Thursday, May 11, 2006

Sahabat (Part 2)

Bila saya mula bekerja, ragam sahabat yg sama masih saya jumpa, namun begitu saya rasa saya sudah matang dalam memilih kawan. Saya terima perbezaan diri mereka sebagaimana saya mengharapkan mereka menerima saya seadanya. Ada satu ketika nilai persahabatan diuji dengan nilai wang dan juga pangkat. Saya hanya mampu menafsir segala peristiwa yg berlaku tanpa ada rasa sakit hati atau pun cemburu kerana saya rasa tiada faedah langsung berbuat demikian. Saya sebenarnya berterima kasih kerana melalui mereka, saya dapat belajar mengawal emosi dan juga at least saya dapat tahu jenis sahabat apakah mereka ini. Antara sahabat sejati saya di pejabat – Cheryle, Krishna, Kak Lina dan Malina. Thanks so much guys coz I learned a lot about life and of course, about myself. Baru2 ini saya melakukan satu kesilapan di pejabat. Tak di sangka, saya temui seorang lagi sahabat baru yg tak segan2 menaikkan semangat saya walaupun saya hanya mampu menangis di hadapan beliau. Thanks Zaki for your friendship.

Cabaran baru persahabatan dapat saya rasai di alam maya. Rakan2 dari
Jiwang United dan juga dari M2MFrenzclub byk memberi pengalaman kepada saya untuk menilai harga persahabatan zaman sekarang. Persahabatan kami senantiasa diuji setiap kali aktiviti sesama kami dibuat. Saya dapat melihat jenis2 sahabat seperti:

a) Sahabat yg menghormati perbezaan atau minat sahabat lain
b) Sahabat yg suka mengatakan sesuatu kebenaran tanpa niat jahat (kengkadang ada..)
c) Sahabat yg tak dapat menerima sesuatu kenyataan
d) Sahabat yg suka menggunakan ‘reverse psychology’ untuk menyenangkan hati sendiri
e) Sahabat yg tak suka melihat kegembiraan sahabat lain
f) Sahabat yg suka men’cilok’
g) Sahabat yg tak suka sahabat lain lebih dari dirinya sendiri dalam sesuatu perkara
h) Sahabat yg suka @ tak suka berkongsi sesuatu perkara umum dgn sahabat lain
i) Sahabat rahsia…. ngeh ngeh ngeh…
j) Sahabat yg berpura-pura baik
k) Sahabat yg menerima diri saya
‘just as I am’
l) Sahabat yg suka mengambil kesempatan atas kebaikan org lain
m) Sahabat yg gila kuasa

n) sahabat yg kadang2 lupa dgn sahabat lain
o) macam2 ada.... (etc etc)

Berapa banyak pun jenis sahabat yg kita tahu di dunia ini, yang penting, kita semua tahu yang setiap orang ada perbezaan masing2. Dan yang penting di sini juga bagaimana kita menghormati perbezaan tersebut. Kita tak boleh menjangka orang lain untuk mempunyai perangai yg serupa dgn kita tapi bila kita tahu yg rakan kita tak serupa dgn kita, kita harus menerima keadaan itu. Kita harus juga belajar cara untuk memahami perbezaan tersebut instead of mengutuk tak tentu pasal
just becoz he or she is different from us.

Apa-apa pun, saya harapkan persahabatan yg saya temui sepanjang hidup saya, tetap kekal hingga akhir hayat. (eh..macam nak mati pulak.. hahaha)

BUAT RAKAN2 YG SAYA GELAR SAHABAT WALAU APAPUN PERANGAI ANDA, SAYA SAYANG ANDA SEMUA.
 

Copyright 2007 ID Media Inc, All Right Reserved. Crafted by Nurudin Jauhari