ada 2 slot, 2nd slot ada theme - Inilah Cerita Saya. Tough jugak aku rasa theme macam tu... tapi macam2 gaya ada lah...
Raja Lawak yg dinobatkan malam tu ialah Nabil, bekas Mat Despatch, macam Shawal gak la dulu. Nabil memang sempoi habis... walaupun sempoi, tapi lawak dia menjadi gila dalam dua2 slot. Nabil menang kereta Nissan Latio (Sedan 1.8 Auto), wang tunai RM10,000, pakej percutian serta trofi. No 2, kumpulan Cham and nombor 3 - Kumpulan No Entry (XN3). Undian untuk Nabil adalah sebanyak 77% - banyak tu!!, Cham - 19% and XN3 - 4%.


"senyuman seorang juara"

Nabil kata seumur hidup dia, tak penah dia menang apa2, n la first time. Tapi nampak gak ke'humble'an dia. Hopefully Astro tak sia2kan dia macam Yus. Lepas ni ada program khas untuk para pemenang - The Best of Raja Lawak. Pas tu pandai2 la derang nak bertapak lama kat industri seni nih.

Gambar2 yg sempat aku amik.










 

Copyright 2007 ID Media Inc, All Right Reserved. Crafted by Nurudin Jauhari