Friday, June 08, 2007

Emil Emilda the Drama

Wow! Tak sangka ada gak citer cam ala2 Betty La Fea kat Malaysia ni. First time aku nengok drama ni was last week... punya dah lama drama ni tayang, aku baru je nengok last week. Adehh... bila dah nengok tu, fall in love la plak ngan citer ni.

Ekceli aku fall in love ngan watak budak berdua nih... Emil & Emilda.. and aku rasa puas hati sebab Aaron ngan Amani yg melakonkan watak utama ni. Rupa2nya.. byk kisah di sebalik pemilihan lead casts nih.. macam2 citer.. kalau nak tau kisah di sebalik citer ni, boleh baca kat forum website ni. Yang tak sangka, tuan Director sendiri yg buat website tuh and dia pun ada gak dok menjawab soalan2 forummer kat sana. Kiranya everything you want to know about Emil Emilda and the Director, bleh la singgah kat sana ek. Kat sini pun ada gak citer kat shooting location EE.

Tghhari tadi, aku ada gak la pegi nengok shooting location yg kat dalam rumah Emilda tu. They called it 'LOFT'. Mula2 aku pikir, ape mende 'loft' ni.. rupa2nya Loft ni, bak kata psychoangel, loft tu mcm satu ruang tertutup... yang selesa... patut ada some element cam dinding, siling... dan sebagainya.
Bila aku sampai kat sana.. laaa... bangunan tu kat tgh2 kesibukan KL Sentral nun jer... Suasana Sentral Loft. Ada 3 jenis rumah (showroom) kat situ. 4+1, 1+1, and 2+1. Err.. tu jenis2 rumah ye. The builder is Alan Koh and was developed by companies like UM Land and MRCB. err. harga dia lebey kurang RM350K until RM1.6mil. Adoi.. bila kira2, aku boley beli rumah harga cam ni dalam lebih kurang 40 tahun lagi.. huhuhuh... Anyway, semua rumah ni dah habih dijual..

So, bila aku nengok kat dalam, fuhhh... cunn giler.. tak penah termimpi dapat jejak rumah cam ni.. excited giler bila dapat jejak rumah yg Emil Emilda berlakon... ehehehe... bila nengok meja makan yg Emil dan Emilda makan sama2, adoi... terkonang pulak scene masa Emil first2 masak kat Emilda tuh.. cumil sungguh budak berdua tuh.. Pastu bila tengok kat runag tamu tu pulak, teringat plak masa diorang brekfes sama2.. fuhh.. cam tu ler penangan Emil Emilda ni...

Anyway, Aku nak ucapkan tahniah kepada Tuan Director Emil Emilda, Shahrulezad Mohameddin coz berjaya merealisasikan drama cam ni. Tak sabar nak tunggu episod seterusnya and tak sabar gak nak tunggu ending. Agak2 happy ke sad ek? Kalau happy, sure takde sequel. Kalau sad, aku rasa mesti ada Emil Emilda 2 the Sequel. Yezza....

Here's few shots of the loft.

Kolam ikan depan pintu...


Dapur masa emilda ajak emil brekfes...


Meja derang makan tugeder2...


Sofa emil & emilda lepak masa brekfes tugeder2...


Tangga yg penuh memori... eceehhh..


 

Copyright 2007 ID Media Inc, All Right Reserved. Crafted by Nurudin Jauhari