Thursday, August 31, 2006

Cahaya Cinta




Dia telah menentukannya
kita bertemu dan bercinta
inilah oh takdirnya
bukan kerana harta
inilah citra cahaya cinta

pintu hatiku telah kau buka
tak mampu ku menafikannya
kejujuran diberi
kasih takkan terhenti
ini bahagia yang ku cari

sayangi daku peluklah daku
janji denganku semai cinta nan satu
tuhan menguji takkan berhenti
hanya ku pinta sama setia menjaga
hingga ke alam syurga


Good song... good vocal... enuff said.

Wednesday, August 30, 2006

JU's Family Day

Jiwang United's Family Day
26 & 27 Ogos 2006

Hari Sabtu yg lalu saya ke Port Dickson untuk kali yg ke 4 tahun ini. Kali ini saya bersama rakan2 dari Jiwang United untuk menyambut ulang tahun kami yang pertama...

Saya ke rumah K. Liza utk mengambil beliau dan seterusnya ke rumah Iza untuk konvoi dengan 2 lagi kereta lain. Kak Liza naik kereta Biskot manakala saya dan Kak Ann menumpang kereta Iza. Kesian Kak Ann kepenatan kerana beliau baru tiba dari Johor. Kemudian Izan, Nurul dan Suzy join kami di Shell Sg Besi. Saya menyesal kerana tidak mengisi perut pada paginya. Akibatnya saya hanya sekadar merenung billboard iklan makanan di sepanjang perjalanan. Hahaha...

Kami menginap di Glory Beach Resort, PD. Selesai sahaja check-in pada 2 ptg, kami terus ke pekan untuk makan tghari. Malangnya, restoren yg kami singgah tak dapat memuaskan nafsu makan kami... Malah ada yg sakit perut pula beberapa jam selepas itu. Tak apalah.. kami singgah pula ke pasar malam yg berdekatan.

Malamnya, majlis bermula agak lewat kerana menunggu para tetamu kami tiba. Saya menjadi MC bidan terjun malam itu. Saya akur kerana saya tahu tak banyak yg saya dapat tolong sebelum ini untuk menjayakan program. Saya agak berdebar bila mendapat tahu keluarga Akma juga akan turut hadir. Nasib baik saya dapat kawal 'nervous' saya memandangkan majlis ini diadakan malam hari. Almaklumlah saya ni rabun malam... hahahaha... jadi saya tak dapat nampak dgn jelas raut atau riak muka masing2.

Majlis memang meriah dengan acara2 yg dijalankan secara sempoi. Masing2 kelihatan happy dan enjoy dengan each other's presence. Yang amat bermakna sekali, kami dapat berbual2 dengan Akma melalui telefon memandangkan beliau tak dapat hadir. Satu berita baik buat kami semua, beliau mendapat tempat kedua untuk Anugerah Artis DiGi ERA tahun ini. Yahuuuuuuuuuu... satu pencapaian yg terbaik bagi Akma tahun ini. Saya lebih teruja bila mendapat tahu, Mawi sah bakal membawa pulang trofi tersebut. Alhamdulillah. Nampaknya, bekas pelajar2 AF3 semuanya nyata berbakat besar dan semakin diiktiraf walaupun pelbagai halangan dan kontroversi yang melanda. Ja'a adik Akma, sempat menghiburkan kami dengan lagu 'Januari'. Oh ya, Felix juga tidak dapat hadir memandangkan beliau berada di kampunng waktu itu.

Malamnya, setelah selesai semuanya, kami lepak di bilik untuk menghadiri 'conference' tak rasmi yg turut dihadiri oleh Ja'a. Konferens kami tamat pada pukul 3 pagi. Kami nyaris2 terlepas breakfast keesokan hari disebabkan keadaan bilik yg sejuuuuukkkkk nyaman.... Zzzzz.....

Program Mawi....Ina
28 Ogos 2006

Terpaksa juga saya menulis nama tersebut di atas yang jelas nyata kini tiada kena mengena lagi dengan Mawi. Tapi saya yakin, beliau tidak akan dapat lari dari nama bekas tunangnya kerana apabila beliau sudah bergelar artis nanti, para pencinta seni yg bukan peminat Mawi akan mula mengenali beliau dan secara tidak langsung mereka akan bertanya, 'Siapa dia ni', 'Macammana dia boleh jadi artis'.... Justeru itu, nyata nama Mawi akan disebut2 jua. Saya tidak mengenali beliau malah tiada dendam memandangkan beliau tiada kaitan lagi dengan Mawi. Namun, seperti Mawi, sebagai salah seorang hamba Allah di muka bumi ini, saya mendoakan agar beliau mencapai apa yg beliau cita2kan selama ini. Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala2 cerita tersirat di sebalik keadaan Mawi yang banyak berdiam diri selama ini. Moga Mawi tabah dan teruskan perjalanan hidup sebagai anak seni di samping sahabat tercinta, Mawifc dan m2mfrenz. Hehehe...

Sunday, August 20, 2006

Marsha @ Gempak Selebriti ASTRO - Cyberjaya

Aku kesian btoll dengan Marsha pasal ke hulu ke hilir dengan macam2 show... lepas Sabah Fantasia Tour, terus dia gi Kelantan dgn Mawi (satu flight tau!!! hahaha...) untuk booth PowerRoot kat Perkampungan Hadhari hari Jumaat 18hb ... then semalam plak kat Cyberjaya... isy isy isy... sibuk dengan show pun, aku tabik spring dgn Marsha coz dia tak jemu2 dok layan peminat dia..

Aku pegi dengan member2 M2M... Sampai2 jer kat sana lebih kurang dekat kol 9pm, Marsha tgh nyanyi!!!! Aiyaaarrkk... Apa lagi.. terkedek2 kitorang pegi kat stage kat situ... huhuhuhu.. dia nyanyi lagu Adibah Noor - sumthing nama Kelabu kot lagu dia...

Iskk.. sempat la kitorang lambai2... then tetiba je dia datang kat tepi pagar tu... uik... masa tu tak ramai fans yg dok kat tepi tu... apa lagi.. salam and kiss2 ler... a few royan words were heard... arghhh......
Then after that Marsha lepak kat tepi dressing room tu dengan Lotter... a few games after that, ada la dia nyanyi few songs ramai2 dengan bebudak AF lain. Masa Anuar Zain nyanyi lagu Bila Resah, derang dance pulak.. best bangat!!! hahaha...

Last2 diorang ramai2 posing coz photographer nak amik gmbr... kitorang yg ada camera ni pun sibuk2 gak... ahahaha... seemed that Marsha tak leh lepak2 after show sebab diorang kena naik bas terus untuk ballik.. abih lebih kurang kol 11 lebih la jugak... fuhhh..

UNDERNEATH POKOK KLAPAK, MAWI WILL WAIT FOR YOU... <== royan terlampau.. kuang3x... Later ekk aku upload gmbr2...

Tuesday, August 15, 2006

Harapan



Enuff said...

Tuesday, August 08, 2006

Fantasia Mawi: Fly Marsha To Me...

Stadium Putra, Bukit Jalil - 6 Ogos 2006

Ada sebab saya meletakkan tajuk yg tertulis di atas. Hanya ahli M2M sahaja yg dapat merasakan pengertian tajuk penuh makna itu. Hakikatnya, ini adalah lanjutan daripada kunjungan saya dan rakan2 ke Konsert Fantasia Mawi pada 6 Ogos lalu.

Kami tiba seawal pukul 7 malam. Saya bernasib baik dapat beratur bersama2 rakan2 yg tiba lebih awal. Saya rasa, hampir pukul 8, baru pintu dibuka. Mungkin juga disebabkan jeritan para peminat yg sudah lama berada di situ yg sudah tak sabar untuk menyaksikan konsert pertama Mawi selepas beliau bercuti 3 minggu. Kami akhirnya dapat duduk di kerusi berhadapan dengan pentas. Pada mulanya saya rasa tak begitu ramai yg datang, tapi, di pertengahan konsert, rupa2nya penuh juga stadium. Saya kagum.

Mawi muncul dengan berpakaian serba putih. Berikut adalah lagu2 nyanyian Mawi dan rakan2...

Aduh Saliha - Hampir2 saya terlepas dgn permulaan lagu yg begitu cepat dimainkan.

Kian - Menurut Mawi, lagu ini lagu berhantu!! Saya musykil, siapalah hantu itu ya... haha...

Perempuan - Mawi sudah mula menari dgn lagu ini..

Apa yg saya dapat lihat, setiap 3 lagu berakhir, Mawi akan berhenti berehat untuk memberi laluan kepada iklan penaja. Beliau ambil kesempatan ini untuk menukar baju.

Al Jannah - Mawi berdiri di tengah2 di hadapan penonton di bawah stage sambil menyanyi.. pemandangan dari atas kerusi yg saya duduk, amatlah menakjubkan disebabkan lighting yg superb diiringi buih2 kecil... ditambah pula puluhan peminat2 yg berpusu2 mengangkat handphone mereka untuk mengambil gmbr Mawi dari dekat.

Lagu (tak tau nama) - yg dinyanyikan Raihan

Iqra' - duet Mawi dengan Raihan

Lagu Arab - duet Mawi dan Salima. Satu cubaan yg baik untuk berduet dengan penyanyi perempuan selain dari Marsha... (hahhaha..)

Yang Tercinta - salah satu lagu favourite saya dari album solo beliau. Mawi memakai blazer berwarna kuning pula.

Fly Me to the Moon - duet Mawi dan Farhan... saya lihat Farhan lebih banyak peminat jika dibandingkan dengan Salima. Mawi agak malu2 bila menyebut lirik lagu "baby kiss me..." Hmm..

Aku Saja Yang Tahu - Farhan menyanyikan lagu ini lebih baik dari malam sebelumnya di Konsert Akhir AF4.

Mawi tukar baju - T-shirt kuning dan jeket hitam.

Gadis Melayu - duet bersama Jamal Abdillah. Jamal bertanyakan Mawi apakah ciri2 gadis Melayu yg beliau sukai - jwpn Mawi: yg lemah lembut...

Seroja - Jamal nyanyi secara solo. Kedengaran beliau mengejar melodi....

Terharu - duet bersama Jamal. Nyata peminat2 cukup terhibur terutama bilaMawi menunjukkan skill beliau untuk menari. Jamal nampak sedikit semput.

Sesi jamming bersama M Nasir atau bolehlah dikatakan sesi Mawi mendera sifunya...

Sang Pencinta - M Nasir masih belum hilang sengat beliau. Ada ketika saya terasa seolah2 berada di Konsert beliau.

Juwita - saya kagum dengan interaksi M Nasir dengan audien. Tambahan pula dengan lagu yg cukup rancak untuk sama2 menyanyikannya.

Mawi menukar baju lagi - shirt putih kembali. Beliau bergurau senda dengan sifu. Mawi menyatakan yg berat beliau naik 10 kilo. Kenapa yer.... heehee. Sifu cuba mengorek rahsia Mawi yg kelihatan cukup gembira. Gembira dulu atau gembira sekarang. Mawi hanya kerap tergelak pada mulanya namun akhirnya setelah didesak berkali2 oleh sifu, beliau menyatakan beliau gembira sekarang kerana dapat merantau ke tempat yg tak pernah beliau kunjungi. Sifu mengusik mungkin kerana sudah ada org yg menjaga Mawi... (huh...)

Lagu Jiwa Lagu Cinta - duet bersama sifu. Superb performance!!

Dance segment bersama Lan dan Jamal. Sekali lagi Mawi menunjukkan skil beliau.

Kekasih Awal & Akhir - duet bersama Jamal. Mawi teringatkan kisah beliau terlupa lirik di konsert pertama AF3.

Ghazal untuk Rabiah - duet dengan Sifu dan Jamal. Again, superb & marvellous!!!

Mawi sempat melambai ke arah peminat dan berposing untuk gambarnya diambil sebelum beliau membuat flying kiss ketika keluar pentas. Saya berpuas hati dengan persembahan beliau kali ini walaupun sebenarnya inginkan beliau menyanyi lebih banyak lagu. Namun begitu, senyuman dan tawa beliau nyata mengubat duka lara.



Fly Me To The Moon

Fly me to the moon
Let me sing among those stars
Let me see what spring like
On Jupiter and Mars (err.. singkatan Marsha ni... haha..)
In other words, hold my hand
In other words, baby kiss me...

Fill my heart with song
Let me sing forevermore
You are all I long for
All I worship and adore
In other words, please be true
In other words, I love youuu....
 

Copyright 2007 ID Media Inc, All Right Reserved. Crafted by Nurudin Jauhari