Monday, October 01, 2007

Anuar Zain - the Album


Saya beli album ini lepas saya baca ulasan SM di blog beliau. Berdasarkan ulasan tersebut, saya tertarik untuk mendengar sendiri kesemua lagu2 Anuar, memandangkan ada kelainan kali ini iaitu Anuar mendapatkan khidmat pencipta lagu dari Indonesia. Sebelum ini, saya memang meminati lagu2 Anuar Zain disebabkan oleh vokal beliau yang saya rasa memang power dan unik. Unik maksud saya, tiada orang lain yg boleh meniru (walaupun memang ramai Anuar Zain 'wannabe's termasuklah Sahri, Bob dan mungkin juga Aizat).

Saya tidak akan menyalin kesemua lirik dalam album ini untuk ulasan saya (letih la woii... hahaha.. eh, kopipeskan boleh??). Saya hanya akan mengopipes (haha!) rangkap2 kegemaran saya atau ungkapan2 yg saya rasakan dapat menyentuh hati saya.


I'M THE LUCKY ONE

Meski bercinta kadang tak indah
Tapi 'tuk buktikan kau yg terindah
Dan ku pastikan
I'm the Lucky One
Nikmati cinta
Lebih dari segalanya

Caramu membuat ku tak berdaya
Mata hatiku pun ikut terjaga
Kau ubah hidupku ini
Jadi sempurnaa....

Toby: Saya suka lagu ini. Saya ingin merasa apa yg dikatakan dalam lagu... dan pastinya I'm The Lucky One kalau saya betul2 merasainya..


KETULUSAN HATI

Cintaku hanya indah
Hanya bahagia
Untuk selamanya
Apa yg kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

Mencintaimu
Tak mengenal waktu
Tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku
Hanya untuk dirimu selalu

Toby: Saya terpegun seketika bila pertama kali mendengar lagu ini. Tiba2 sahaja saya teringat 'Lelaki Ini' yg telah berjaya menarik perhatian saya. Saya tak pasti sejak bila. Betapa saya mengharapkan perhatian beliau dan betapa indahnya perasaan saya waktu bersama beliau. Saya cuba masukkan beliau dalam hati saya yang sudah lama kosong, tapi apakan daya, ada orang lain yg lebih dulu dalam hati beliau. Jadi saya tak berusaha untuk menarik perhatian beliau lagi. Betapa susahnya untuk tidak menghadirkan perasaan indah tersebut bila apa yg ada hanyalah persahabatan. Itu pun setelah beliau telah salah sangka dalam satu perjanjian, saya tak pasti apa hubungan kami sekarang. Masih kawankah atau... Yang saya tahu, sebelah kaki beliau pernah berada dalam hati saya (hahahah...)
~My most favourite song from this album~


TINGGALKAN AKU

Pergi sudah tinggalkan aku
Ku tak ingin engkau ada
Kembali lagi ke dalam
cerita hidupku ini
Kubahagia tanpa dirimu
Biar begini adanya aku (karna)
Tanpamu kutemukan sinarnya

Toby: Saya hanya teringatkan seorang rakan yg pernah singgah juga dalam hati saya. Pada mulanya beliau seorang rakan yang saya anggap istimewa tapi sekarang ini beliau sudah banyak berubah dan tak pedulikan saya lagi. Saya memang jarang berjumpa beliau apatah lagi berbual. Jadi, saya tujukan lagu ini untuk beliau.


KAU BUNGA CINTAKU

Di dalam diriku
Hanya ada satu cinta
Yang membuatku bahagia
Bersamamu

Toby: Saya hanya sukakan part 'chorus' sahaja. Tapi rasanya lagu ini sesuai kalau Asyraf Sinclair tujukan pada 'girlfren' beliau. ^_^


TAK LELAH

Kau pergi tak beralasan
Tak seperti yg ku pinta
Ku menunggu tiba waktu kau ucapkan
Kau sayang padaku

Toby: Saya suka lagu ini kerana bila mendengar muzik lagu ini, seolah2 saya terbang diawangan... walaupun liriknya sedih, tapi perasaan jadi tenang dan santai...


LELAKI INI

Lelaki ini yg selalu mencintamu
Selalu.. tanpa ragu
Lelaki ini yg selalu memuja
Hanya dirimu
Yg bertakhta dalam sanubariku

Toby: Bila lihat perkataan 'bertakhta' dalam lagu ini, tiba2 sahaja saya teringin mendengar Felix Agus untuk menyanyikan lagu ini... hmmm... mungkin selepas 29hb Oktober ini keinginan saya tercapai... AS IF!! Hahahah... Lagu ini memang 'superb'!!! 2nd faveret!!!


HANYA MILIKMU

Ku hanya milikmu
Coba kau rasa yakinnya hatiku
meskipun kau tinggalkan
Masih ku milikmu
Mengertikah bila cinta ini
Tak akan pernah sedikitpun pudar
Selain untukmu...

Toby: Saya suka dengan muzik lagu ini. Memang best! Namun saya hanya teringatkan 'Lelaki Itu' (hahaha..) yg paling lama bertakhta...


BIDADARI

Dikau bagai mimpi
Bidadara (boleh tak?... hahaha)
Yg membawa lari hatiku ini
Engkaulah permata cinta kita
Sayangku kau teramat sempurna

Indahnya tak terkata
Hidup kita bersama
Diriku takkan bisa menahan
Panahan cinta dirimu

Toby: Teringat lagu lama Anuar - Permata. :)


JANGAN PERNAH LAGI

Betapa ku dulu cinta dirimu
Percayaku lebih kepadamu
Semua ucap janjimu itu
Masihku teringat
Di raut wajahmu
Ku tak mau lagi
Percaya padamu

Toby: Saya kurang suka muzik begini.


TEMAN TERULUNG

Paling agung teman terulung
Tenunan emas sayap hidupku
Tak ingin ku undur bertamu
Bertakhta teguh
Ke akhir waktu

Toby: Saya masih menantikan ‘teman terulung’ saya. Bila nak jumpa niii… (hahaha…)


BELI ALBUM YANG ORIGINAL MACAM SAYA!!!


 

Copyright 2007 ID Media Inc, All Right Reserved. Crafted by Nurudin Jauhari