Sunday, February 11, 2007

Anugerah: Juara Lagu vs ABP

Anugerah - Awards - Anugerah - Awards..

Dengar saja perkataan anugerah, rasa macam gerun.. tak tau kenapa... mungkin selama ni saya terbiasa dengan perkataan 'anugerah Tuhan'... tapi Majlis2 Anugerah yg saya hadiri tak lama dulunya adalah anugerah yg dicipta oleh manusia.

Anugerah Juara Lagu - 21 Jan 2007

Saya terima tiket AJL dari geng2 M2M. Saya, Panji & Ezie dapat tiket biasa manakala rakan2 lain dapat seat VIP. Sempat juga saya ajak rakan blogger, Budiey, tapi beliau tak dapat hadir. Nyata anugerah memang anugerah... atas pertolongan rakan kepada Panji Cinta Marsha (hahahaha!), saya dan rakan2 lain dapat lalu di kapet merah dan kami akhirnya duduk di barisan ke-4 di hadapan kiri pentas. Alhamdulillah..

Saya kagum dengan keindahan pentas. Saya kagum dan asyik dengan dengungan suara para penyanyi yg menyanyi malam itu hingga tak terdengar kesumbangan masing2. (sapa2 yg nyanyi sumbangle yer..).

Tahniah buat Adibah Noor (dan Deebers yg happening!!) atas kejayaan beliau yang saya rasa amat dibanggakan oleh semua pihak. You are indeed Terlalu Istimewa!!

Mawi - hahaha.. saya tak tahu apa nak komen bila beliau dan sifu menyanyi lagu LJLC. Saya hanya mampu tertawa. Nyata gimik sedemikian rupa banyak mengundang keceriaan pada tetamu yg menonton. Namun begitu, ada juga yang menyamakan hero Aduh Saliha ini dengan Apek waktu beliau mula2 keluar menyanyi.. saya akui saya juga hairan kenapa tiba2 Apek yg menyanyi.. hahahaha...

Bagi saya, Persembahan Terbaik saya nobatkan buat persembahan Adibah & Senario. Memang menghiburkan!! Persembahan yg lainnya tiada beza dari tahun2 lepas. Walau bagaimana pun, gandingan Shahira & Din Beramboi memang patut mendapat pujian. Bagi saya, Din Beramboilah Raja Lawak Malaysia.

Habis persembahan, kami tak sempat nak ambil gmbr Mawi disebabkan kesuntukan masa. Ezie hanya sempat bergambar dengan beberapa artis. Paling beliau gembira bila dapat bergambar dengan idola beliau, Awal...

ABPBH 2006 - 4 Feb 2007

Satu lagi Anugerah yg ingin saya saksikan dengan mata sendiri. Terima kasih saya ucapkan pada Zahar, Yatie & Halle kerana merealisasikan niat saya. Kami bertolak seawal 1 petang dan singgah makan di Genting Sempah. Terserempak pula dengan 'geng glamer' di sana. Hajat hati nak tegur, tapi... apa kan daya.. siapa lah kami yg tak glamer ni...

Aik.. ada jugak korang kat sini...
cayalah M2M..


Sesampainya kami di sana, saya dan Halle terus check-in. Atas panggilan Zahar & Yatie, kami ke lobi Hotel untuk berjumpa dgn Marsha yg juga baru sampai. Aduhh.. lenguh juga kaki saya memandangkan saya menumpang di Hotel Highlands. Tiba di sana, saya terjumpa dengan beberapa muka yg 'biasa' saya lihat. Rupanya Marsha sudah naik ke bilik untuk bersedia dimekapkan. Sempat juga berbual seketika dengan Joe & Abg Bad yg baru sampai secara berasingan. Abg Bad sudah pasti ditemani Diddy. Masing2 nampak 'busy' dengan agenda masing2.

Tatkala kami turun untuk ke Arena Stars, saya sudah terasa kesejukan angin malam yang mula membuai. Saya sempat berSMS dengan budiey yg turut berada di Genting. Memang happening gmbr2 yg diambil budiey dengan kamera barunya.. Sila ke sini untuk melihat gmbr2 ABPBH tersebut.

Kami terpaksa beratur dahulu sebelum memasuki dewan. Nasib baik kami antara yg terawal. Malangnya, bila dapat masuk, rupa2nya dewan hampir dipenuhi oleh manusia2 dari pintu lain. Rasa geram juga dengan pak guard yg sengaja tak mahu kami masuk awal. Budiey pesan untuk ambil tempat duduk berhampiran tangga yg bereben. Di situlah para artis akan menuruni Karpet Merah nanti. Walaupun tempat duduk kami hanya beberapa meter dari tangga tersebut, tapi memandangkan laluan agak kecil, kami terpaksa batalkan niat kami untuk ke tangga.

Felix with his famous smile...

Riuh rendah para jurugambar & peminat bermula bila ada artis yg mula sampai. Marsha sungguh jelita dan anggun dengan dress dia yg kaler putih pastu gaun kaler hitam. Nampak dia tiba dengan Yong Yee, Felix & rakan2 AF yg lain. Mawi plak tiba tak lama lepas tu.. Geng2 saya sangat teruja bila kami dapat melihat jelas di mana Mawi & Marsha duduk, walaupun mereka tidak duduk bersama. (ecehh..), Kesian Felix terpaksa duduk dengan rakan2 yg saya kira tak sekepala dgn beliau.

Detik Mawi menang adalah paling manis kerana kami dapat melihat reaksi spontan Marsha sebagai rakan baik beliau.. Biarlah reaksi yang ditunjukkan menjadi kenangan kami yang terindah di Genting.. yang nyata kami puas hati walaupun anugerah yg bakal dimenangi Marsha akhirnya jatuh ke tangan orang lain. Heheheh..

Sebaik saja selesai majlis, kami berjalan kaki ke Hotel untuk tunggu Mawi, Felix & Marsha di lobi. Jam 1 pagi lebih, akhirnya kelibat Mawi dikesan oleh Zahar. Mawi dah tersenyum dari jauh melihat kami tersengih. Tak sangka Mawi sudi berhenti untuk ambil gambar bersama kami. Kebetulan waktu itu tiada orang yg perasan kehadiran Mawi di lobi jadi kami ambil kesempatan untuk ambil beberapa gambar dan selebihnya gelagat2 beliau bersama peminat yg lain. Sempat kami bertanyakan beliau, di mana Marsha. Mawi hanya tersenyum dan berkata beliau belum sempat berjumpa Marsha kerana terlalu sibuk.

Jelingan manja Marsha...

Lama juga kami menunggu Marsha & Felix. Hampir pukul 3 pagi, barulah Marsha dan Felix tiba bersama Yong Yee dan beberapa krew Maestro. Kasihan Marsha kerana tak berapa sihat malam tu disebabkan pakaian yg beliau pakai agak ketat. Nampak juga beliau agak pucat. Felix pula hampir terkejut dan terus tersengih melihat peminat beliau di situ.

Felix: Ehh Akak... mana Kak Charm?

Hehehe.. sempat saya ambil beberapa gmbr Felix walaupun tak banyak. Tak sempat kerana krew Maestro sudah memberi syarat untuk mereka naik ke bilik.

Felix: Kak.. kirim salam JU semua... (terharu saya bila Felix berkata demikian... tak sangka beliau masih ingat nama kumpulan peminat yang masih setia menyokong beliau)

Ada juga beberapa artis lain yg sempat kami lihat gelagat mereka bersama peminat. Farid Kamil, Irma, Linda Onn, Fahrin, Cheryl Samad, Tam Spider, the ever friendly Zahid, Ako, Nieyl, Amylea, dan lain2. Ada juga yg jalan terus, ada juga yg macam lari. Tabik untuk para artis yg sudi bergambar walaupun mereka penat.

Kami terus pulang tidur selama 4 jam sebelum bangun untuk ke pejabat pagi itu.. Arrghhh...
 

Copyright 2007 ID Media Inc, All Right Reserved. Crafted by Nurudin Jauhari