Thursday, January 10, 2008

BORAK LOKASI: Percintaan Akma, Kautsar

kru produksi klip video 'Aku Tetap Milik Mu'

UMUM mengenali Zainal Alam Kadir, 41, sebagai pengacara tetapi tidak ramai tahu bekas pengarang hiburan akhbar Malay Mail ini turut berbakat besar dalam bidang nyanyian. Minatnya yang begitu mendalam terhadap muzik turut membawa pengacara rancangan Filem @ Kirana ini menubuhkan produksi sendiri, Alamorphosis Sdn Bhd (ASB).

Artis sulungnya, ALAMband dianggotai Andrey Sophian Adris (vokal utama), Yusry Adi (drum), Muhammad Kautsar Mat Sin (base), Isma Izhar (gitar) dan Adiey Ariansa (gitar), baru saja muncul dengan album kedua, Tetap Milikmu. Single pertama mereka, Aku Tetap Milikmu mula berkumandang di kebanyakan radio tempatan.

Bagi menghangatkan promosi album itu, ASB baru-baru ini menghasilkan klip video Aku Tetap Milikmu yang dilakukan sepenuhnya di Pulau Pinang.

Bagi melihat secara dekat proses klip video dilakukan, RAP dipelawa ASB ke lokasi yang membabitkan apartmen mewah di kawasan Persiaran Gurney di sana.

Menariknya, dalam menghasilkan klip video ia memerlukan lakaran cerita (storyboard) bagi memudahkan penggambaran dijalankan dan lirik lagu menjadi skrip penceritaan.

Selaku penerbit, Alam yang turut bertungkus-lumus di lokasi memberitahu proses pembikinan klip video tidak banyak beza dengan iklan televisyen. Penggambaran dilakukan dalam masa singkat dan paling lama dua hari.

“Setiap pembikinan klip video memerlukan lakaran cerita. Setiap tenaga kerja termasuk pengarah tidak perlu pening kepala untuk memikirkan sudut sesuai diperlukan kerana segalanya sudah digambarkan di atas kertas,” katanya.

Kata Alam, jalan cerita untuk klip video Aku Tetap Milik Mu dihasilkannya sendiri dengan dibantu Pengurus Produksi, Amir Hafizi dan Zaidi Yacob.

Selesai menyiapkan lakaran cerita barulah mereka membawanya bertemu dengan pengarah, Nurul Azrin Mohd Nasir untuk memberikan penjelasan.

“Dalam menangani klip video ini saya selaku penerbit cuba bersikap terbuka kepada semua pihak yang terbabit secara langsung dan tidak langsung. Penerbit sendiri berhak menukar jalan cerita jika ia dirasakan kurang mantap,” katanya.

Begitupun, kata Alam, kekuatan klip video tidak bergantung kepada jalan cerita semata-mata tetapi juga keindahan pemandangan dan lokasi digunakan agar mampu mempengaruhi pandangan penonton yang menyaksikannya.


“Kami memastikan lokasi digunakan sesuai. Sebelum melakukan lakaran cerita, pengurus produksi terlebih dulu mencari dan meneliti lokasi sesuai. Kebetulan seorang kenalan memiliki apartmen mewah di Pulau Pinang jadi ia kami gunakan sebagai lokasi utama,” katanya.

Penggambaran klip video Aku Tetap Milikmu berlangsung selama sehari membabitkan adegan percintaan antara Kautsar dan bintang Akademi Fantasia musim ketiga, Akma. Turut dipaparkan persembahan secara live kumpulan ALAMband.


Bagai benar-benar dilamun cinta


MENARIKNYA dalam penggambaran klip video Aku Tetap Milikmu, pemain bass dan vokal kedua ALAMband, Muhammad Kautsar Mat Sin (Kautsar), 30, buat pertama kali menunjukkan bakatnya dalam bidang lakonan.
Menambahkan lagi tarikan klip video ini apabila Kautsar digambarkan bercinta dengan bintang Akademi Fantasia musim ketiga, Asiahtunakma atau Akma.

Mereka kelihatan begitu serasi apabila melakonkan babak romantis seperti benar-benar sedang dilamun cinta.
Kautsar berkata, dia tidak menafikan rapat dengan Akma. Jadi apabila mereka ditemukan untuk melakonkan watak percintaan, keserasian itu wujud.

Akma rapat dengan rakan-rakannya yang bernaung dibawah Alamorphosis dan selalu datang di studio. Dari situ kami mula mengenali antara satu sama lain. Tapi jangan salah faham, hubungan kami tidak lebih daripada kawan,” katanya. Kata Kautsar lagi, antara babak susah untuk dilakonkan apabila dia perlu bergaduh dengan Akma.

“Seumur hidup saya tidak pernah berlakon. Jadi apabila pengarah meminta kami melakonkan babak gaduh, saya rasa gugup. Begitupun, bagi memastikan segala kerja berjalan lancar. Saya buat saja mengikut arahan skrip.
“Sekiranya lakonan saya itu dikatakan hidup, Alhamdulillah kerana saya cuba memberikan yang terbaik,” katanya.

Video: Aku Tetap Milik Mu


Penerbit: Alamorphosis Sdn Bhd.

Pengarah: Nurul Azrin Mohd Nasir

Penolong Pengarah: Melissa Zakariah

Pengurus Produksi: Amir Hafizi dan Zaidi Yacob

Jurukamera: Ruzaimi Ahmad

Penata Cahaya: Fazley Rahim

Jurusolek dan Dandanan: Rin
Busana: Calvin Thoo

Model: Asiahtunakma Abdullah (Akma)


Berita penuh boleh di baca di SINI.


Tak salah saya, ini kali kedua Akma beraksi dalam klip video lagu. Kali pertama semestinyalah 'Percaya Pada Cinta' arahan Azwan Ali untuk program Cit Cat. Saya tak sabar untuk menyaksikan klip video 'Aku Tetap Milikmu' ini. Adegan pergaduhan antara kekasih mungkin pernah Akma lalui kerana sebelum ini pun, beliau rapat dengan rakan lama atau 'kekasih gelap' beliau, Felix. Ada sesuatu yang berlaku yang menyebabkan mereka tidak lagi rapat sekarang ini. Mungkin kerana tidak lagi 'serasi bersama' ataupun sibuk dengan karier masing2. Saya masih lagi ternanti2 klip video single Akma, Tetap Menanti.

Baru2 ini, timbul pula gosip Akma dengan Alkausar, pemain bass ALAMband di laman web hiburan - murai.com.my. Tiada angin, tiada pokok bergoyang, tiba2 sahaja timbul gambar mesra Akma bersama Kausar. Rupa2nya hanya sekadar gambar lakonan klip video. Mnejadi juga gimik kali ini.



Apa kata anda bila melihat gambar ini pula. Ada 5 perbezaan antara gambar di atas dan gambar di bawah. Cuba anda teka apa 5 perbezaan itu. Hahahha...

gmbr ikhsan dari myspace zainal alam


Alhamdulillah, karier Akma sekarang semakin meningkat walaupun kadar peningkatan saya rasa sedikit perlahan. Apa yang saya tabik dengan Akma ialah beliau sangat menghargai peminat beliau. Kerana itulah beliau masih lagi mempunyai peminat yang ramai yang menghargai kehadiran beliau dalam mewarnai dunia hiburan yang semakin mencabar. (Macam tulis berita la pulak! Hahaha...)

a DIVA in the making...

Paling baru, Akma akan merakamkan program Kwek Mambo Sabtu ini bersama diva Malaysia, Anita Sarawak. Untuk aktiviti2 terbaru Akma, anda boleh layari:-

http://www.myspace.com/Akmakonnichiwa

http://www.akmafc.net/


SEMOGA AKMA BERJAYA! Saya sebagai peminat, akan sentiasa mendoakan Akma berjaya dalam karier dan hidup.

 

Copyright 2007 ID Media Inc, All Right Reserved. Crafted by Nurudin Jauhari