Wednesday, June 07, 2006

Promo Album Qasidah - Seremban


Semalam saya berkesempatan ke Seremban sebentar semata-mata untuk melihat promosi album Qasidah Mawi. Setibanya saya di sana, rupa-rupanya di situ juga turut dipromosikan album Zarina AF2 - Mahkota Jiwa.

MC hari itu ialah Along Maestro memandangkan beliau anak jati NS. Zarina yg memanggil Along dgn panggilan 'Papa' memulakan acara dgn beberapa 3 lagu dari album baru beliau. Nampaknya Zarina masih mengekalkan kelunakan suara beliau yg masih saya ingat hingga kini.


Seterusnya, Mawi tampil pula selepas itu dengan tiga lagu juga iaitu Kian, Oh Fatimah dan Al Jannah. Saya agak terperanjat pada mulanya kerana Mawi tidak mempromosikan lagu2 lain dalam Album Qasidah. Hmm.. mungkin juga beliau kesuntukan masa kerana malam semalam beliau muncul di TV2 untuk rancangan Interzone.


Mawi nampak ceria untuk mempromosikan album beliau dan saya rasa itu salah satu ciri yang sihat yg perlu ditonjolkan oleh seseorang artis kepada peminat masing2. Beberapa aksi menarik dapat saya lihat dari Mawi terutama apabila beliau berinteraksi dengan 4 org penonton yg beliau jemput ke atas pentas untuk menari bersama2 beliau semasa menyanyikan lagu Oh Fatimah. Sebelum itu mereka 'didera' dek Mawi untuk mengungkapkan perkataan 'Kuku kaki kakakku' secara laju.


Akhir acara, Mawi berkesempatan juga bersama2 Zarina untuk mengadakan sesi autograf. Walaupun sudah berkali2 saya mendapatkan tandatangan beliau, namun saya tak lepaskan peluang ini kerana ingin memberi pesanan dr rakan2 saya di M2MFrenz. Lagipun saya memang membawa 'cover' album Qasidah beliau untuk ditandatangani. Haha... Apabila saya tiba di hadapan beliau, saya hanya mampu tersenyum pada Nasir yg berada di sebelah Mawi ketika itu. Mawi, bagaikan sudah menjadi rutin beliau, terus mencapai poster & cover album untuk ditandatangani. Saya cepat2 menyatakan hasrat rakan2 yg sempat mereka pesan. Namun saya sebenarnya keliru kerana Mawi tidak memberikan sebarang reaksi (berbeza dgn beberapa acara sebelum ini). Sama ada terlalu khusyuk menandatangan atau pun terlalu banyak perkara yg perlu difikirkan oleh beliau. Wallahua'lam. Kita hanya mendoakan yg baik2 saja Insya Allah.
 

Copyright 2007 ID Media Inc, All Right Reserved. Crafted by Nurudin Jauhari