Wednesday, August 30, 2006

JU's Family Day

Jiwang United's Family Day
26 & 27 Ogos 2006

Hari Sabtu yg lalu saya ke Port Dickson untuk kali yg ke 4 tahun ini. Kali ini saya bersama rakan2 dari Jiwang United untuk menyambut ulang tahun kami yang pertama...

Saya ke rumah K. Liza utk mengambil beliau dan seterusnya ke rumah Iza untuk konvoi dengan 2 lagi kereta lain. Kak Liza naik kereta Biskot manakala saya dan Kak Ann menumpang kereta Iza. Kesian Kak Ann kepenatan kerana beliau baru tiba dari Johor. Kemudian Izan, Nurul dan Suzy join kami di Shell Sg Besi. Saya menyesal kerana tidak mengisi perut pada paginya. Akibatnya saya hanya sekadar merenung billboard iklan makanan di sepanjang perjalanan. Hahaha...

Kami menginap di Glory Beach Resort, PD. Selesai sahaja check-in pada 2 ptg, kami terus ke pekan untuk makan tghari. Malangnya, restoren yg kami singgah tak dapat memuaskan nafsu makan kami... Malah ada yg sakit perut pula beberapa jam selepas itu. Tak apalah.. kami singgah pula ke pasar malam yg berdekatan.

Malamnya, majlis bermula agak lewat kerana menunggu para tetamu kami tiba. Saya menjadi MC bidan terjun malam itu. Saya akur kerana saya tahu tak banyak yg saya dapat tolong sebelum ini untuk menjayakan program. Saya agak berdebar bila mendapat tahu keluarga Akma juga akan turut hadir. Nasib baik saya dapat kawal 'nervous' saya memandangkan majlis ini diadakan malam hari. Almaklumlah saya ni rabun malam... hahahaha... jadi saya tak dapat nampak dgn jelas raut atau riak muka masing2.

Majlis memang meriah dengan acara2 yg dijalankan secara sempoi. Masing2 kelihatan happy dan enjoy dengan each other's presence. Yang amat bermakna sekali, kami dapat berbual2 dengan Akma melalui telefon memandangkan beliau tak dapat hadir. Satu berita baik buat kami semua, beliau mendapat tempat kedua untuk Anugerah Artis DiGi ERA tahun ini. Yahuuuuuuuuuu... satu pencapaian yg terbaik bagi Akma tahun ini. Saya lebih teruja bila mendapat tahu, Mawi sah bakal membawa pulang trofi tersebut. Alhamdulillah. Nampaknya, bekas pelajar2 AF3 semuanya nyata berbakat besar dan semakin diiktiraf walaupun pelbagai halangan dan kontroversi yang melanda. Ja'a adik Akma, sempat menghiburkan kami dengan lagu 'Januari'. Oh ya, Felix juga tidak dapat hadir memandangkan beliau berada di kampunng waktu itu.

Malamnya, setelah selesai semuanya, kami lepak di bilik untuk menghadiri 'conference' tak rasmi yg turut dihadiri oleh Ja'a. Konferens kami tamat pada pukul 3 pagi. Kami nyaris2 terlepas breakfast keesokan hari disebabkan keadaan bilik yg sejuuuuukkkkk nyaman.... Zzzzz.....

Program Mawi....Ina
28 Ogos 2006

Terpaksa juga saya menulis nama tersebut di atas yang jelas nyata kini tiada kena mengena lagi dengan Mawi. Tapi saya yakin, beliau tidak akan dapat lari dari nama bekas tunangnya kerana apabila beliau sudah bergelar artis nanti, para pencinta seni yg bukan peminat Mawi akan mula mengenali beliau dan secara tidak langsung mereka akan bertanya, 'Siapa dia ni', 'Macammana dia boleh jadi artis'.... Justeru itu, nyata nama Mawi akan disebut2 jua. Saya tidak mengenali beliau malah tiada dendam memandangkan beliau tiada kaitan lagi dengan Mawi. Namun, seperti Mawi, sebagai salah seorang hamba Allah di muka bumi ini, saya mendoakan agar beliau mencapai apa yg beliau cita2kan selama ini. Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala2 cerita tersirat di sebalik keadaan Mawi yang banyak berdiam diri selama ini. Moga Mawi tabah dan teruskan perjalanan hidup sebagai anak seni di samping sahabat tercinta, Mawifc dan m2mfrenz. Hehehe...

 

Copyright 2007 ID Media Inc, All Right Reserved. Crafted by Nurudin Jauhari