Tuesday, April 11, 2006

Di Sini Buat Pertama Kali... eceehhh...

AF Tour MIRI
7 April lalu, walaupun saya kurang sihat, saya berkesempatan ke Miri untuk menyaksikan konsert AF Tour di Boulevard Shopping Complex jam 8 malam. Saya ditemani oleh 2 hardcore JU - Emai dan Iza. Dari M2M pula, Kristal datang dari Brunei untuk sama2 me'royan'.

Ini adalah pertama kali saya menjejakkan kaki di Sarawak. Maka hari itu juga cukuplah kesemua negeri2 di Malaysia yg saya sudah jejakkan kaki. Adalah memang menjadi impian saya untuk berbuat demikian satu hari nanti. Tak sangka pula ianya menjadi kenyataan sehari selepas harijadi saya yg ke **.

Ini juga pertama kali saya menyaksikan konsert AF Tour secara 'live' memandangkan saya tidak dapat menghadiri konsert AF di Bukit Jalil tempoh hari atas komitmen kerja. Pertama kali juga saya menggunakan video kamera digital Panasonic yg baru saya beli sehari sebelum ke Miri. Rasa teruja itu memang ada memandangkan konsert kali ini disertai oleh Mawi, Marsha dan Akma. Sayang sekali Felix tidak dapat hadir kerana beliau ke 'Bombay' dan Bahrain selama seminggu. Jika Felix ada, pasti ada yg sudah dapat melepaskan rindu beliau. Muahahah...

Konsert kali ini disertai oleh 8 orang bekas pelajar AF3 iaitu - Mawi, Marsha, Akma, Yazer, Kefli, Amy, Amylea dan Idayu. Kesemua mereka menyanyikan satu lagu solo (kecuali Mawi - beliau menyanyikan 2 lagu solo) iaitu Oh Fatimah & Perempuan (Mawi), Can't Get You Outta My Head (Marsha), Percaya Pada Cinta (Akma), Hati Emas (Kefli), Merah Warna Cinta (Yazer), Kasih Yang Terpisah (Idayu), Berdebar2 (Amy) dan Amylea (minta maaf saya terlupa nama lagu yg beliau nyanyikan tapi yg saya tau itu bukan lagu beliau!). Saya sangat tertarik mendengarkan lagu Yazer yang didendangkan dengan nafas baru. Saya rasa arrangement muzik baru untuk lagu ini sangat sesuai sekali dengan jiwa rock Yazer. Walaupun rock, Jiwang Karat tetap terserlah beb... Hahahah... Mereka juga menyanyikan dua lagu berkumpulan (lelaki & perempuan) dan tiga lagu beramai2 iaitu - Anekaragam, LJLC, Dun'Cha!, Hotlink - Aktifkan Dirimu dan lagu wajib, Menuju Puncak.

Yang paling saya tidak dapat lupa ialah sesi 'Terjah' di lobby hotel keesokkan harinya sebelum mereka berangkat ke Kuching di mana saya berkesempatan mewawancara tiga daripada empat bekas pelajar AF3 tersohor pujaan saya iaitu Mawi, Marsha dan Akma. Walaupun hanya sebentar, saya rasa sungguh terharu dengan kerjasama yang mereka bertiga berikan memandangkan mereka terpaksa melayan peminat2 lain di Miri. Tiada niat lain daripada wawancara tersebut melainkan mendapatkan berita terkini untuk rakan2 di Semenanjung. Mawi sempat memberi kata dua utk M2MFrenz manakala Marsha dan Akma, di dua tempat berasingan, dapat diwawancara dengan lebih lanjut untuk fanclub masing2 terutamanya Jiwang United. Marsha turut mengucapkan terima kasih untuk M2MFrenz atas sokongan tak berbelah bagi yg diberikan. Akma nampak selesa dengan kunjungan kami terutamanya bila bertemu peminat no satu beliau - EMAI dari Brunei. Marsha pula sempat memberi penjelasan atas sesuatu perkara berbangkit tentang beliau dan Kefli. Harap2 puas hati ya, jika ada yg dapat melihat rakaman penjelasan tersebut, walaupun saya rasa itu jawapan standard seseorang artis untuk peminatnya. Cuma saya agak terkilan dengan desas desus bahawa 'cinta' saya untuk Mawi & Marsha dah beralih arah apabila rakaman saya banyak menunjukkan kemesraan persahabatan antara Marsha dan Kefli. Saya ingin meminjam sebahagian kata2 Badrul di Jiwang United - Saya suka Marsha bukan kerana Mawi, dan saya suka Mawi bukan kerana Marsha.

Persinggahan ke Brunei untuk jangka waktu yg singkat nyata sedikit sebanyak meninggalkan kenangan manis untuk lawatan saya kali ini. Saya tak lupa pesanan seorang rakan untuk mendapatkan 'feel' bagi dialog rekaan saya (Brunei: Kita Selamanya..) yg tertangguh sejak 2 bulan lepas. Sedikit sebanyak, 'feel' tersebut dapat saya tangkap untuk dialog2 seterusnya. Hahahah... Ucapan terima kasih tak terhingga untuk rakan2 Brunei saya iaitu Kristal dan Emai kerana layanan yg diberikan sepjg saya dan Iza berada di sana. Tak lupa juga untuk Kak Zul yg sungguh baik hati membawa kami berjalan2 sekitar Miri dan lain2 bantuan yg kami rasa tak ternilai harganya. Walaupun kami baru pertama kali berjumpa, saya rasa saya sungguh bertuah dapat mengenali beliau. Tenkiu Kak Zul. Luv U.

Tenkiu Mawi, tenkiu Marsha, tenkiu Akma, tenkiu Miri and tenkiu Brunei, Kristal and Emai.

Bowling Inter-GabunganFC
Hari ini sepatutnya berlangsung perlawanan persahabatan bowling antara FADAMfc (Adam & Farah), KAERULfc (Kaer & Nurul), JIWANG UNITEDfc (Akma & Felix) dan M2MFRENZfc (Mawi dan Marsha) di Ampang Bowling Centre, Flamingo Institute.

Namun berita tentang pemergian salah seorang orang peminat FADAM pagi ini menyebabkan wakil FADAM menarik diri. Al Fatihah. Semoga roh beliau dicucuri Rahmat.

Akma dan seluruh keluarga beliau muncul untuk memberikan sokongan kepada JU. Cayalah Akma!!! That's why we love you Akma!!

Saya terpaksa beredar awal kerana terpaksa masuk kerja untuk shift petang. Namun saya tahu hati saya telah saya tinggalkan di sana untuk bersama2 rakan2 lain. Ceeewaaahhh....

Aaarghhh.. batuk saya semakin teruk.
 

Copyright 2007 ID Media Inc, All Right Reserved. Crafted by Nurudin Jauhari