Wednesday, July 19, 2006

Majlis Pelancaran Cit Cat Azwan Musim 10

Saya berkesempatan ke Majlis Pelancaran Cit Cat Azwan 5 Julai lepas di Hotel Impiana KLCC atas seorang jemputan teman rapat. Saya diberitahu kemungkinan besar, Akma & Felix akan berada di sana. Selesai sahaja kerja pada pukul 2.30pm, saya terus memandu ke KLCC untuk mengambil 2 org lagi teman.

Majlis sudahpun berlangsung ketika kami sampai dan saya dapat mendengar suara2 yg agak ‘familiar’ – Azwan Ali la tuu.. hahaha… Kami terserempak dgn Erra Fazira yg saya kira agak tergesa2 meninggalkan majlis. Saya dan rakan2 sempat berbual dengan Joe Lee tentang AF4 dan juga tentang gossip petunangan Mawi. Ada benarnya juga bila saya memikirkan hujah2 beliau tentang perkara2 tersebut.

Kami hanya mampu menjenguk kepala pada mulanya.. namun bila perbincangan ringkas dibuat, kami dapat masuk dan berdiri di bahagian belakang dewan dan hanya sekadar memerhati perjalanan majlis. Azwan agak ‘excited’ dengan komitmen rakan2 artis dan para wartawan yg turut memeriahkan majlis beliau.

Saya tertinjau2 bila mencari kelibat Akma dan Felix. Saya rasa sudah lama saya tak lihat mereka berdua berjalan seiringan. Haha… Dari jauh, saya lihat jambul baru Felix dan saya pasti Akma ada di sebelah beliau.. Tak sangka Akma begitu cantik dengan rambut beliau yg dihiasi dgn reben.. Dua kali pandang memang saya rasa beliau seolah2 puteri jelmaan. Mungkin juga seri beliau terserlah bila ‘putera raja’ ada di sisi.. ahahahah… Tak semena2, rakan saya memberitahu bahawa Marsha turut ada di meja yg sama. Aaaarghhh… saya terjerit seketika kerana saya tak sangka beliau akan turut hadir. Saya memang tahu yg beliau dan Kefli akan merakamkan episod Cit Cat mereka tapi saya tak sangka mereka sudah pun merakamkannya. She WAS gorgeous!!!! Nantikan Cit Cat Marsha 20 September nanti di Astro Ria.

Bila para artis bergambar beramai2 di atas pentas, saya lihat ramai para jurugambar yg berkerumun untuk mengambil gmbr. Saya pun tak lepaskan peluang ini untuk berdiri di belakang mereka untuk sama2 mengambil gambar Idola AF3 saya – Felix, Akma & Marsha. Alangkah bahagianya sekiranya Mawi hadir sama. Hahahah…

Saya keluar dewan semula memandangkan sesi fotografi akan bermula. Para artis bergilir2 dengan para jurugambar & wartawan yg ingin meneuramah mereka. Saya sungguh bertuah kerana berpeluang meangmbil pose menarik Marsha, Akma & Felix walaupun saya tahu kualiti gmbr yg diambil dari videocam saya tak berapa elok. Ahh.. yg pasti, 400++ keping gmbr sudah ada dlm simpanan.

Saya menegur Marsha yg baru selesai diambil gmbr & bertanyakan tentang keadaan rakan baiknya, Mawi di mana secara kebetulan Marsha dan rakan2 baru pulang dari Kulai menziarahi keluarga Mawi wal pagi itu. Tak salah saya, Yazer memandu kereta Ekin bersama Felix, Akma & Marsha. Marsha memberitahu yg Mawi ok dan sangat tabah. Saya tak sempat utk bertanyakan lebih lanjut memandangkan beliau terpaksa membuat photoshoot lain. Saya dan rakan2 terus mengambil gmbr Akma & selepas itu gmbr Felix pula. Waduhh… macam2 gaya yg dilakukan. Saya hanya menunggu dgn sabar bila sesi gmbr berdua akan bermula.

Tiba2 saya lihat Marsha duduk di meja di luar dewan dan ramai wartawan yg mengelilingi beliau. Saya agak ini pasti sesi interview beliau. Saya agak teruja memandangkan ini wawancara pertama secara ‘live’ yg dapat saya saksikan dgn mata kepala sendiri. Saya hampir tergelak mendengar wartawan pertama bertanyakan Marsha – “Nak jawab soalan biasa ke atau soalan kontroversi dulu”.. Hahahah.. saya hampir benar tergelak bila rakan wartawan lain yg menjawab bg pihak Marsha – “Ala kita terus soalan kontroversi dululah…”. Marsha nampak profesional bila menjawab soalan yg berkaitan dgn rakan rapat beliau di Akademi – iaitu Mawi. Nasib memang tidak menyebelahi saya bila rakaman interview itu terhenti dek pita video saya sudah habis. Argghhh..

Saya berkejar ke hujung dewan pula untuk merakamkan pose2 menarik Akma & Felix bergmbr bersama di beberapa lokasi berasingan. Satu adegan menarik yg ingin saya kongsi, semasa Akma berdiri di tepi pintu untuk pose ‘solo’, saya terlihat Felix secara senyap memerhatikan Akma. Saya hanya mampu terkedu melihat adegan itu dan lantas memberitahu rakan saya. Nasib baik rakan saya sempat mengambil gmbr senario ‘mahal’ itu. Namun beberapa saat ‘indah’ itu hanya sementara bila Felix sudah tersengih dan ter’perasan’ yg kami juga sedang memerhatikan gelagat beliau. KANTOI!!!! Hahahaha…

Akma & Felix kemudiannya ke dalam dewan untuk membuat interview. Waktu ini kami ambil kesempatan berjumpa mereka berdua untuk berbual seketika secara berasingan dan memberi cenderahati yg rakan kami kirim. Marsha pula baru selesai interview. Kami lepak kat dalam memandangkan waktu itu, ada artis2 yg sudah pulang dan pihak hotel mula untuk berkemas. Semasa hendak pulang, Marsha sempat bertanyakan khabar rakan M2M, Jujue yg beliau temui di Penang minggu sudah. Pastinya kenangan mendapat gmbr2 dr Jujue adalah yg paling Marsha ingati.

CIT CAT AZWAN
Marsha & Kefli - 20 Sept
Akma & Felix - 4 Okt

Show Marsha di Hitz.tv - 19 July 4pm. Jom pi ramai2!!!
 

Copyright 2007 ID Media Inc, All Right Reserved. Crafted by Nurudin Jauhari