Friday, July 28, 2006

A Lovely Day with Our Princess, Marsha

27 July 2006 - Karyaneka, Jalan Conlay

It was announced sometime last week yg our Princess, Marsha was arranging to spend time with her fans. WOW!!! Tak tergambar la rasa happy when we finally get to see her in person..

At last, bila dah confirm, kitorang kumpul kat Karyaneka at around 2pm. Yang ada, Pipicomel, Sweetjaan, Braggs, Gadis_Dealova & a friend, Kak Ann, Kak Bijak, Panjiadil, JusticeGuy and me of course. Aku datang lewat sikit aroung 3.30pm. But diorang bgtau Marsha sampai dengan Ady Maestro. Ada gak la photographer from Karangkraf.. aku rasa untuk article Media Hiburan kot… so guys… watch out for next Media Hiburan issue…

Then, diorang jalan2 around Karyaneka sambil posing2 amik gambar lagik.. isy isy.. jelesnyaaaa… Yang best tu, Marsha and few of us ada gak main Congkak… cayalah… Marsha nak beli congkak but takde yg fancy plak.. yang ada tu, besar gedabak.. hahahah.. anyway, kat Karyaneka tu, ada la derang letak patung pakai baju batik dengan hiasan2 batik macam pasu, meja, sofa… memang colorful betul that place with all the batik things…. Heehee… Marsha plak dok posing kat patung2 tu… ada gak dia suruh kitorang posing, tapi mana la kitorang reti sangat.. ahahahah…

Lepas tu, pegi plak tempat kaler2 batik… hehehe… rupa2nya ada aktiviti kaler mengaler… best gak.. pasal dah lama tak pegang water kaler nih… pihak Karyaneka dah sediakan kain and gambar untuk setiap org kaler (memang sorang satu dapat!!!)… gambar – scenery dekat KLCC, ada pokok klapak, Menara KLCC and Menara KL (huh???) and bukit bukau sikit laa… then kat bawah each of the gambar kat kain tu, ada la Marsha punya signature. Best gilerrrrr… Marsha had to go somewhere sekejap nak buat photoshoot with the Karangkraf guys.. Pas tu dia datang balik… Almost dua jam gak la aktiviti kaler2 nih… then bila dah siap, kena keringkan plak. Bila dah kering, everybody got to keep it!!! Wow!!! Posing plak lepas tu dengan Marsha and of course, with our hand-made batik yg kitorang sendiri kaler. Memang kellllassss….

Then, pas tu, masing2 dah rasa lapar… kitorang pun pegi la tea break kat MiCasa Hotel nearby. Hehehehe… lepak & borak2 la kejap sambil makan currypuff & tea. Nasib baik aku bawak 2 photo albums aku yg penuh gmbr dia & Mawi. Heheeheh… bagi la dia tengok especially gmbr2 kat Penang dulu. Waduh2… tengah2 tengok sambil borak2, tetiba, background music kat cafĂ© tu – Aduh Saliha la plak… ayoyoyo…. Kitorang bebudak M2M dah sengih2 dah.. ROYANNN!!!! Tak tau la Marsha perasan ke tidak coz masa tu dia tengah on the phone. Suratan atau kebetulan?? Kuang3x!!!

Then ada la dia sign gmbr2 yg Sweetjaan bawak… then dia sign plak album aku… heheheh… lepas dah lepak tu, around 6 sumthing, nak balik dahhh… sempat plak posing amik gambar sorang2 dengan Marsha kat luar hotel. Masa salam2, kiss2 dengan Marsha before nak balik tu, aku sempatla say thank you kat Marsha for spending time with us… Dia cakap balik – My pleasure actually… Hehehehe….

And that was all… a memorable day with our lovely Marsha….. Best giler coz she was so friendly, so funny, so bubbly.. Just like what we all saw in AF… and that’s why we like her so much, right!!?? Hopefully lepas ni, ramai lagi yg akan join the activities with Marsha, if ada la..…

POKOK KLAPAK WORLD!!!!

Hitz.TV Top Ten Live with Marsha

19 July 2006 - ASTRO

Aku pegi pun last minute decision.. pasal aku keje shift pagi ari tu... so last2 decide pegi gak dgn braggs...

Yang haru tu, kitorang dua2 memang tak penah pegi Astro.. so main bantai je laaa redah kat situ... hahahah.. aku rasa kitorang dah tawaf area tu lebih kurang 3, 4 kali coz the actual jalan masuk dia macam lorong terbiar... isy isy... aku tak sangka betul susah nak cari Astro... nampak je bangunan dia besar.. tapi jalan nak pegi... erk.... tobat laa... parking lak kat luar.. kena bayar singgit.. dulu bapak aku kata tak de fee.... ermmm yg ni aku no komen la... bila Astro dah kaya, nak lagi kaya, macam ni la jadiknya kot....

Bila masuk Astro tu, kitorang jumpa Hitz.TV Audience Manager - si Aya dgn Hazmin (ye kot nama ni.. tak berapa ingat laa..)..they are really nice people... kena pakai sticker plak kat baju... tapi kena tunggu ramai2 audience lain datang, baru boleh masuk... terjumpa plak dgn Intan NurLiyana (ingat tak masa DSS AF3 - yg dia nari dgn Marsha kat stage tu nyanyi Pokok Klapak - ala2 tomboy tu..).. dia pun ada... ingat kot dia dtg pasal nak tgk Marsha, rupanya dia dtg nak tgk Amy AF3... tapi Amy plak tak dtg pasal demam...

Tetiba, ada plak satu rombongan datang dgn bas... rupa2nya derang jemput budak kat kolej mana tah... datang jadik audience gak... pas tu ada plak minah2 Salleh dari London... jadik audience gak... ramai la plak... bila dah ready tu, kitorang diberi briefing jap on what to do and what we can't do. Then ramai2 masuk Astro.. dapat la tgk Studio2 yg berkenaan... masuk je Studio 2 untuk Hitz.TV tu, terkezut gilerrrrrrrr!!!!!!! Aku ingatkan datang just nak tgk jer.. rupanya kena duduk kat studio set mcm yg kat Muzik@Ria ramai2 tepuk ala2 Awie celup tuu... erkkk... malu gak la.. but demi Marsha, aku tebalkan muka je laaaa.. adehhh...

Lepas dah amik tempat kat studio set, derang bagi arahan la apa nak kena buat and macam2 lagi lah dgn Hitz.TV punya pengacara - Ferhad, Roshan & sorang minah ni tak berapa ingat nama dia....... then tunggu punya tunggu, Marsha, Burn & Vince pun datang... rupanya derang tiga yg akan buat show and jadik artis jemputan untuk show tu - Hitz.TV Top Ten Live. Marsha as always was very beautiful as ever... pakai jeans and blouse kaler green. Marsha yg start nyanyi dulu - lagu Imagine Me Without You - tak ingat la sapa penyanyi asal lagu ni... best giler suara.. aku ingat miming mula2.. rupanya memang LIVE!!! Cayalah Marsha....

Then lepas tu, derang interview2 sikit la bebudak tiga org tu pasal AF, pasal album, and bla bla bla... yg bestnya, in between recording interview tu, ada gak si Ferhad & Burn dok sebut2 Mawi.... hahaha.. ada gak derang usik2 si Marsha... and as usual, Marsha pun dok cover2 gitu laaa... hahahah.... aku dah angkat2 kening dgn Braggs.... hahaha... royan pun cover2 gak laaa...

Ekceli, macam2 lagi happened, tapi tak berapa relevant sgt nak citer kat sini.. Then lepas dah abih recording show tu, kena balik laaa... then kitorang mintak permission nak bergambar dgn Marsha jap... so Braggs pun kasik la kiriman brg2 yg org lain kirim... then aku plak, kasik cd yg ada gmbr Cit Cat yg aku amik dulu, dgn 1 vc - lagu duet Jgn Pisahkan yg dia penah nyanyi kat Penang dulu tu... aku tanya dia dah tgk ke vc duet tu... dia dgn excitednya kata blom.. hahahah... Pastu dia tetiba tanya, Mawi tak ada? Aku blur jap.. Mawi?... bila masa Mawi ada kat Launching Cit Cat tu?.... Hahaha.. rupa2nya dia tanya untuk Mawi tak de ke vc gak... ahahah...tak teringat plak nak buat vc utk Mawi gak...

Then lepas dah snap2 few pictures (tak leh lama2), kitorang pun pi tea break kat cafe Astro.. ada la terjumpa few artists.... last2 Marsha pun masuk gak... lepas say few things and dah kirim2 salam, kitorang pun balik ler dgn perasaan riang gumbira....

Wednesday, July 19, 2006

Majlis Pelancaran Cit Cat Azwan Musim 10

Saya berkesempatan ke Majlis Pelancaran Cit Cat Azwan 5 Julai lepas di Hotel Impiana KLCC atas seorang jemputan teman rapat. Saya diberitahu kemungkinan besar, Akma & Felix akan berada di sana. Selesai sahaja kerja pada pukul 2.30pm, saya terus memandu ke KLCC untuk mengambil 2 org lagi teman.

Majlis sudahpun berlangsung ketika kami sampai dan saya dapat mendengar suara2 yg agak ‘familiar’ – Azwan Ali la tuu.. hahaha… Kami terserempak dgn Erra Fazira yg saya kira agak tergesa2 meninggalkan majlis. Saya dan rakan2 sempat berbual dengan Joe Lee tentang AF4 dan juga tentang gossip petunangan Mawi. Ada benarnya juga bila saya memikirkan hujah2 beliau tentang perkara2 tersebut.

Kami hanya mampu menjenguk kepala pada mulanya.. namun bila perbincangan ringkas dibuat, kami dapat masuk dan berdiri di bahagian belakang dewan dan hanya sekadar memerhati perjalanan majlis. Azwan agak ‘excited’ dengan komitmen rakan2 artis dan para wartawan yg turut memeriahkan majlis beliau.

Saya tertinjau2 bila mencari kelibat Akma dan Felix. Saya rasa sudah lama saya tak lihat mereka berdua berjalan seiringan. Haha… Dari jauh, saya lihat jambul baru Felix dan saya pasti Akma ada di sebelah beliau.. Tak sangka Akma begitu cantik dengan rambut beliau yg dihiasi dgn reben.. Dua kali pandang memang saya rasa beliau seolah2 puteri jelmaan. Mungkin juga seri beliau terserlah bila ‘putera raja’ ada di sisi.. ahahahah… Tak semena2, rakan saya memberitahu bahawa Marsha turut ada di meja yg sama. Aaaarghhh… saya terjerit seketika kerana saya tak sangka beliau akan turut hadir. Saya memang tahu yg beliau dan Kefli akan merakamkan episod Cit Cat mereka tapi saya tak sangka mereka sudah pun merakamkannya. She WAS gorgeous!!!! Nantikan Cit Cat Marsha 20 September nanti di Astro Ria.

Bila para artis bergambar beramai2 di atas pentas, saya lihat ramai para jurugambar yg berkerumun untuk mengambil gmbr. Saya pun tak lepaskan peluang ini untuk berdiri di belakang mereka untuk sama2 mengambil gambar Idola AF3 saya – Felix, Akma & Marsha. Alangkah bahagianya sekiranya Mawi hadir sama. Hahahah…

Saya keluar dewan semula memandangkan sesi fotografi akan bermula. Para artis bergilir2 dengan para jurugambar & wartawan yg ingin meneuramah mereka. Saya sungguh bertuah kerana berpeluang meangmbil pose menarik Marsha, Akma & Felix walaupun saya tahu kualiti gmbr yg diambil dari videocam saya tak berapa elok. Ahh.. yg pasti, 400++ keping gmbr sudah ada dlm simpanan.

Saya menegur Marsha yg baru selesai diambil gmbr & bertanyakan tentang keadaan rakan baiknya, Mawi di mana secara kebetulan Marsha dan rakan2 baru pulang dari Kulai menziarahi keluarga Mawi wal pagi itu. Tak salah saya, Yazer memandu kereta Ekin bersama Felix, Akma & Marsha. Marsha memberitahu yg Mawi ok dan sangat tabah. Saya tak sempat utk bertanyakan lebih lanjut memandangkan beliau terpaksa membuat photoshoot lain. Saya dan rakan2 terus mengambil gmbr Akma & selepas itu gmbr Felix pula. Waduhh… macam2 gaya yg dilakukan. Saya hanya menunggu dgn sabar bila sesi gmbr berdua akan bermula.

Tiba2 saya lihat Marsha duduk di meja di luar dewan dan ramai wartawan yg mengelilingi beliau. Saya agak ini pasti sesi interview beliau. Saya agak teruja memandangkan ini wawancara pertama secara ‘live’ yg dapat saya saksikan dgn mata kepala sendiri. Saya hampir tergelak mendengar wartawan pertama bertanyakan Marsha – “Nak jawab soalan biasa ke atau soalan kontroversi dulu”.. Hahahah.. saya hampir benar tergelak bila rakan wartawan lain yg menjawab bg pihak Marsha – “Ala kita terus soalan kontroversi dululah…”. Marsha nampak profesional bila menjawab soalan yg berkaitan dgn rakan rapat beliau di Akademi – iaitu Mawi. Nasib memang tidak menyebelahi saya bila rakaman interview itu terhenti dek pita video saya sudah habis. Argghhh..

Saya berkejar ke hujung dewan pula untuk merakamkan pose2 menarik Akma & Felix bergmbr bersama di beberapa lokasi berasingan. Satu adegan menarik yg ingin saya kongsi, semasa Akma berdiri di tepi pintu untuk pose ‘solo’, saya terlihat Felix secara senyap memerhatikan Akma. Saya hanya mampu terkedu melihat adegan itu dan lantas memberitahu rakan saya. Nasib baik rakan saya sempat mengambil gmbr senario ‘mahal’ itu. Namun beberapa saat ‘indah’ itu hanya sementara bila Felix sudah tersengih dan ter’perasan’ yg kami juga sedang memerhatikan gelagat beliau. KANTOI!!!! Hahahaha…

Akma & Felix kemudiannya ke dalam dewan untuk membuat interview. Waktu ini kami ambil kesempatan berjumpa mereka berdua untuk berbual seketika secara berasingan dan memberi cenderahati yg rakan kami kirim. Marsha pula baru selesai interview. Kami lepak kat dalam memandangkan waktu itu, ada artis2 yg sudah pulang dan pihak hotel mula untuk berkemas. Semasa hendak pulang, Marsha sempat bertanyakan khabar rakan M2M, Jujue yg beliau temui di Penang minggu sudah. Pastinya kenangan mendapat gmbr2 dr Jujue adalah yg paling Marsha ingati.

CIT CAT AZWAN
Marsha & Kefli - 20 Sept
Akma & Felix - 4 Okt

Show Marsha di Hitz.tv - 19 July 4pm. Jom pi ramai2!!!

Tuesday, July 04, 2006

Gurindam Cinta Yang Terpendam


Bila cinta tiada erti..

Kasih sayang kan lupus

Tiada janji yang dinanti

Tiada kasih yang didamba

Mengertilah ku kini

Yang cinta tak seindah yg disangka

Tak semurni di jiwa

Tak sebati di hati

Walau tak terucap dengan kata

Hati bagai ternanti-nanti

Cinta indah kian hilang

Cinta sejati nan menyembam

Luka hati bagai tertoreh

Makin dalam tatkala kumenoleh

Pabila cinta makin jauh

Pabila kasih makin sepi

tobymiaw - 6.04pm - 170106

Sunday, July 02, 2006

Takziah Untuk Mawi


Takziah saya ucapkan untuk Mawi dan keluarga atas pemergian ayah beliau, Pak Atan ke Rahmatullah malam tadi. Harap beliau tabah dalam mengharungi hidup tanpa orang yang selama ini paling kuat menyokong beliau. Saya terharu bila mengingatkan kata2 Mawi dalam satu artikel di akhbar satu ketika dulu, senyuman ayah beliau adalah pendorong beliau untuk terus 'move on'. Saya tidak pasti apakah Mawi akan teruskan perjalanan beliau sebagai seorang anak seni selepas ini kerana sejak beliau bergelar penghibur, sudah bermacam2 ujian yg dihadapi beliau termasuklah hari ini.

Saya pasti masih ada lagi penyokong2 beliau yang sanggup berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan beliau selepas ini. Cuma, saya kurang pasti apakah motif so-called penyokong yg menyatakan sokongan mereka terhenti disebabkan gosip status pertunangan beliau. Apa pun motif mereka ini, saya anggap yang mereka ini menyokong bukan sahaja kerjaya seni Mawi, malahan mereka mungkin rasa mereka seolah2 berada dekat dengan penyanyi pujaan mereka itu dengan mengambil berat segala aktiviti peribadi Mawi.

Apa pun yg berlaku ke atas kehidupan peribadi Mawi sekarang ini, saya pasti masih ramai lagi teman seperjuangan beliau dan rakan penyokong yang masih lagi percaya dengan bakat beliau. Samada anda teman rapat, penyokong, fanatik mahupun pengkritik tetap beliau, sebagai seorang hamba Allah, marilah kita sama2 mendoakan yg terbaik untuk beliau. Semoga beliau cekal dan tidak patah semangat. Al Fatihah.
 

Copyright 2007 ID Media Inc, All Right Reserved. Crafted by Nurudin Jauhari