Monday, February 11, 2008

ABPBH 2007 Makin Hangat!


Berdebar rasanya menunggu jumlah undian Anugerah Bintang Popular Berita Harian tahun ini. Tahun lepas, Bintang Paling Popular masih lagi berpihak kepada Mawi di mana beliau memenangi kereta Naza Sorento 2.5 Litre CRDi Turbo Intercooled yang beliau gunakan untuk kegunaan peribadi. Tahun ini siapa pula ya? Berjayakah Mawi mengumpul satu lagi kereta baru iaitu kereta Peugeot 407 2.0 sumbangan Naza Kia Sdn Bhd bernilai RM300,000 yang ditawarkan tahun ini?

Yang nyata, saya tak mahu ketinggalan menghantar undian dan memenangi hadiah kereta Peugeot 307 1.6 memandangkan kereta Kancil saya sudah 'uzur'. Hahahah... Borang Undian telah pun disiarkan di akhbar Berita Harian dan Berita Mingguan setiap hari bermula 23 Disember lalu dan para pengundi bolehlah mengundi sebelum 19 Mac 2008.

Finalis tahun ini di bawah 16 kategori adalah seperti berikut:-

01. Pengacara TV Lelaki Popular
1. AC Mizal 2. Ally Iskandar 3. Aznil Nawawi 4. Azwan Ali 5. Wahid Senario

02. Pengacara TV Wanita Popular
1. Cheryl Samad 2. Fara Fauzana 3. Fauziah Ahmad Daud 4. Raja Azura 5. Sharifah Shahira

03. Penyampai Radio Lelaki Popular
1. Aznil Nawawi (Era FM) 2. AC Mizal (Era FM) 3. Faizal Ismail (Hot FM) 4. Khairil Rashid (Sinar FM) 5. Kieran (Era FM)

04. Penyampai Radio Wanita Popular
1. Abby Fana (Sinar FM) 2. Fara Fauzana (Hot FM) 3. Linda Onn (Era FM) 4. Nana (Era FM) 5. Nila Kurnia (Sinar FM)

05. Artis Komedi Lelaki Popular
1. Afdlin Shauki 2. AC Mizal 3. Saiful Apek 4. Piee 5. Zul Yahya

06. Artis Komedi Wanita Popular
1. Adibah Nor 2. Kenchana Devi 3. Raja Azura 4. Sharifah Shahira 5. Sheila Rusly

07. Artis Baru Lelaki Popular
1. Bard R1 2. Dafi 3. Diddy 4. Fiq 5. Kaer Azami

08. Artis Baru Wanita Popular
1. Farah Asyikin 2. Fouziah Ghous 3. Heliza 4. Julia Ziegler 5. Mila

09. Penyanyi Nasyid Popular
1. Hijjaz 2. Inteam 3. Mirwana 4. Rabbani 5. Raihan

10. Penyanyi Lelaki Popular
1. Adam 2. Anuar Zain 3. Faizal Tahir 4. Mawi 5. Hazami

11. Penyanyi Wanita Popular
1. Adibah Noor 2. Mila 3. Jaclyn Victor 4. Misha Omar 5. Siti Nurhaliza

12. Artis Berkumpulan / Duo Popular
1. Kristal 2. Jinbara 3. Misha Omar & Andy 4. Spider 5. Sofaz

13. Pelakon Filem Lelaki Popular
1. Afdlin Shauki 2. Pierre Andre 3. Rusdi Ramli 4. Rosyam Nor 5. Saiful Apek

14. Pelakon Filem Wanita Popular
1. Erra Fazira 2. Fasha Sandha 3. Maya Karin 4. Sharifah Amani 5. Vanidah Imran

15. Pelakon TV Lelaki Popular
1. Aaron Aziz 2. Arash Mohamad 3. Fahrin Ahmad 4. Rosyam Nor 5. Jalaluddin Hassan

16. Pelakon TV Wanita Popular
1. Dynaz 2. Eja 3. Fasha Sandha 4. Rita Rudaini 5. Rozita Che Wan

Artis Paling Popular ini saya jangka samada Mawi atau Datuk Seri Siti Nurhaliza. Saingan antara mereka berdua sememangnya sengit!

ABPBH2007 edisi ke 21 ini akan berlangsung di Arena of Stars Genting Highlands pada 30 Mac. Saya harap saya akan berpeluang sekali lagi untuk menyaksikan anugerah gilang gemilang ini dan memulakan sesi 'skodeng' para artis pujaan saya. Hahaha!

Berikut adalah senarai penaja ABPBH2007:-

· Habib Jewels Sdn Bhd - penaja utama
· Naza Kia Sdn Bhd - kereta Peugeot
· JVC Sales & Services (M) Sdn Bhd
· Genting Higlands Kota Keriangan - lokasi rasmi.
· TV3 - hos penyiar rasmi.
· Hot FM - radio rasmi.
· Hotel Palace of the Golden Horses - hotel rasmi sidang media.
· Mara Liner - pengangkutan rasmi.


Para finalis ABPBH juga sudahpun memulakan rombongan jelajah ABPBH2007 yang bermula di Kota Bharu minggu lepas untuk tujuan promosi dan sesi bertemu peminat. Mereka akan menemui anda di beberapa lokasi pada tarikh2 seperti berikut:-

· KB Mall, Kota Bharu, Kelantan - 8 dan 9 Februari.
· Dataran Shah Bandar Kuala Terengganu, Terengganu - 15 dan 16 Februari.
· Dataran Pahlawan Mall, Melaka - 23 dan 24 Februari.
· Kuantan Parade, Kuantan, Pahang - 1 dan 2 Mac.
· Batu Pahat Mall, Batu Pahat, Johor - 7 dan 8 Mac.
· Kompleks Pasir Gudang, Johor Bahru, Johor - 8 dan 9 Mac.
· Alor Star Mall, Alor Star, Kedah - 14 dan 15 Mac.

· SACC Mall, Shah Alam, Selangor - 22 dan 23 Mac. MAP

Jangan lupa mengundi dan jumpa di Genting ya!
 

Copyright 2007 ID Media Inc, All Right Reserved. Crafted by Nurudin Jauhari