Thursday, April 20, 2006

POGH: This is REALLY "Exclusive with Mawi" (and Marsha)


Hmm... dah lama rasanya saya tak update blog... almost a week kot.. byk benda pula rasanya untuk diupdate. Mungkin disebabkan banyak aktiviti untuk bulan ini. Hari ini dan semalam saya berkesempatan mengupdate blog dan juga
fotopages. Dialog pun ada juga yang perlu disambung.. aduhh.. saya rasa macam nak klonkan diri untuk buat segala macam benda yg tertangguh.


Minggu lepas (13 Apr 2006), saya dan beberapa rakan hardcore M2M berada di Palace of Golden Horses untuk menyaksikan Minggu Setiausaha bersama Mawi dan rakan2 beliau iaitu Marsha dan Bob AF2. Alhamdulillah saya dapat menghadiri majlis ini setelah beberapa minggu mengikat perut.. Hahaha.. Ulasan pertama saya dapat anda baca di Message Board M2M. Walaupun kurang pasti dengan jalan ke sana, saya akhirnya sampai dengan bantuan Aqeela. Heehee.. Rupa2nya ramai yang sudah sampai sebelum saya selain Aqeela iaitu Braggs, Zahar, Mawarmawi, Rosmawar, Panjiadil dan kak Jaws. Gambate dan kazennya datang kemudian. Pertama kali saya bertemu Braggs yang sekarang ini menjadi pengunjung tetap 'conference' M2M. Kazen Gambate juga yang manis orangnya - tak sangka dapat bertemu beliau yg merupakan salah seorang 'org penting' M2M. Jasa beliau pastinya tak dapat kami di M2M lupakan kerana beliau juga merupakan salah satu penghubung 'nyawa' M2M. Hahahah...

Saya merakamkan detik mula kami bergerak ke Dewan hinggalah Majlis selesai. Kami berjalan dengan penuh debaran ke pintu masuk Grand Ballroom. Rupanya kami terpaksa menunggu sehingga tepat masanya untuk masuk. Setiap seorang yg hadir akan menerima 'door gift' iaitu cawan dan piring kaca yg dihiasi dengan wajah Mawi. Para penganjur nampak teruja bila melihat para hadirin memakai baju Biru - tema majlis kali ini. Sementara menunggu, Zahar dapat ditemuramah oleh RTM dan saya kagum dengan apa yg beliau katakan berkenaan Mawi. Kami sempat juga mengambil gmbr hadiah yg bakal diberikan kepada Mawi dan Marsha. Semua kami berdebar2 memandangkan masing2 tidak dapat memastikan apa yang bakal berlaku semasa dan selepas Majlis. Adakah kami dapat bertemu secara ekslusif dengan Mawi dan Marsha semestinya... Dug Dag Dug Dag...

Helmi Gimmick memulakan majlis dengan baik. Saya suka dengan cara beliau berinteraksi dengan para hadirin. Walaupun acara seterusnya iaitu pertunjukan fesyen oleh Euromoda mungkin sedikit sebyk dapat menarik minat para setiausaha wanita yg hadir tetapi saya rasa setiausaha atau boss lelaki juga memberikan tumpuan memandangkan fesyen yg digayakan seolah2 'tidak cukup kain' dan digayakan pula oleh supermodel2 jelita. Saya sedikit kecewa bila penganjur tidak menggunakan peluang ini untuk menggunakan artis khas dan artis jemputan yg ada untuk menggayakan fesyen pengantin. Hahahah...

Persembahan pertama bermula di kala kami mula makan. Marsha menyanyikan lagu pertama beliau iaitu 'Can't Get You Outta My Head'. Saya kurang puas hati dengan nyanyian beliau untuk lagu ini. Harap beliau dapat mempertingkatkan stamina untuk lagu rancak seperti ini. Sesi perkenalan dengan Marsha sungguh berbaloi memandangkan Marsha dapat mengesan salah seorang dari kami yg melambai2 ke arah beliau. Marsha dan Helmi akhirnya ke meja kami yg terletak di hujung Dewan. Sungguh bertuah bila usaha kami untuk dekat dengan beliau akhirnya tercapai bila beliau tersenyum manis mendengarkan kami semua dari M2M. Pokok kelapak memang Worlddd!!!

Bob meneruskan acara dengan beberapa lagu dari album beliau. Selepas beberapa ketika untuk lucky draw, Marsha menyanyikan pula lagu berhantu beliau - Untuk Terakhir Kali. Beliau kelihatan cantik waktu ini. Saya dan beberapa org yg lain sungguh kagum dengan nyanyian beliau hingga dapat merasakan emosi Marsha ini. Mungkin kami terlalu bersimpati terhadap sesuatu perkara hingga terbawa2 ke majlis ini.. Beliau teruskan acara dengan lagu2 lain seperti Pilihlah Aku dan Jambatan Tamparuli. Saya dapat rasakan Marsha semakin hebat berinteraksi dengan penonton terutamanya peminat2 beliau. Jenaka dan aksi manja beliau memang bersahaja dan spontan. Itulah Marsha yang kami sayangi!!!

Mawi pula memulakan persembahan beliau dengan lagu Perempuan dan diikuti dengan lagu Gadis Melayu, Beautiful Maria, Kian, satu lagu Jawa dan duet dgn Bob - lagu LJLC. Saya kurang menumpukan perhatian atas persembahan beliau memandangkan ramai manusia2 yg mengerumuni beliau dari awal hinggalah beliau mengakhiri persembahan. Saya tak mampu berkata apa2 dengan kerenah demikian kerana saya faham keterujaan mereka melihat Mawi dari dekat. Apa yang saya dapat rasakan, malam itu AURA Mawi memang sangat kuat. Muahaha..

Keterujaan kami bermula bila Mawi, Marsha dan Bob berdiri di tengah pentas untuk melambai2 para hadirin sebagai penutup majlis. Wakil2 kami berjaya memberi hadiah yg mereka bawa, di atas stage bersama Mawi dan Marsha. Beberapa adegan yg mmg kami mahu lihat, akhirnya dapat dilihat jua. Mawi dan Marsha memang sporting habis!!! Keadaan seterusnya terus menjadi seperti Mawi membuat persembahan. Kali ini tak henti2 orang ramai mengerumuni bukan sahajaMawi, tapi juga Marsha dan Bob. Saya rasa gembira dan sedikit terharu bila melihat ramai para hadirin yg memang meminati Marsha, bukan semata2 mahu menonton persembahan Mawi sahaja. Satu sahaja saya terkilan - Marsha tak dapat bermain piano walaupun piano dan score music untuk lagu Destiny sudah tersedia untuk dimainkan. Harap2 kami dapat malihat Marsha bermain piano di lain acara.


Sesi 'autograph' kali ini tak dapat kami sertai atas sebab2 'keselamatan'. Hahaha.. kami khuatir ada yg pengsan terpaksa berpusu2 hanya untuk mendapatkan secebis 'contengan' para artis. Namun sesi itu kami isi dengan perbualan menarik dengan beberapa 'org belakang tabir' yg sedikit sebyk dapat memberi kami maklumat terkini mengenai Mawi dan Marsha. Saya berterima kasih dengan Nasir yg tak jemu melayan kerenah kami dgn maklumat2 lain yg saya rasa sedikit sebyk dpt memberi kami jawapan kepada beberapa persoalan berbangkit. Selepas Mawi dan rakan2 menghadiri PC, kami terus ke gerai Mawi World Sdn Bhd. Ada sesuatu di sana yg menarik perhatian kami yg kami pasti bukan brgn yg dijual.. Muahahah..

Kami terus pulang dgn perasaan bercampur-baur - gembira, terharu, 'bengkek'. Namun atas keterujaan yg belum sampai penghujung, kami berbual2 seketika sementara menyaksikan kereta Swift Mawi di hadapan kereta kami. Berkat kesabaran kami yg 'berbual' selama hampir 2 jam, akhirnya penantian kami di tempat letak kereta berakhir bila kami nampak kelibat Mawi, Nasir dan Yong Yee menuju ke kereta. Nyata Mawi nampak selesa dgn kumpulan kami bila Zahar memperkenalkan diri beliau sebagai pemanggil di talian radio RED104 semasa Mawi bertugas menjadi DJ Jemputan. Kenangan Zahar sbg pemanggil sangat Mawi ingat bila ia melibatkan nama rakan artis perempuan AF3 yg paling rapat dgn beliau dan juga melibatkan nama kampung beliau. Kami nyata dapat rasakan 'ke'eksklusif'an yg Mawi beri petang itu.

 

Copyright 2007 ID Media Inc, All Right Reserved. Crafted by Nurudin Jauhari