Tuesday, August 08, 2006

Fantasia Mawi: Fly Marsha To Me...

Stadium Putra, Bukit Jalil - 6 Ogos 2006

Ada sebab saya meletakkan tajuk yg tertulis di atas. Hanya ahli M2M sahaja yg dapat merasakan pengertian tajuk penuh makna itu. Hakikatnya, ini adalah lanjutan daripada kunjungan saya dan rakan2 ke Konsert Fantasia Mawi pada 6 Ogos lalu.

Kami tiba seawal pukul 7 malam. Saya bernasib baik dapat beratur bersama2 rakan2 yg tiba lebih awal. Saya rasa, hampir pukul 8, baru pintu dibuka. Mungkin juga disebabkan jeritan para peminat yg sudah lama berada di situ yg sudah tak sabar untuk menyaksikan konsert pertama Mawi selepas beliau bercuti 3 minggu. Kami akhirnya dapat duduk di kerusi berhadapan dengan pentas. Pada mulanya saya rasa tak begitu ramai yg datang, tapi, di pertengahan konsert, rupa2nya penuh juga stadium. Saya kagum.

Mawi muncul dengan berpakaian serba putih. Berikut adalah lagu2 nyanyian Mawi dan rakan2...

Aduh Saliha - Hampir2 saya terlepas dgn permulaan lagu yg begitu cepat dimainkan.

Kian - Menurut Mawi, lagu ini lagu berhantu!! Saya musykil, siapalah hantu itu ya... haha...

Perempuan - Mawi sudah mula menari dgn lagu ini..

Apa yg saya dapat lihat, setiap 3 lagu berakhir, Mawi akan berhenti berehat untuk memberi laluan kepada iklan penaja. Beliau ambil kesempatan ini untuk menukar baju.

Al Jannah - Mawi berdiri di tengah2 di hadapan penonton di bawah stage sambil menyanyi.. pemandangan dari atas kerusi yg saya duduk, amatlah menakjubkan disebabkan lighting yg superb diiringi buih2 kecil... ditambah pula puluhan peminat2 yg berpusu2 mengangkat handphone mereka untuk mengambil gmbr Mawi dari dekat.

Lagu (tak tau nama) - yg dinyanyikan Raihan

Iqra' - duet Mawi dengan Raihan

Lagu Arab - duet Mawi dan Salima. Satu cubaan yg baik untuk berduet dengan penyanyi perempuan selain dari Marsha... (hahhaha..)

Yang Tercinta - salah satu lagu favourite saya dari album solo beliau. Mawi memakai blazer berwarna kuning pula.

Fly Me to the Moon - duet Mawi dan Farhan... saya lihat Farhan lebih banyak peminat jika dibandingkan dengan Salima. Mawi agak malu2 bila menyebut lirik lagu "baby kiss me..." Hmm..

Aku Saja Yang Tahu - Farhan menyanyikan lagu ini lebih baik dari malam sebelumnya di Konsert Akhir AF4.

Mawi tukar baju - T-shirt kuning dan jeket hitam.

Gadis Melayu - duet bersama Jamal Abdillah. Jamal bertanyakan Mawi apakah ciri2 gadis Melayu yg beliau sukai - jwpn Mawi: yg lemah lembut...

Seroja - Jamal nyanyi secara solo. Kedengaran beliau mengejar melodi....

Terharu - duet bersama Jamal. Nyata peminat2 cukup terhibur terutama bilaMawi menunjukkan skill beliau untuk menari. Jamal nampak sedikit semput.

Sesi jamming bersama M Nasir atau bolehlah dikatakan sesi Mawi mendera sifunya...

Sang Pencinta - M Nasir masih belum hilang sengat beliau. Ada ketika saya terasa seolah2 berada di Konsert beliau.

Juwita - saya kagum dengan interaksi M Nasir dengan audien. Tambahan pula dengan lagu yg cukup rancak untuk sama2 menyanyikannya.

Mawi menukar baju lagi - shirt putih kembali. Beliau bergurau senda dengan sifu. Mawi menyatakan yg berat beliau naik 10 kilo. Kenapa yer.... heehee. Sifu cuba mengorek rahsia Mawi yg kelihatan cukup gembira. Gembira dulu atau gembira sekarang. Mawi hanya kerap tergelak pada mulanya namun akhirnya setelah didesak berkali2 oleh sifu, beliau menyatakan beliau gembira sekarang kerana dapat merantau ke tempat yg tak pernah beliau kunjungi. Sifu mengusik mungkin kerana sudah ada org yg menjaga Mawi... (huh...)

Lagu Jiwa Lagu Cinta - duet bersama sifu. Superb performance!!

Dance segment bersama Lan dan Jamal. Sekali lagi Mawi menunjukkan skil beliau.

Kekasih Awal & Akhir - duet bersama Jamal. Mawi teringatkan kisah beliau terlupa lirik di konsert pertama AF3.

Ghazal untuk Rabiah - duet dengan Sifu dan Jamal. Again, superb & marvellous!!!

Mawi sempat melambai ke arah peminat dan berposing untuk gambarnya diambil sebelum beliau membuat flying kiss ketika keluar pentas. Saya berpuas hati dengan persembahan beliau kali ini walaupun sebenarnya inginkan beliau menyanyi lebih banyak lagu. Namun begitu, senyuman dan tawa beliau nyata mengubat duka lara.



Fly Me To The Moon

Fly me to the moon
Let me sing among those stars
Let me see what spring like
On Jupiter and Mars (err.. singkatan Marsha ni... haha..)
In other words, hold my hand
In other words, baby kiss me...

Fill my heart with song
Let me sing forevermore
You are all I long for
All I worship and adore
In other words, please be true
In other words, I love youuu....
 

Copyright 2007 ID Media Inc, All Right Reserved. Crafted by Nurudin Jauhari