Sunday, September 17, 2006

My Heart the Movie

Ramai gak bloggers yg dah buat review pasal movie ni. Ada yg kata macam Kuch Kuch Hota Hai... Daripada malas nak tengok, terus rasa nak tengok pulak.. ye laa. nak gak test ke'emosional'an aku pasal masa Kuch Kuch dulu aku gerenti nangis bila everytime aku tengok. So, bila ada opportunity, tengahari tadi aku pegi tengok movie ni dengan pipicomel. Even kitorang lambat 20 minit pun, tak menjejaskan la jugak jalan crita dia...

Tapi yg aku pelik, bila masuk jer, penonton asik gelak aje.... rupa2nya part2 awal memang ada scene klakar... aku tunggu2 gak part serius... kot2 la air mata aku mengalir gak.. bila pikir2 balik, dari awal lagi movie ni dah kecamukkan emosi aku... kejap ada part gelak bila komik fantasi puitis disamakan dengan komik Sin Chan... kejap ada part sedih bila Rachel dah start rasa sedih bila dia rasa akan kehilangan Farel pada Luna.. kejap ada part puitis bila Farel konon2 berpuisi dengan Luna... kejap ada part serius tak serius bila Rachel kejar Farel dengan jip nak langgar Farel sampai mati... kejap ada part romantik bila Farel cakap 'Aku Cinta Sama Kamu' kat Luna masa kat Danau.. (masa ni memang nice view...)Erk... memang emosi aku kecamuk.. sebab bila mata aku nak rasa bergenang jer, dah ada balik scene klakar.. so ended up aku gelak masa mata aku bergenang...

Bila dah habih movie ni, baru aku sedar kenapa aku nak tengok... aku sebenarnya nak merasa kembali perasaan Rachel yg pernah aku rasa dulu.. perasaan tak dapat menceritakan perasaan sebenar pada org yg dicintai... kalau nak cerita balik mende ni memang macam menoreh balik luka yg dah sembuh... Aku sebenarnya nak tengok macammana reaksi org yg berperasaan seperti Rachel... aku sebenarnya nak nangis sama2 dengan Rachel bila kita hanya dapat tengok org yg dicintai mencintai orang lain... aku jugak nak rasa happy jugak macam Rachel rasa bila tengok org tu happy dengan pasangan masing2... Hmm.. kalau nak cerita mende ni memang takkan habih... Cuma yg bezanya antara aku dgn Rachel ialah hati Rachel dpt berdegup bersama2 org yg dicintainya...

Anyway, bila aku tengok videoclip lagu ni kat youtube, aku mati2 ingat Acha tu Rachel... pasal dlm vc tu Acha rambut pendek.. and aku tak berapa cam Luna dlm movie ni. Tapi, salute to Rachel or Nirina... coz dia dpt buat aku rasa apa yg dia rasa dlm movie tu...
 

Copyright 2007 ID Media Inc, All Right Reserved. Crafted by Nurudin Jauhari