Saturday, April 01, 2006

All About Akma...

Dah lama rasanya saya tak mengupdate blog. Terlalu fokus dengan kerja sehinggakan tiada ruang untuk 'meroyan' seketika... muahahah... tapi apalah daya saya bila buah fikiran rekaan dijadikan bahan tohmahan oleh org yg masih tak faham apa itu blog dan fungsi blog. Orang tersebut saya kira adalah fanatikus sesebuah fanclub yg saya kira jahil dalam menjaga keharmonian sejagat sehinggakan nama yg ditulis untuk dialog rekaan saya, beliau anggap tidak boleh diguna sesuka hati. Mungkin juga beliau anggap dialog rekaan saya adalah berdasarkan pengalaman sebenar watak berkenaan. Hahahah... tinggi sungguh fantasi beliau. Tapi saya anggap itu sebagai satu pujian kerana beliau dapat berfantasi bahawa adegan2 tersebut benar2 berlaku. Saya terima kutukan itu sebagai langkah pertama saya untuk menceburi bidang penulisan skrip secara lebih serius. Hahahaha...

Birthday Bash Akma - 26 March 2006 - MARRIOTT HOTEL, PUTRAJAYA

Saya diberitahu bahawa beberapa Jiwangans luar KL akan berkunjung semata2 untuk menghadiri majlis kali ini. Tambah seronok bila yang bakal datang adalah rakan2 yg belum pernah bersua muka. Kak Ann yg peramah, DM yg havoc!!! dan Kak Nurul yang cool. Takkan saya lupa dengan pengalaman manis bertemu mereka bertiga dan breakfast bersama2. Jadi saya rasa sedih pula mengingatkan bilakah kami akan dapat berjumpa lagi di lain waktu. Rakan dari luar KL yg pernah saya jumpa sebelum ini ialah Emai from Brunei, Kak Ima, Diana Lipis dan lain2 (minta maaf kalau saya terlupa untuk menyebut nama).

Kami bertolak dari rumah Kak Liza pada jam lebih kurang pukul satu - Kak Nurul, Kak Liza, Syikin, Kak Ima, Iza, Kak Ann dan DM. Sampai sahaja lebih kurang hampir pukul 2 bermulalah aktiviti wajib JU bila bersua muka iaitu bersalaman, cheek-to-cheek kiss dan mengambil gmbr.

Majlis bermula dengan MC mengumumkan bahawa kononnya Akma tidak dapat hadir kerana beliau masih dalam perjalanan dari show di Melaka. Berita ini di'kuat'kan lagi dengan panggilan telefon secara 'live' dari Akma yg memohon maaf kerana beliau mungkin tidak dapat hadir. Tak diketahui semua bahawa saya dan beberapa rakan yg lain jelas dapat melihat bayang2 kaki yang resah di balik pintu dewan yg tertutup. Hahahaha.. jadi saya kira cubaan kezutan adalah tidak menjadi sama sekali. Akma yg saya kenali sama sekali tidak akan membiarkan para peminatnya menyambut hari penting ini tanpa beliau.

Kezutan sebenar berlaku bila acara memotong kek bermula. Akma tidak menyangka bahawa peminat beliau dari Brunei iaitu Emai akan hadir kerana sebelum ini Akma telah diberitahu bahawa Emai tidak dapat hadir. Kejutan kedua mmg mengejutkan semua peminat bila Jehan Miskin d' actor, datang untuk mengejutkan Akma di balik teddy bear. Memang satu kejutan untuk sesetengah peminat yg tidak tahu bahawa Akma memang meminati lakonan Jehan. Akma sendiri tidak menyangka sehinggakan beliau 'terduduk' malu, namun kegembiraan beliau dapat kami lihat dengan jelas. Inilah bukti kasih sayang kami sebagai peminat yang mahukan beliau dilayan seistimewa mungkin di hari yg istimewa ini.

Sementara kami menjamu selera, Akma mengadakan 'press conference' dengan tetamu wartawan yg hadir. Acara seterusnya diselang-selikan dengan acara games antara tetamu. Masing2 nampaknya terhibur dengan telatah masing2. Hahaha.. Ada juga sesi penyampaian hadiah untuk para peminat yg membuat 'best birthday wishes' melalui akmafc.net. Tak sangka ahli JU yang menjadi pemenang - Diana Lipis. Tahniah!! Saya rasa setiap kali nama JU disebut2 dikhalayak ramai, tepukan meriah pasti kedengaran dan saya pasti begini jugalah meriahnya semangat padu JU pada Akma!! Pemenang lain pada malam itu ialah Chen Bahak - best dress!!! Cayalah JU!!!!

Akma turut menyampaikan beberapa buah lagu - lagu Jepun (maaf saya tak dapat tgkp apa tajuk lagu ini tapi saya yakin lagu ini turut dinyanyikan oleh Fitri AF2 semasa konsert Final AF musim kedua), lagu joget Siti Nurhaliza dan sebuah lagu dangdut yg diiringi oleh Emai dan Aboi sebagai penari bidan terjun. Ja'a adik Akma kemudiannya menyampaikan sebuah lagu - Belaian Jiwa dan Kau Ilhamku yang kemudiannya diiringi oleh peminat2 dari Akmafc dan Jiwang United. Sekali lagi saya rasa terharu dengan sesi integrasi Akmafc dan JU yang nyata menepikan matlamat masing2 semata2 mahukan Akma rasa dihargai, baik dari segi bakat nyanyian mahupun dari segi populariti beliau yang semakin meningkat di seluruh Malaysia.

Sesi diteruskan dengan duet antara Ja'a dan Sofiah, kakak Akma. Saya belum pernah mendengar Ja'a & Sofiah menyanyi secara 'live'. Beberapa ketika mereka mula menyanyi, saya terpegun seketika. Sungguh saya tak sangka bakat mereka memang terserlah. Saya jangka, jika Ja'a masuk AF5 nanti, beliau tak perlu khuatir dengan fan base yg nyata sudah kukuh malahan hingga ke Brunei!! Sofiah & Ja'a kemudiannya mengajak ibubapa mereka untuk turut menyanyi. Walaupun hanya serangkap, tapi bila melihatkan mereka bersama2 menyanyi di atas pentas, saya seolah2 sedang menyaksikan ulang tayang 'The Sound of Music' versi Malaysia. Sungguh, petang itu penuh dengan rasa suka dan terharu. Duka mungkin ada sedikit utnuk para Jiwangans, tapi itu tak menjejaskan langsung suasana meriah Majlis petang itu bersama Akma.

Acara lain ialah acara gerakan badan untuk mengeja 'I Love You' oleh peminat2 dan juga Akma. Lagu2 yg dinyanyikan Akma seterusnya adalah Tiga Malam, yg ditujukan khas untuk kedua ibubapa Akma, dan juga semestinya lagu wajib iaitu Percaya Pada Cinta. Saya mengaku, ketika lagu ini bergema terutamanya pada lirik 'kubiarkan cinta ini hadir, datanglah segera kepadaku', saya amat berharap seseorang akan muncul di pintu dewan dan membuat kejutan terakhir untuk Akma. Harapan hanya tinggal harapan. Tak mungkin dua kejutan akan berlaku dalam satu hari.

Majlis berakhir dengan sesi bergambar antara Akma dan peminat2. Happy bday juga untuk Penghulu JU yg menyambut ulangtahun beliau pada 1hb April.

JU rawks!!!!
 

Copyright 2007 ID Media Inc, All Right Reserved. Crafted by Nurudin Jauhari