Sunday, July 02, 2006

Takziah Untuk Mawi


Takziah saya ucapkan untuk Mawi dan keluarga atas pemergian ayah beliau, Pak Atan ke Rahmatullah malam tadi. Harap beliau tabah dalam mengharungi hidup tanpa orang yang selama ini paling kuat menyokong beliau. Saya terharu bila mengingatkan kata2 Mawi dalam satu artikel di akhbar satu ketika dulu, senyuman ayah beliau adalah pendorong beliau untuk terus 'move on'. Saya tidak pasti apakah Mawi akan teruskan perjalanan beliau sebagai seorang anak seni selepas ini kerana sejak beliau bergelar penghibur, sudah bermacam2 ujian yg dihadapi beliau termasuklah hari ini.

Saya pasti masih ada lagi penyokong2 beliau yang sanggup berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan beliau selepas ini. Cuma, saya kurang pasti apakah motif so-called penyokong yg menyatakan sokongan mereka terhenti disebabkan gosip status pertunangan beliau. Apa pun motif mereka ini, saya anggap yang mereka ini menyokong bukan sahaja kerjaya seni Mawi, malahan mereka mungkin rasa mereka seolah2 berada dekat dengan penyanyi pujaan mereka itu dengan mengambil berat segala aktiviti peribadi Mawi.

Apa pun yg berlaku ke atas kehidupan peribadi Mawi sekarang ini, saya pasti masih ramai lagi teman seperjuangan beliau dan rakan penyokong yang masih lagi percaya dengan bakat beliau. Samada anda teman rapat, penyokong, fanatik mahupun pengkritik tetap beliau, sebagai seorang hamba Allah, marilah kita sama2 mendoakan yg terbaik untuk beliau. Semoga beliau cekal dan tidak patah semangat. Al Fatihah.
 

Copyright 2007 ID Media Inc, All Right Reserved. Crafted by Nurudin Jauhari