Tuesday, December 05, 2006

Cinta the Movie (3) - Review

Akhirnya saya dapat juga menyaksikan movie ter'hangat' masa kini, CINTA Ahad lepas di KLCC. Itupun saya dapatkan tiketnya secara tergesa2 di barisan paling kanan. Kalau nak tau, saya dan rakan2 telah dapatkan tayangan paling awal iaitu pada pukul 11 pagi atas permintaan Alna. Waduh... Tak lama lepas itu, saya ditemani CikZam dan adik (Firah) untuk breakfast di Signatures. Elizz & Rose datang tak lama kemudian dan kami terus naik untuk tunggu Alna sampai.

Elizz tgh call Alna..
mana la minah ni..

Bila saya fikir balik tentang CINTA, saya rasa sebenarnya ia bukan sahaja 5 kisah tentang cinta & kasih, malah boleh jadi lebih dari itu. Cuma yg lebih ditekankan ialah 5 kisah dari 10 watak utama dalam kisah ini. Dyan & Dhani, Cikgu Elyas & Rubiah, Azlan & Azura, Harris & Airin, Taufiq & Arianna. Hanya beberapa watak saja yg saling mengenali antara satu sama lain.

Dyan & Dhani - Saya terharu melihatkan pengorbanan seorang kakak yg begitu sayangkan adiknya. Dyan begitu berharap dapat memberikan kebahagian melalui kekayaan yg dimilikinya. She has nobody to love her, accept Dhani. All this while, she had been overprotective, tanpa mempedulikan kebahagian adiknya yg mencintai seni. Her sacrifice and her love is all she could give to her dear brother till her last breath. Tak lupa juga Lena yg sudi memberikan secebis perasaan untuk Dhani.

Cikgu Elyas & Rubiah - Saya rasa keputusan yg dibuat oleh Rubiah bukanlah suatu pengorbanan. Ia mungkin satu harapan untuk keduanya untuk terus hidup ditemani seseorang. Jangan lupa tentang kasih Amin kepada Tok Ayahnya yg cukup mengharukan.

Azlan & Azura - Saya paling suka kisah cinta yang ini. Simple, tapi kesannya cukup mendalam bagi sesorang yg bila cintanya tidak dihargai. Elemen 'cinta pandang pertama' juga dapat dilihat dengan kisah ini. Syabas Eizlan & Fasha kerana chemistry yg hebat dan berjaya membuai perasaan 'yg sedang ingin bercinta'. Saya seolah2 dapat rasa kelukaan Azura. Elemen 'kemaafan' dapat juga dilihat dalam situasi di mana Azlan merayu Azura untuk menerima lamarannya di dalam KLIA Express. Saya semakin suka dgn lakonan Fasha.

Harris & Airin - Saya suka lakonan Rashidi & Rita dlm kisah ini. Walaupun tiada adegan melampau untuk pasangan suami isteri seperti yg selalu digunakan untuk memberikan kesan perhubungan kepada penonton kononnya, kisah ini masih lagi simple dan saya dapat lihat lakonan hebat Rashidi yg membawa watak seorang suami yg ditinggalkan isteri. Saya benar2 sedih waktu bila Alisa, anak mereka turut terkesan dengan kesengsaraan yg dialami Harris. Alisalah yg memberikan sinar baru untuk Harris dengan mengajar erti 'letting go'. Mungkin saya juga perlu belajar dari Alisa.. hmm..

Taufiq & Aryana - kisah cinta comel ini juga simple tapi ia masih lagi berkisar tentang harapan. Harapan untuk bersama dgn orang yg kita cintai. Watak Aryana yg spontan dapat menghidupkan suasana muram kehidupan Taufiq. Saya rasa panggung wayang juga 'hidup' dgn aksi beliau. Saya teringat komen Pierre Andre di tv tentang lakonan beliau. Beliau mengatakan beliau memang terasa akan perasaan 'cinta' yg ingin ditonjolkan dlm filem ini. Satu komen yg juga simple, tapi berkesan untuk org seperti saya yg belum menyaksikan filem tersebut ketika itu.

SYABAS KHABIR BHATIA! SYABAS PARA PELAKON 'CINTA'!

Satu filem tentang harapan, kemaafan, letting go, cinta pandang pertama, kebahagiaan dan banyak lagi elemen kehidupan yg indah. Anda memang rugi kalau tidak menyaksikan filem ini!
 

Copyright 2007 ID Media Inc, All Right Reserved. Crafted by Nurudin Jauhari