Tuesday, May 09, 2006

Sahabat (Part 1)

Di mana-mana pun kita akan temui persahabatan. Tak kira di rumah, di sekolah, di pejabat, di restoren, di bank, mahu pun di alam maya. Kalau difikirkan secara mendalam, sudah hampir 10 peringkat usia kita menemui pelbagai jenis persahabatan.

Saya masih teringat rakan2 tadika saya. Teringat2 wajah comel mereka. Masih teringat2 tatkala saya dan rakan2 memulakan kerjaya sebagai seorang ‘penyanyi koir’ di tadika kami. Saya dapat menyelami minat saya yang sukakan muzik sejak kecil.


Rakan2 di sekolah rendah saya adalah yang paling rapat dengan saya memandangkan kami masih lagi berhubung hingga kini. Walaupun sibuk, kami tak pernah terputus khabar. Buat Ida, Sarah, Fairuz, Khairul, Zazlan, Zuriati dan Zurina, you are the best!!!

Saya terpaksa meninggalkan mereka kerana terpaksa melanjutkan pelajaran ke salah sebuah sekolah berasrama penuh di selatan tanah air. Di sana, saya dapat mengenali pelbagai jenis sahabat – sahabat yg ikhlas, sahabat yg ada makna, sahabat yg ada udang di sebalik batu, sahabat yg suka lebih dr org lain, sahabat yg suka menunjuk2 dan macam2 lagi. Saya hanya mampu tersenyum mengingatkan gelagat kami zaman itu memandangkan ada yg masih belum matang menilai harga persahabatan. Namun semua peristiwa2 yg berlaku tetap kami kenang sebagai memori indah dalam mengharungi liku2 kehidupan remaja yg baru hendak mengenal erti cinta dan sahabat.

Memang sukar untuk saya mengenali sahabat sejati waktu ini. Walaupun begitu, saya dpt mengenali sekumpulan rakan yg saya masih ingati hingga kini. Mereka yg ikhlas menerima kekurangan yg ada pada saya. Mereka yg sentiasa ada bila saya memerlukan seseorang untuk berkongsi masalah. Ada juga seorang rakan baik yg saya rasa perangai dan cara pemikiran beliau sgt sinonim dgn saya ketika itu. Saya sangat kagumi cara beliau menangani masalah peribadi beliau sehingga beliau berjaya menjadi salah seorang pelajar terbaik tahun itu. Semangat juang beliau yg tinggi juga mmg saya tabik hingga kini. Namun begitu, saya tak sangka jarak antara negara pengajian kami menjadi punca kami renggang. Zaman teknologi tinggi pun tak mampu mengulangi zaman gila kami semasa kami sama2 ‘head banging’ mendengar lagu Come Out & Play (Offspring) di atas katil sewaktu minggu terakhir peperiksaan SPM tahun 1994. Thanks for your friendship, Iddy. I’ll always remember you, Jon Bongiovy & Ryan Giggs. Hahaha…

Saya kemudiannya ke Seremban sebagai persediaan ke UKM. Di sini saya berjumpa pula pelbagai jenis sahabat yg masih lagi pelbagai ragam dan perangai. Saya berkongsi masalah dengan beberapa orang rakan namun ada di antara mereka yg lupa pada janji. Janji untuk sentiasa bersama di waktu suka dan di waktu duka. Di sini juga buat pertama kali saya jatuh cinta. Walaupun cinta itu tak pernah disuarakan, saya rasa sedikit gembira kerana saya dianugerahkan Allah untuk merasai perasaan tersebut. Cuma saya kesal, rasa cinta itu tak mampu saya gantikan dengan persahabatan.

Persahabatan di Seremban bersambung ke UKM. Namun begitu, tak ramai antara kami yg sealiran dgn jurusan yg saya ambil. Saya bertuah kerana Siti (bukan Siti Nurhaliza ya…) bersama2 saya mengharungi liku2 sebagai seorang pelajar Universiti. Kami cepat mesra memandangkan bahasa tuturan kami senada (oghang Kedah!!!).. hahaha… Siti berkongsi suka-duka percintaan beliau sehinggakan adakalanya saya dgn tak rasminya menjadi pakar motivasi untuk beliau terus bersemangat dlm pengajian. Adakalanya, melalui pengalaman beliau juga, saya belajar ttg sesuatu perkara yg tak pernah saya alami dlm hidup. Terima kasih Siti sebab pasai hang lah, aku belajaq byk benda.

Antara rakan2 Seremban yg masih lagi berbual mesra dgn saya, saya dapat satu lagi kumpulan rakan yg juga dapat memahami saya. Oly, Huda, Wa dan Suraya. Persahabatan kalian nyata sejati. Merekalah yg mengajar saya eti hidup, erti sahabat dan erti suka dan duka. Oly - seorang sahabat karib yg paling saya kagumi, hormati dan percayai hingga kini. Beliau paling byk menyimpan rahsia hati saya sama ada yg terluah atau pun yg masih terpendam. Terima kasih Oly atas segala2nya.
 

Copyright 2007 ID Media Inc, All Right Reserved. Crafted by Nurudin Jauhari