Monday, May 14, 2007

Dialog M&M: Hatimu Yang Terpilih - Part 4

Part 1 Part 2 Part 3

Lepas prektis…

Mawi: Ko pegi mana lepas ni? Kefli dtg amik ko ker?
Marsha: Yup… (toleh kat Mawi) Knapa?
Mawi: Takde apa… Bye… (terus nak blah…)

Marsha terdiam.. dia perati je Mawi jalan nak balik… terus dia kejar Mawi.. bila sampai dekat Mawi, dia terus pegang lengan Mawi sambil jalan sama2 nak keluar…

Mawi: Nak apa?
Marsha: Jalan sama2 nda bolehh?

Mawi senyum jer tengok Marsha pegang lengan dia… bila sampai kat luar, dah nampak dah kelibat Kefli, Marsha cepat2 lepaskan tangan dia…

Mawi: (tenung je Marsha yg macam tak sabar2 nak balik…)
Marsha: Bye… (jeling jap kat Mawi pastu senyum sambil pakai sunglasses terus pegi kat kereta Honda Kefli…)

Kefli angkat tangan kat Mawi dari dlm kereta… Mawi balas angkat tangan…

Kefli: Tadi prektis lagu apa?
Marsha: Mmm… lagu duet… dgn Zahid & Mawi…
Kefli: Ooo.. Zahid ada tadi?
Marsha: Yup… tapi dia balik awal tadi…
Kefli: So u dengan Mawi je la tadi? Kak Betty ada tak?
Marsha: Kak Betty pun dtg awal tadi.. dia pun dah balik… Can we go to your place after this? I nak tgk Tommy… dia ndak apa2 ka? Semalam dia cakar tangan i… tatau la knapa… (cepat2 ubah topic…)

Mawi perati je Marsha dari jauh… sampai la kelibat Marsha hilang… terasa happy plak masa Marsha pegang lengan dia tadi… dah lama dia tak rasa mcm ni…

Zahid: Hoii!!! Tengok apa tu… dia dah blah baru nak tgk lama2…
Mawi: Isyyhh… terperanjat beruk aku… ko apahal datang balik ni? Prektis dah habislaa…
Zahid: Aku tertinggal barang… (terus masuk…)


Mawi sama2 masuk balik… Tiba2 Zahid tanya…

Zahid: Ko ngan dia dah baik ke? (amik barang dia yg tertinggal, pastu terus duduk…)
Mawi: (duduk balik kat sofa…) Setakat masa prektis ni ok laa… Ari tu mula2 macam dia tak nak cakap ngan aku. Ko pun sendiri nampak kan??
Zahid: (angguk..) Ok la tu sekarang dah ok… ko plak? Rasa apa?
Mawi: Setakat borak2 biasa je laa… tapi kalau pasal yg ko nak settle ari tu tu, kitorang tak cakap apa2 pun…
Zahid: Ko tunggu apa lagi? Kan ke peluang baik ko nak cakap ngan dia masa prektis….
Mawi: Aku tau… tapi… (terdiam jap…) Ntahlaa.. tiba2 je aku rasa macam kelu jer...
Zahid: Pulakkk...
Mawi: Aku takut dia berlakon je ngan aku… ko pun tau kan, dia kan memang ‘mesra alam’ ngan semua org… Aku… aku… (tiba2 rasa sebak…) Aku takut pisang berbuah dua kali…
Zahid: (terdiam tengok Mawi tiba2 tunduk…) Maksud ko?
Mawi: Aku tak nak kecewa kali kedua laa…
Zahid: Tau tak apa masalah korang?
Mawi: Apa? (Toleh kat Zahid)
Zahid: Korang ni suka sangat sorok2… dua2 perangai sama...

Mawi terdiam…

Mawi: Sebenarnya ada sebab kenapa aku jarang cakap ngan dia sampai sekarang.
Zahid: (toleh kat Mawi) Apa dia…
Mawi: Ko dendiam je la ekkk aku citer ni…
Zahid: Sett…
Mawi: (terdiam jap.. susah btol nak citer balik menda2 yg mencalarkan hati dia…) Kalau ko penah tengok aku perangai pelik2 sebelum ni, maknanya aku bukan diri aku masa tu…
Zahid: Hahhh??!! (Kerut muka…) Ko cakap apa ni?
Mawi: (sengih tengok Zahid terpinga2…) Ko taula kan… bila terkena buatan orang, cam tu le aku jadik…
Zahid: (teringat lak dulu2 kengkadang dia rasa Mawi buat perangai pelik2 sikit…) Sejak bila ko jadik cam tu?
Mawi: (sambung citer…) Dipendekkan citer.. aku baru tau mende karut ni baru2 ni… rupa2nya dah lama aku kena… sejak sebelum aku putus hari tu lagi…
Zahid: (geleng kepala bila dengar citer sebenar…) Abih tu ko dah ok ke belum ni?
Mawi: Ntahlaaa.. aku baru je berubat ari tu… (tunduk..) sedih giler aku bila dok ingat semua ni… Aku tak ingat sapa2 dah masa tu.. asyik ingat ‘budak’ tuuu jer….
Zahid: Apa nak jadi la dia tu… abih tu.. Marsha tau tak ko kena menda ni?
Mawi: (geleng kepala sambil tangan dia tutup muka sambil tunduk…) Takk.. pasal ni jugak la aku tolak dia, ko tau…
Zahid: Tolak Marsha?
Mawi: Masa lepas aku putus ari tu, aku cakap ngan dia, aku tak nak kat dia… (sandar kat sofa sambil picit2 kepala tahan sebak…) Mana la aku tau apa2… sedih giler bila aku ingat muka Marsha masa tu…
Zahid: (geleng kepala lagi…) Kalau ko takde apa2 dulu, aku sure korang dah jadik couple dah kan… patutla Marsha merajuk macam nak rak kat ko sampai sekarang…
Mawi: (tercengang jap…) Dia merajuk ngan aku?
Zahid: Aku rasa sebab tu kot dia rapat ngan mamat tu… sapa lagi yg boleh jaga dia kalau ko dah tak amik pedulik kat dia…
Mawi: (angguk…) Aku tau… Ni semua salah aku… memang patut pun kalau dia marah kat aku… atau nak elakkan aku…

Zahid: (terdiam…) Ni aku nak tanya ko betul2 ni… Sapa yg ada kat hati ko sekarang? Aku tengok dua tiga menjak ni, gossip ngan orang lain pulak…
Mawi: Ahhh… tu agenda Maestro nak naikkan bebudak tu… aku tolong je laaa…
Zahid: (angguk… dia paham sangat kalau aktiviti2 yg dibuat Maestro macam ni melibatkan ramai pihak…) Abih tu… ko nak tengok je la buah hati ko tu terlepas?
Mawi: Aku tak tau sekarang dia macammana… merajuk ngan aku lagi ker? Aku rasa dia dah tak nak kat aku… aku malas la nak kacau dia ngan mamat tuu…
Zahid: Ko ni dari dulu dok jaga hati orang… hati ko bila nak jaga? Aku rasa keputusan ni ko serah je kat Marsha. Biar dia sendiri yg bgtau ko, dia sayang ko lagi ke tak…
Mawi: Sekarang susah sikit nak jumpa minah tu sorang2… Ko pun tau, dia asyik ngan mamat tu, dengan show2 aku lagi… Dia pun sekarang tengah sebok shooting… 2 bulan lak tu… terkejut aku ari tu masa dia kata kita ada show sama2… Ingat kot dia takde masa nak buat show ngan aku lagi…
Zahid: (terdiam…) Jap aku tgh pikir camna nak tolong korang…


Bersambung.... part 5 coming soon...
 

Copyright 2007 ID Media Inc, All Right Reserved. Crafted by Nurudin Jauhari