Wednesday, February 06, 2008

Review: Dunia Baru the Movie

Pengarah
Yeop Hitler a.k.a Latiff Zami a.k.a M Hitler Zami

Penerbit
Ahmad Puad Onah (Grand Brilliance Sdn Bhd)

Pelakon
Erneelya Elyana sebagai Opie
Wan Elyas
sebagai Tajol
Pierre Andre
sebagai Adif
Anne Ngasri
sebagai Madihah
Almy Nadia
sebagai Suzanna
Iqram Dinzly sebagai Darius
Anita Baharom
sebagai Anizah
Mohd Hafiz
sebagai Fazley
Baizura Kahar sebagai Erika

Genre
Adventure Comedy

Tarikh Tayangan
7 Februari 2008

Filem ini bermula apabila Opie mendapat kejutan melalui surat yang ditulis oleh Anizah menyatakan hasratnya untuk ke Thailand dan kahwin lari dengan Fazley. Menurut kandungan surat itu, Anizah begitu nekad hingga sanggup melepaskan tawaran melanjutkan pelajaran di UK. Perkara ini menggusarkan teman-teman rapatnya iaitu Opie, Madihah, Suzanna, Adif dan Tajol. Mereka berpakat untuk mengejar Anizah dan mengubah fikirannya.

Pengembaraan pencarian Anizah merupakan suatu perjalanan yang semakin lama semakin kecoh dan berperistiwa, membuat penonton teruja khasnya pengikut setia siri Dunia Baru - kisah geng kolej paling popular di Malaysia.

Saya tak sangka bila saya menghadiri Prebiu Filem – Dunia Baru the Movie semalam, filem tersebut akan meninggalkan kesan buat saya. Mana taknya, saya rasa ini pertama kali saya betul2 rasa terhibur dengan jalan cerita filem komidi ’adventure’ di Malaysia.

Majlis bermula dengan pendaftaran tetamu dan jamuan ringan. Sedap juga makanan yang dihidangkan. Saya datang bersama rakan saya, Braggs dan kami terjumpa pula dengan rakan bloggers yang lain, Justice, Panji dan Budiey yang datang bersama rakannya, Azwan.

Antara artis yang datang awal dan sempat beramah mesra dengan peminat ialah Iqram Dinzly dan Uncle Seekers. Hampir sejam menunggu, barulah nampak kelibat artis2 dan VIP2 lain seperti pengarah terkenal, Yusoff Haslam dan pengarah fotografi, Badaruddin Hj Azmi. Ahmad Fedtri Yahaya yang bertugas sebagai MC malam tadi rupa2nya turut berlakon sebagai dirinya sendiri dalam filem ini. Dah beralih angin nampaknya. Hahaha...

Selesai ucapan oleh penerbit dan pengarah filem, MC memperkenalkan dan mempromosi Pay Station dan Frenclub Mobile sebagai salah satu cara mereka meluaskan kempen promosi. Ada juga acara cabutan bertuah untuk para penonton. Bagusnya!! Selepas itu pula, barisan pelakon utama diperkenalkan dan mereka bergambar secara solo dan juga secara berkumpulan. Kalau ada penyanyi yang menjadi pelakon, tak sah kalau tak menyanyi kan! Elyana mendendangkan lagu ’Kau dan Aku’ selepas kumpulan Duta menyampaikan lagu ’Cinta Antara Kita’. Lagu ’Cinta Antara Kita’ patut dinyanyikan secara berduet dengan pelakon Baizura Kahar, malangnya Baizura tidak dapat hadir. Saya sebenarnya tertunggu2 untuk berjumpa dengan Baizura setelah menyaksikan lakonan comel beliau dalam filem ’Cinta’ dulu. Kami kemudiannya menonton filem lebih kurang jam 9.30pm.

Sebelum saya menonton filem ini, saya telah baca sinopsisnya di beberapa laman web yang saya rasakan sangat ringkas dan biasa. Tapi setelah saya saksikan sendiri, nyata jalan cerita filem ini lebih ’power’ dan kelakar!! Nyata tayangan 94 minit saya rasa tidak cukup dan ’ending’nya pula perlu ada kesan yang lebih. Macam2 elemen ada dalam filem ini - kelakar, seram, sedih, pergaduhan, percintaan, cemburu, sakit hati, simpati, geram, kecewa, psiko, cinta pada kehijauan tanahair, jenayah, bongkak. Pendek kata, Macam2 Ada!!!

Kemunculan pelakon2 lain yang juga tidak ketinggalan memeriahkan lagi filem ini. Zami Ismail (Pak Uda), Rozita Che Wan, Kenchana Devi (Puteri), Uncle Seekers & team, ibu kepada Pierre iaitu Khatijah Tan (juga berlakon sebagai ibu Pierre dalam filem ini), Opie Zami, Ilya, Pian, Rafique (Diari Ramadhan Rafique), pakcik yg naik basikal, pekerja petronas berbangsa Bangladesh dan Ahmad Fedtri Yahaya.

Tahniah buat Yeop Hitler, Grand Brilliance dan kru2 produksi Dunia Baru the Movie. Filem ini memang best dan berbaloi!! Saya jangka filem ini akan mencapai Box Office, tapi tak tahulah berapa juta. GOOD LUCK!
 

Copyright 2007 ID Media Inc, All Right Reserved. Crafted by Nurudin Jauhari