Monday, December 11, 2006

Jom Heboh @ Shah Alam

Stadium Shah Alam - 10 Dec 2006

Semalam aku sempat gak la ke Jom Heboh kat Shah Alam. Aku pegi sebab aku kebetulan cuti and pasal ada Mawi, Marsha & Felix. Panas terik giler kat sana masa tgh hari aku pegi dgn KC@tweety2. Jumpa KC after 1pm pasal ada hal nak settle in the morning... sampai sana ada la dalam dekat pukul 3 pasal jalan jem giler.. Geng2 M2MFrenz yg dtg gak - sweetjaan, arinza, yatie & zahar, suhiera25, puterizaza and of course, braggs. Dah sampai tu, tertinjau2 gak kat mana booth PowerRoot. Errkk.. banyak sungguh booth2... pastu ada la member bgtau booth PowerRoot ada kat area booth Hotlink & booth Yeo's. Alahai.. kat mana nak cari booth2 tu plak.. hehehe.. redah gak la jalan2 yg berbecak... last2 jumpa gak la booth tu. On the way tu, sempat plak jumpa Aznil dok pot pet pot pet kat booth Mamee...

Prof Klon...

Masa tu tak ramai sangat org pasal duta2 Powerroot blom sampai. Katanya kol 3 baru sampai. Tengok jam, hmm.. ada lagi 10 minit kol 3.. KC ajak makan, tapi takut tak de port plak kang. Dalam kete tadi pun pekena cekelat & air kotak jer. Jadik laa tu kan kan nak alas perut...

Baru sampai...

Kol 3 lebih sikit, duta2 lain dah sampai - Mawi, Linda, Rosyam, Adam & Farah. Tinjau2 gak Felix & Marsha.. aik.. awat takdak... rupa2nya diorang lambat sikit sampai ekceli sebab kereta yg Yong Yee bawak diorang kena tahan coz takde sticker... takpe la kan.. sabar gak la tunggu. Kitorang port kat sebelah kanan stage. Dekat dengan meja diorang nak sign poskad.. hehehe... tapi kat hujung belah kiri plak, ada speaker besar gedabak... adoiii... sabo je laa.. memang terasa2 gegendang telinga bergetar2... last2 tutup telinga sebelah... baru puas hati.. wakakaka... Mawi masa ni rajin sungguh dok layan peminat2 dia. Sempat gak aku sapa dia. Alhamdulillah.. dia macam kenal aku.. dia tanya 'Apa khabar'.. (guna isyarat mulut).. aku just tunjuk 'thumbs up' jer.. Aku plak tanya Mauritius macam mana.. (guna isyarat mulut gak..). Mawi pun senyum happy sambil tunjuk 'thumbs up' gak.. hehehe.. seems nice to look him so lively and happy. Ada semangat baru yg menyuntik agaknya..

Tgh cari fans untuk games..

Almost sejam lepas tu, baru la Felix & Marsha sampai... duta2 lain tengah dok main games - peminat kena lawan karaoke. Both of them sampai masa yg lain2 tgh announce winner. Tetiba je Felix take over mic announcekan winners.. hehehehe... Nampak gak la Felix asik dok bergurau senda dgn Mawi.. besfren la katakan.. Marsha pun gelak gak la sikit2..

3 best frens, 3 best frens..
see how they talk, see how they laugh..
(nyanyi lagu 3 blind mice.. hahaha..)

Pas tu, ada event sign poskad plak. Felix duduk antara Mawi & Marsha.. hehehe.. lambai2 gak la lepas nampak kitorang...Felix pakai baju kaler hitam.. takut nampak perut boroi dia kott.. Mawi and Marsha, gorgeous as usual... eheheh.. amik la gak dua tiga gmbr diorang...

Lovely Kelapak..

Then ada sesi menyanyi plak.. Diorang semua pegi kat blkg jap.. Kitorang boley la nampak kasut2 duta2 tu dari depan.. mula2 Adam & Farah kluar - nyanyi 'Tak Tahu Antara Dua'. Then Marsha nyanyi 'Kelabu'.. pastu si Linda ke Rosyam suruh Felix nyanyi lagu Kian.. Felix dah tersipu2 dah, pasal Mawi dok usik dia jer... Last2 Mawi & Felix duet nyanyi Lagu Jiwa Lagu Cinta. The best performance from the best of friends...

Pilik yg happy..

Ditakdirkan plak, lepas diorang nyanyi je, hujan pun turunlaa.. seb baik kitorang bawak payung...hahaha... sambil2 nyanyi tu, diorang teruskan sesi agihkan product2 Powerroot... Mawi, Felix & Marsha gilir2 gi tempat kitorang dok kasik barang... dapat je air tin Powerroot, terus kitorang minum gak coz lapar.. hahaha...

salam.. jgn tak salam..

Pas tu hujan lebat giler... terus diorang sambung sesi sign poskad. Ekceli, sapa2 yg beli product Powerroot je yg boleh masuk dapatkan sign. Since kitorang kat tepi meja tu jer, malehhler nak beli and masuk. Tiba2 ternampak Felix minum air cap badak (kot..) yg untuk org demam tu... wakakak... cian Pilik.. demam rupanya.. tetiba je Hafiz datang sorok air tu kat bawah meja.. terpinga2 gak Felix.. hehehe.. org nak promote Powerroot, si Pilik promote air cap badak plak... Kitorang dah gelak sakan dah... Pilik pun terus gelak guilty gak la bila nampak kitorang gelak.. Wakakaka...

Duta Air Cap Badak.. Oppss..

Rupa2nya, ramai bebudak kecik yg minat bangat dgn Pilik.. asik2 dok jerit nama Pilik.. ada la minah kecik dua org ni, dah berapa kali daaa diorang masuk queue nak sign.. dah kluar, diorang masuk thru pagar plak and terus queue lagi sampai Pilik dah cam budak2 tu.. Hahaha.. Kitorang cakap kat Felix, budak tu Akma Junior.. (saja nak usik..) Pilik senyum manis jer sambil jeling.. hehehe... masa ni kitorang dah tak hirau dah hujan.. habis basah lenjun dek payung2 lain yg dok mengacau port kitorang.. Ada gak la diorang pasang lagu Felix & Mawi yg baru.. tak ingat apa tajuk dia.. tapi sambil sign tu, Felix asik dok diskas apa tah dgn Mawi pasal lagu baru diorang.. Mawi nampak cam terpegun dgr lagu baru Felix... bagus betul tgk diorang close cam ni.. masing2 saling mengagumi lagu baru masing2... Ada satu part tu, Mawi terkekeh2 dengar lirik lagu Felix - pasal ada perkataan - 'susah-susah'... ahahaha... Managed to talk to Mawi for a few times about his Teman Tapi Mesra.. guna isyarat mulut je laa.. hmm.. there's sumthing better left unsaid.. malas nak pikir dah..

Professionally posed for their fans
especially M2MFrenz, of course..


Before balik, sempat lagi duta2 agih2 product lagi... ada la dua tiga tin dapat... sempat la salam Pilik, kiss2 cheek2 with Marsha cam biasa and said BABAI to Mawi.. Then kitorang terus gi isi perut yg dah lapar semacam..

trima kasih pawarut...

Wednesday, December 06, 2006

HAPPY BIRTHDAY, MARSHA!!!


Happy birthday to you,

Happy birthday to you,
Happy birthday to Marsha,

Happy birthday to you,



M2MFrenz & Mawi would like to wish you

HAPPY 21st BIRTHDAY

and

MAY HAPPINESS BE WITH YOU ALWIZ


tobymiaw @ tobys @ suh13247

Tuesday, December 05, 2006

Cinta the Movie (3) - Review

Akhirnya saya dapat juga menyaksikan movie ter'hangat' masa kini, CINTA Ahad lepas di KLCC. Itupun saya dapatkan tiketnya secara tergesa2 di barisan paling kanan. Kalau nak tau, saya dan rakan2 telah dapatkan tayangan paling awal iaitu pada pukul 11 pagi atas permintaan Alna. Waduh... Tak lama lepas itu, saya ditemani CikZam dan adik (Firah) untuk breakfast di Signatures. Elizz & Rose datang tak lama kemudian dan kami terus naik untuk tunggu Alna sampai.

Elizz tgh call Alna..
mana la minah ni..

Bila saya fikir balik tentang CINTA, saya rasa sebenarnya ia bukan sahaja 5 kisah tentang cinta & kasih, malah boleh jadi lebih dari itu. Cuma yg lebih ditekankan ialah 5 kisah dari 10 watak utama dalam kisah ini. Dyan & Dhani, Cikgu Elyas & Rubiah, Azlan & Azura, Harris & Airin, Taufiq & Arianna. Hanya beberapa watak saja yg saling mengenali antara satu sama lain.

Dyan & Dhani - Saya terharu melihatkan pengorbanan seorang kakak yg begitu sayangkan adiknya. Dyan begitu berharap dapat memberikan kebahagian melalui kekayaan yg dimilikinya. She has nobody to love her, accept Dhani. All this while, she had been overprotective, tanpa mempedulikan kebahagian adiknya yg mencintai seni. Her sacrifice and her love is all she could give to her dear brother till her last breath. Tak lupa juga Lena yg sudi memberikan secebis perasaan untuk Dhani.

Cikgu Elyas & Rubiah - Saya rasa keputusan yg dibuat oleh Rubiah bukanlah suatu pengorbanan. Ia mungkin satu harapan untuk keduanya untuk terus hidup ditemani seseorang. Jangan lupa tentang kasih Amin kepada Tok Ayahnya yg cukup mengharukan.

Azlan & Azura - Saya paling suka kisah cinta yang ini. Simple, tapi kesannya cukup mendalam bagi sesorang yg bila cintanya tidak dihargai. Elemen 'cinta pandang pertama' juga dapat dilihat dengan kisah ini. Syabas Eizlan & Fasha kerana chemistry yg hebat dan berjaya membuai perasaan 'yg sedang ingin bercinta'. Saya seolah2 dapat rasa kelukaan Azura. Elemen 'kemaafan' dapat juga dilihat dalam situasi di mana Azlan merayu Azura untuk menerima lamarannya di dalam KLIA Express. Saya semakin suka dgn lakonan Fasha.

Harris & Airin - Saya suka lakonan Rashidi & Rita dlm kisah ini. Walaupun tiada adegan melampau untuk pasangan suami isteri seperti yg selalu digunakan untuk memberikan kesan perhubungan kepada penonton kononnya, kisah ini masih lagi simple dan saya dapat lihat lakonan hebat Rashidi yg membawa watak seorang suami yg ditinggalkan isteri. Saya benar2 sedih waktu bila Alisa, anak mereka turut terkesan dengan kesengsaraan yg dialami Harris. Alisalah yg memberikan sinar baru untuk Harris dengan mengajar erti 'letting go'. Mungkin saya juga perlu belajar dari Alisa.. hmm..

Taufiq & Aryana - kisah cinta comel ini juga simple tapi ia masih lagi berkisar tentang harapan. Harapan untuk bersama dgn orang yg kita cintai. Watak Aryana yg spontan dapat menghidupkan suasana muram kehidupan Taufiq. Saya rasa panggung wayang juga 'hidup' dgn aksi beliau. Saya teringat komen Pierre Andre di tv tentang lakonan beliau. Beliau mengatakan beliau memang terasa akan perasaan 'cinta' yg ingin ditonjolkan dlm filem ini. Satu komen yg juga simple, tapi berkesan untuk org seperti saya yg belum menyaksikan filem tersebut ketika itu.

SYABAS KHABIR BHATIA! SYABAS PARA PELAKON 'CINTA'!

Satu filem tentang harapan, kemaafan, letting go, cinta pandang pertama, kebahagiaan dan banyak lagi elemen kehidupan yg indah. Anda memang rugi kalau tidak menyaksikan filem ini!

Friday, December 01, 2006

This is what dreams are made of...

u love me.. u love me not..
u love me.. u love me not..
mana satu nii...

Teringat plak Hillary Duff & that Italian guy nyanyi lagu ni dalam one of her movie...

Anyway.. this is about Akma & Felix...

Felix akan nyanyi lagu Kian tonite for Separuh Akhir Balada Muzik-Muzik 2006 on behalf of Mawi as Mawi is not around to sing it himself. Jalan2 cari awek kot si botak tu.. ahahah.. takde maknenyer...

Anyway, All The Best to Felix!! Cayalahh!!!

Akma akan muncul dalam Teater 'Batu Belah Batu Bertangkup' di Dewan Perbandaran Petaling Jaya or formerly known as Dewan Sivik in PJ. The theatre will be shown in 3 days - 1st, 2nd & 3rd Dec at 8pm. Jom ramai2 datang wehh... Kema jadik Puteri Mayang Mengurai... dengar2 sampai selesema asik dok berlatih...

Good Luck to Akma!!! Cayalahh!!

Dengar2, ramai Jiwangans yg akan datang during these 3 days.. cayalah Jiwang United!!!

Akma & Felix Forever Love...
 

Copyright 2007 ID Media Inc, All Right Reserved. Crafted by Nurudin Jauhari