Monday, May 08, 2006

Salam Takziah

Semalam, ibu kepada salah seorang rakan karib saya (Faridah Hanom) yg saya kenali sebagai Makcik Kiah, telah kembali ke Rahmatullah. Allahyarhamah sangat dikenali di kawasan perumahan kami sebagai guru mengaji Al Quran. Saya dan keluarga menganggap beliau sebagai saudara kami walaupun kami tiada pertalian darah.

Saya terharu melihatkan ketabahan Ida memandangkan beliau anak perempuan tunggal dalam keluarganya. Tentu sekali berat tanggungjawab yg dipikul. Air mata saya mengalir tatkala teringatkan kiriman SMS kakak saya semalam - 'U hv 2 always b wth hr fr nw on. Dn't leave hr. U r > a friend 2 hr'.

Semoga Roh Allahyarhamah berada bersama2 golongan yg disayangiNya.

Al Fatihah.
 

Copyright 2007 ID Media Inc, All Right Reserved. Crafted by Nurudin Jauhari