Monday, October 29, 2007

Kerana Karina - Episode 1



Yeeharr...

Wednesday, October 17, 2007

Rihanna?? Hartnett?? Shia LaBeouf who??

I can't help but post this.

Josh with Rihanna now? Just bought Kosmo this morning and suddenly i saw - "Hartnett kekasih terbaru Rihanna". It is not a question like any other gossip would appear but a statement!!

Rihanna with Hartnett at TRL

Why i would bother about Hartnett and the Umbrella singer? Hmm.. Truthfully i like Hartnett's acting in few of his movies like Here On Earth, Pearl Harbor, O, 40 Days & 40 Nights and Black Dahlia. Hartnett previously involved with the great Scarlett Johansson and Helena Christensen.

Shia LaBeouf

Rihanna? I like the "Umbrella" song. And Akma digs her hair, which i must say that it really looks good on her. And there is gossip telling that she's seeing Shia LaBeouf, yes, it's him, the Transformer guy!! They were seen having a dinner in LA and that was almost 2 months back. Rihanna denied that they are a couple at the Red Carpet recently. And now she was seen kissing Hartnett last Thursday night.

Lucky girl!!!

Tuesday, October 16, 2007

Dialog M&M: Hatimu Yang Terpilih - Part 7

Part 1 2 3 4 5 6 7

Mawi toleh kat Marsha… terperanjat dia bila tgk Marsha tgh lap air mata masa nak keluar tiba2… terus dia kejar Marsha… dia tau Marsha terkilan dia cakap cam tu…

Mawi: Sha… (sempat sambar tangan Marsha…) Jap, jap… dengar aku cakap dulu…

Marsha: No!! I tak nak dengar… let me go!! (cuba tarik tgn dia…)

Masa ni make-up artiste tu dah jeling2 kat diorang… even dia still lagi on the phone…

Mawi: Marshaaa… (try nak pujuk Marsha… tarik siku Marsha sampai Marsha kat depan dia…) Aku nak tau apa yg Zahid cakap ngan kau…

Marsha: (tak tengok pun muka Mawi…) Buat apa I cakap lagi kalau you kata dah tak ada makna… (marajuk la pulakk…)

Mawi: (senyum…) Aku main2 je lah tadi… aku main bantai cakap je tadi… Cepatlahh.. apa yg Zahid bohong kat kau ni…

Marsha: Malas lah nak cakap.. nanti you main2 lagi…

Mawi: Ok ok, aku tak main2 dah… hah cakapla cepat minahh… aku tunggu ko ni… karang aku nak nyanyi kang, tak sempat aku bagi jawapan…

Marsha: (tunduk je masa ni…) Zahid said, you were not yourself last time when we… when you… (Marsha tatau nak cakap the right words… takut silap kata, dia yg malu…)

Mawi: (potong Marsha cakap..) Masa aku kata tak nak kat ko tu? Kalau masa tu memang betul apa dia citer tu…

Terpegun jap Marsha bila dia dengar Mawi berterus terang…

Mawi: (tergelak tengok reaksi Marsha..) Betul la aku cakap ni… ko tak pecaya kat aku ke?

Marsha: (geleng kepala and still amazed…) Tak.. Bukan… eh… I memang pecaya tapi… why u tak terus terang dgn I?

Mawi: Nak jumpa bagitau ko macam mana… aku sibuk, ko pun sibuk gak… nak cakap kat tepon, aku dah tukar nombor lagik… nombor ko aku tak sempat salin…

Mawi tarik Marsha duduk kat bangku… derang dok sebelah menyebelah…

Marsha: So now, you’re ok?

Mawi: (Geleng…) Blur2 sikit. Kejap ok kejap tak ok… aku belum habih berubat lagi…

Marsha: Ermm… so what about her?

Mawi: (terdiam…) Dia still kawan aku…

Marsha tunduk… tatau nak rasa apa bila dia dengar Mawi cakap macam tu…

Mawi: Aku takde pa pe la ngan dia… kawan jer…

Marsha: (Diam lagi…)

Mawi: (toleh kat Marsha) Ko tengah pikir apa sekarang?

Marsha: Ermm.. U seemed to be happy with her…

Mawi: Aku paling happy bila aku dengan kau… (muka macam serius masa ni…)

Marsha senyum… dia pandang je Mawi yg tgh dok termenung…

Mawi: (tiba2 toleh tenung Marsha…) Ko tak pecaya kat aku? Terpulang la ko nak pecaya ke tak…

Marsha: (dah rasa selesa berterus terang dengan Mawi…) When did u feel that u most happy with me?

Mawi: (diam lagi.. pastu tersengih…) Bila kita kat Penang…

Marsha pun sengih gak.. bila ingat saat2 dia ngan Mawi di Penang 2 tahun lepas…

Mawi: Ko? Masa bila? Ke ko tak penah happy ngan aku?

Marsha: (tunduk… sambil main2 benang baju dia yg terkeluar…) Ermmm…

Mawi: (tak sabar nak dengar…) Sha!! (sambil tolak bahu Marsha dengan bahu dia…)

Marsha: (senyum tengok Mawi yg tak sabar2…) Bila I tau u takkan jadi my guy forever, so every moment with you, I’m in my happiest times…

Mawi: (terharu jap…)

Mawi tenung jap Marsha yg dah blushing… Belum sempat Mawi nak jawab, tiba2 Wan datang…

Wan: Wie, turn ko lagi 2 minit… Marsha, lepas Mawi, turn u pulak…

Marsha & Mawi angguk serentak… Mawi bangun… Marsha pun nak bangun tapi terkial2 sikit coz dah pakai gaun… Mawi hulur tangan dia… Marsha dongak tengok Mawi… Mawi senyum… Marsha pun senyum and capai tangan Mawi nak bangun… Wan jalan dulu… then baru diorang sama2 jalan kat belakang nak ke stage…

Just before Marsha nak ke bilik dia, Mawi tiba2 tarik tangan dia…

Mawi: (bisik pelan2 kat telinga Marsha…) Lagu ni aku nyanyi untuk ko…

Marsha: Lagu apa?

Mawi: (tak jawab.. senyum je…)

Bila stage manager dah suruh Mawi naik, Mawi still senyum sambil kenyit mata kat Marsha…

Marsha: (tanya Wan yg dok senyum tengok gelagat diorang…) Mawi nyanyi lagu apa lepas ni?

Wan: Tak salah I, ‘Satu Dalam Seribu’…

Marsha angguk. Dia pernah dengar tajuk lagu tu, tapi belum pernah nak hayati betul2 lirik lagu tu…

Part 8

Wednesday, October 03, 2007

Buka Puasa Marathon

Errr.. ni bukan cerita lumba lari ye... cuma nak cerita sikit aku buka puasa di luar bersama rakan2 dari hari Isnin 1hb sampai la hari Ahad 7hb, kecuali hari Rabu..

23 Sept - Buka Puasa bersama Akmafc
Bertempat di Restoren Puteri Jln Tun Sambanthan, pening kepala juga cari tempat tu. Sempat la juga saya tawaf 3 kali... baru la nampak restoren tu kat tepi jalan.. cinonet je signboardnya... sebelum tu pun saya ada menghadiri satu majlis lain.. sempatla juga berbuka di sana. Since saya sampai lambat di majlis Akma, sempatla juga saya 'kidnap' pudding caramel yg saya kira paling 'mahal' pernah saya makan.. ahahahah... Akma was there too... tengah bagi hadiah 'lucky draw'... she's soo sweet... nampak gak la beberapa kerat JU like Diana, Kak Na and Maxx.. Thank Kak Sari and Akmafc for the majlis.

1 Oct - Ofis
Banyak giler makanan time ni. Kuah kacang sampai 3 jenis... hehehehe... yg paling sedap, ayam masak merah and rutbir float.. fuhhh meletoppp!!!

2 Oct - Planet Hollywood
Dah lama plannnig berbuka kat sini coz since last year lagi kitorang dok mengidam pasta Planet Hollywood yg memang ummpphhh... Geng2 yg pegi kali ni - Anis, Adib, Rafi, Dija and Mama Lan. Happening giler coz lepas makan, borak2 sampai kitorang last group yg blah dari situ... ahahahah...

3 Oct - errr buka puasa with my parents kat rumah... my mum dah bising coz every day this week takde kat rumah..

4 Oct - CIMB Group
KL Convention Centre near KLCC. As usual, makanan dia cam tahun lepas gak.. cam biasa, berebut2 gak nak amik air wuduk masa nak solat.. best moment was when Datuk Nazir bersalam2 dengan staff.. sempat gak amik gmbr dia... ahahaha... one table with Shura , Ema, Kak Faridah and few juniors.

5 Oct - Buka Puasa with Akma & JUs
Restoren Puteri TTDI. Happening gile especially when we thought Akma arrived brutally with her Vios. Rupa2nya bukan dia... ahahahaha... Happening gak coz Kak Mai, JU from UK was there too... cayalah... she's back for good this time... paling best masa sesi borak2... Akma mula2 diam.. pastu dia pun nyampuk gak sikit2... coz what we borak2 is all about ourselves, not only about her and Felix, of course... err... the funniest moment was the 'Masin' part... we all gelak bagai nak rak... including Akma... ehehehehe... hope to have this moment again soon... Rumah Terbuka JU maybe? ehehehe...

6 Oct - M2MFrenz
Berbuka kat Restoren Cherana, Cheras-Kajang. Surprised gak coz Kristal, our fren from Brunei, was here. She was actually attending Noni's Buka Puasa. So, 2-in-1 le ni... best gak coz semua geng ada... last2 asik dok snap2 jek keje... ehehehe...

7 Oct - Geng LB
Berbuka kat Sakura Kristal, my favourite restaurant. Yg best about this restaurant, dekaaaaat teramat ngan umah aku.. takde la sampai boleh jalan kaki... ehehehe... and the food pun superb... tak rugi datang punya... member yg datang, Syuk & family, Amir & family, Kud and family... erkkk aku sorang solo... seb baik bleh geng ngan wife2 derang... ehehhe... ingat nak ada meeting sat, tapi hujan lebat gila... Aman & Edi tak leh datang lak.. ye laa.. masing2 ada komitmen lain... wateverlah kan...

Aku tak ingat bila company aku buat buka puasa... tapi sumwhere around the week lah...

(the time of this posting was sumwhere after raya...)

Err... later ekk posting gambar...

Monday, October 01, 2007

Anuar Zain - the Album


Saya beli album ini lepas saya baca ulasan SM di blog beliau. Berdasarkan ulasan tersebut, saya tertarik untuk mendengar sendiri kesemua lagu2 Anuar, memandangkan ada kelainan kali ini iaitu Anuar mendapatkan khidmat pencipta lagu dari Indonesia. Sebelum ini, saya memang meminati lagu2 Anuar Zain disebabkan oleh vokal beliau yang saya rasa memang power dan unik. Unik maksud saya, tiada orang lain yg boleh meniru (walaupun memang ramai Anuar Zain 'wannabe's termasuklah Sahri, Bob dan mungkin juga Aizat).

Saya tidak akan menyalin kesemua lirik dalam album ini untuk ulasan saya (letih la woii... hahaha.. eh, kopipeskan boleh??). Saya hanya akan mengopipes (haha!) rangkap2 kegemaran saya atau ungkapan2 yg saya rasakan dapat menyentuh hati saya.


I'M THE LUCKY ONE

Meski bercinta kadang tak indah
Tapi 'tuk buktikan kau yg terindah
Dan ku pastikan
I'm the Lucky One
Nikmati cinta
Lebih dari segalanya

Caramu membuat ku tak berdaya
Mata hatiku pun ikut terjaga
Kau ubah hidupku ini
Jadi sempurnaa....

Toby: Saya suka lagu ini. Saya ingin merasa apa yg dikatakan dalam lagu... dan pastinya I'm The Lucky One kalau saya betul2 merasainya..


KETULUSAN HATI

Cintaku hanya indah
Hanya bahagia
Untuk selamanya
Apa yg kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

Mencintaimu
Tak mengenal waktu
Tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku
Hanya untuk dirimu selalu

Toby: Saya terpegun seketika bila pertama kali mendengar lagu ini. Tiba2 sahaja saya teringat 'Lelaki Ini' yg telah berjaya menarik perhatian saya. Saya tak pasti sejak bila. Betapa saya mengharapkan perhatian beliau dan betapa indahnya perasaan saya waktu bersama beliau. Saya cuba masukkan beliau dalam hati saya yang sudah lama kosong, tapi apakan daya, ada orang lain yg lebih dulu dalam hati beliau. Jadi saya tak berusaha untuk menarik perhatian beliau lagi. Betapa susahnya untuk tidak menghadirkan perasaan indah tersebut bila apa yg ada hanyalah persahabatan. Itu pun setelah beliau telah salah sangka dalam satu perjanjian, saya tak pasti apa hubungan kami sekarang. Masih kawankah atau... Yang saya tahu, sebelah kaki beliau pernah berada dalam hati saya (hahahah...)
~My most favourite song from this album~


TINGGALKAN AKU

Pergi sudah tinggalkan aku
Ku tak ingin engkau ada
Kembali lagi ke dalam
cerita hidupku ini
Kubahagia tanpa dirimu
Biar begini adanya aku (karna)
Tanpamu kutemukan sinarnya

Toby: Saya hanya teringatkan seorang rakan yg pernah singgah juga dalam hati saya. Pada mulanya beliau seorang rakan yang saya anggap istimewa tapi sekarang ini beliau sudah banyak berubah dan tak pedulikan saya lagi. Saya memang jarang berjumpa beliau apatah lagi berbual. Jadi, saya tujukan lagu ini untuk beliau.


KAU BUNGA CINTAKU

Di dalam diriku
Hanya ada satu cinta
Yang membuatku bahagia
Bersamamu

Toby: Saya hanya sukakan part 'chorus' sahaja. Tapi rasanya lagu ini sesuai kalau Asyraf Sinclair tujukan pada 'girlfren' beliau. ^_^


TAK LELAH

Kau pergi tak beralasan
Tak seperti yg ku pinta
Ku menunggu tiba waktu kau ucapkan
Kau sayang padaku

Toby: Saya suka lagu ini kerana bila mendengar muzik lagu ini, seolah2 saya terbang diawangan... walaupun liriknya sedih, tapi perasaan jadi tenang dan santai...


LELAKI INI

Lelaki ini yg selalu mencintamu
Selalu.. tanpa ragu
Lelaki ini yg selalu memuja
Hanya dirimu
Yg bertakhta dalam sanubariku

Toby: Bila lihat perkataan 'bertakhta' dalam lagu ini, tiba2 sahaja saya teringin mendengar Felix Agus untuk menyanyikan lagu ini... hmmm... mungkin selepas 29hb Oktober ini keinginan saya tercapai... AS IF!! Hahahah... Lagu ini memang 'superb'!!! 2nd faveret!!!


HANYA MILIKMU

Ku hanya milikmu
Coba kau rasa yakinnya hatiku
meskipun kau tinggalkan
Masih ku milikmu
Mengertikah bila cinta ini
Tak akan pernah sedikitpun pudar
Selain untukmu...

Toby: Saya suka dengan muzik lagu ini. Memang best! Namun saya hanya teringatkan 'Lelaki Itu' (hahaha..) yg paling lama bertakhta...


BIDADARI

Dikau bagai mimpi
Bidadara (boleh tak?... hahaha)
Yg membawa lari hatiku ini
Engkaulah permata cinta kita
Sayangku kau teramat sempurna

Indahnya tak terkata
Hidup kita bersama
Diriku takkan bisa menahan
Panahan cinta dirimu

Toby: Teringat lagu lama Anuar - Permata. :)


JANGAN PERNAH LAGI

Betapa ku dulu cinta dirimu
Percayaku lebih kepadamu
Semua ucap janjimu itu
Masihku teringat
Di raut wajahmu
Ku tak mau lagi
Percaya padamu

Toby: Saya kurang suka muzik begini.


TEMAN TERULUNG

Paling agung teman terulung
Tenunan emas sayap hidupku
Tak ingin ku undur bertamu
Bertakhta teguh
Ke akhir waktu

Toby: Saya masih menantikan ‘teman terulung’ saya. Bila nak jumpa niii… (hahaha…)


BELI ALBUM YANG ORIGINAL MACAM SAYA!!!


 

Copyright 2007 ID Media Inc, All Right Reserved. Crafted by Nurudin Jauhari