Friday, September 14, 2007

Selamat Berpuasa!

Wahhh... pejam celik pejam celik, dah start dah Ramadhan...

Bestnyerr.. aku memang cukup suka bulan puasa coz takde hantu... ehehehe.. pas tu bleh test our 'FAITH'. Bak kata orang, setan memang takde nak bisik2 buat menda tak betul, so bulan ni le nak tengok kalau2 korang buat gak menda tak betul bulan Ramadhan yg mulia ni, dah sah2 yg tu atas bisikan nafsu sendiri. Hmmm.. Wallahua'lam bissawab.

Bulan ni aku naik LRT pegi keje. Tahun2 lepas aku bawak kete gak coz tak larat nak berdiri dlm LRT. Tapi bila ingat2 balik aku almost langgar kete orang dek ngantuk yg amat, aku decide tahun ni aku nak naik LRT lak. eheheh... so far semalam, aku beruntung coz dapat tempat duduk. Tu pun time Ampang Park baru dapat. Biasanya aku naik LRT dari tempat aku terus ke Terminal PUTRA dulu kat Gombak. Alaa.. konon2 nak dapat seat la kan. Pastu, kalau lucky, memang dapat seat la sampai ofis bila dah patah balik tu. Kalu tak, kena la tukar tren plak. Yg bestnya, pagi tadi, aku dapat seat from Gombak sampai la ofis aku. Pergh.. aku rasa macam baru bangun tido je bila sampai kat opis.

Selalunya, aku akan belikan all kuih muih and air/fruits kat Pasar Ramadhan. As usual, mak aku akan pesan macam2. Since aku sampai dalam kat kol 6pm la jugak, aku terus beli kuih kat Pasar Ramadhan sebelah LRT tuh. Erkk.. dengan jam, dengan motor letak merata, dengan hujan semalamnya... adoih... sabor je laa... aku gagahkan diri jalan dalam hujan renyai-tak-renyai-sangat. Ended up, pagi ni aku pening kepala...

Walau pun dua hari ni aku 'cuti' posa (oopppsss...), tapi aku dah diajar dari kecik supaya tak makan depan orang yg posa. So kiranya, aku posa gak la kan.. sah2 kena posa coz meja aku kat ofis betul2 depan staff aku. ahahaha.. selagi tak memudaratkan, aku akan bertahan ler... caiyok! caiyok... ahahaha...

This month jugak, ramai ler member2 yg dah dok ajak berbuka kat luar. Hmm.. bulan ni aku tak leh nak beli belah sangat.. bukan kerana aku nak belanja banyak, tapi disebabkan aku tolong few members yg kekontangan.. hope before raya nanti, sila la membayar yek.... ehehehe... nanti boleh gak aku buat Open House besar sikit tahun ni. Insya Allah...

Outdoor Breakfasting schedule (eceehh..)

JU/AkmaFC - 23 September

M2M - 22 September (kot..)

SYN's Ainul Fikri - 22 September (errkk.. camna ni... clash la pulekkk..)


HAPPY FASTING, EVERYONE!! Timo kasih ler yer sapa2 yg bagi SMS wish tu... eden tak sompek lak nak reply... ehehehe...
 

Copyright 2007 ID Media Inc, All Right Reserved. Crafted by Nurudin Jauhari