Thursday, April 27, 2006

Transkripsi: Siti Situ Sana Sini

Saya baru saja beli album Siti 'Transkripsi' petang tadi. Biasanya saya akan dengar berulang kali untuk saya menyukai sesuatu lagu tapi kali ini, untuk yg pertama kali saya mendengar, saya dah jatuh cinta dengan lagu2 dalam album ini. Nantikan ulasan saya dlm beberapa hari lagi setelah saya mendengar semula album Siti sebelum saya ke Port Dickson hujung minggu ini bersama rakan2. Harap2 semuanya pulih seperti sediakala di PD dan persahabatan akan terus kukuh sampai bila2. Amiin.

Thursday, April 20, 2006

POGH: This is REALLY "Exclusive with Mawi" (and Marsha)


Hmm... dah lama rasanya saya tak update blog... almost a week kot.. byk benda pula rasanya untuk diupdate. Mungkin disebabkan banyak aktiviti untuk bulan ini. Hari ini dan semalam saya berkesempatan mengupdate blog dan juga
fotopages. Dialog pun ada juga yang perlu disambung.. aduhh.. saya rasa macam nak klonkan diri untuk buat segala macam benda yg tertangguh.


Minggu lepas (13 Apr 2006), saya dan beberapa rakan hardcore M2M berada di Palace of Golden Horses untuk menyaksikan Minggu Setiausaha bersama Mawi dan rakan2 beliau iaitu Marsha dan Bob AF2. Alhamdulillah saya dapat menghadiri majlis ini setelah beberapa minggu mengikat perut.. Hahaha.. Ulasan pertama saya dapat anda baca di Message Board M2M. Walaupun kurang pasti dengan jalan ke sana, saya akhirnya sampai dengan bantuan Aqeela. Heehee.. Rupa2nya ramai yang sudah sampai sebelum saya selain Aqeela iaitu Braggs, Zahar, Mawarmawi, Rosmawar, Panjiadil dan kak Jaws. Gambate dan kazennya datang kemudian. Pertama kali saya bertemu Braggs yang sekarang ini menjadi pengunjung tetap 'conference' M2M. Kazen Gambate juga yang manis orangnya - tak sangka dapat bertemu beliau yg merupakan salah seorang 'org penting' M2M. Jasa beliau pastinya tak dapat kami di M2M lupakan kerana beliau juga merupakan salah satu penghubung 'nyawa' M2M. Hahahah...

Saya merakamkan detik mula kami bergerak ke Dewan hinggalah Majlis selesai. Kami berjalan dengan penuh debaran ke pintu masuk Grand Ballroom. Rupanya kami terpaksa menunggu sehingga tepat masanya untuk masuk. Setiap seorang yg hadir akan menerima 'door gift' iaitu cawan dan piring kaca yg dihiasi dengan wajah Mawi. Para penganjur nampak teruja bila melihat para hadirin memakai baju Biru - tema majlis kali ini. Sementara menunggu, Zahar dapat ditemuramah oleh RTM dan saya kagum dengan apa yg beliau katakan berkenaan Mawi. Kami sempat juga mengambil gmbr hadiah yg bakal diberikan kepada Mawi dan Marsha. Semua kami berdebar2 memandangkan masing2 tidak dapat memastikan apa yang bakal berlaku semasa dan selepas Majlis. Adakah kami dapat bertemu secara ekslusif dengan Mawi dan Marsha semestinya... Dug Dag Dug Dag...

Helmi Gimmick memulakan majlis dengan baik. Saya suka dengan cara beliau berinteraksi dengan para hadirin. Walaupun acara seterusnya iaitu pertunjukan fesyen oleh Euromoda mungkin sedikit sebyk dapat menarik minat para setiausaha wanita yg hadir tetapi saya rasa setiausaha atau boss lelaki juga memberikan tumpuan memandangkan fesyen yg digayakan seolah2 'tidak cukup kain' dan digayakan pula oleh supermodel2 jelita. Saya sedikit kecewa bila penganjur tidak menggunakan peluang ini untuk menggunakan artis khas dan artis jemputan yg ada untuk menggayakan fesyen pengantin. Hahahah...

Persembahan pertama bermula di kala kami mula makan. Marsha menyanyikan lagu pertama beliau iaitu 'Can't Get You Outta My Head'. Saya kurang puas hati dengan nyanyian beliau untuk lagu ini. Harap beliau dapat mempertingkatkan stamina untuk lagu rancak seperti ini. Sesi perkenalan dengan Marsha sungguh berbaloi memandangkan Marsha dapat mengesan salah seorang dari kami yg melambai2 ke arah beliau. Marsha dan Helmi akhirnya ke meja kami yg terletak di hujung Dewan. Sungguh bertuah bila usaha kami untuk dekat dengan beliau akhirnya tercapai bila beliau tersenyum manis mendengarkan kami semua dari M2M. Pokok kelapak memang Worlddd!!!

Bob meneruskan acara dengan beberapa lagu dari album beliau. Selepas beberapa ketika untuk lucky draw, Marsha menyanyikan pula lagu berhantu beliau - Untuk Terakhir Kali. Beliau kelihatan cantik waktu ini. Saya dan beberapa org yg lain sungguh kagum dengan nyanyian beliau hingga dapat merasakan emosi Marsha ini. Mungkin kami terlalu bersimpati terhadap sesuatu perkara hingga terbawa2 ke majlis ini.. Beliau teruskan acara dengan lagu2 lain seperti Pilihlah Aku dan Jambatan Tamparuli. Saya dapat rasakan Marsha semakin hebat berinteraksi dengan penonton terutamanya peminat2 beliau. Jenaka dan aksi manja beliau memang bersahaja dan spontan. Itulah Marsha yang kami sayangi!!!

Mawi pula memulakan persembahan beliau dengan lagu Perempuan dan diikuti dengan lagu Gadis Melayu, Beautiful Maria, Kian, satu lagu Jawa dan duet dgn Bob - lagu LJLC. Saya kurang menumpukan perhatian atas persembahan beliau memandangkan ramai manusia2 yg mengerumuni beliau dari awal hinggalah beliau mengakhiri persembahan. Saya tak mampu berkata apa2 dengan kerenah demikian kerana saya faham keterujaan mereka melihat Mawi dari dekat. Apa yang saya dapat rasakan, malam itu AURA Mawi memang sangat kuat. Muahaha..

Keterujaan kami bermula bila Mawi, Marsha dan Bob berdiri di tengah pentas untuk melambai2 para hadirin sebagai penutup majlis. Wakil2 kami berjaya memberi hadiah yg mereka bawa, di atas stage bersama Mawi dan Marsha. Beberapa adegan yg mmg kami mahu lihat, akhirnya dapat dilihat jua. Mawi dan Marsha memang sporting habis!!! Keadaan seterusnya terus menjadi seperti Mawi membuat persembahan. Kali ini tak henti2 orang ramai mengerumuni bukan sahajaMawi, tapi juga Marsha dan Bob. Saya rasa gembira dan sedikit terharu bila melihat ramai para hadirin yg memang meminati Marsha, bukan semata2 mahu menonton persembahan Mawi sahaja. Satu sahaja saya terkilan - Marsha tak dapat bermain piano walaupun piano dan score music untuk lagu Destiny sudah tersedia untuk dimainkan. Harap2 kami dapat malihat Marsha bermain piano di lain acara.


Sesi 'autograph' kali ini tak dapat kami sertai atas sebab2 'keselamatan'. Hahaha.. kami khuatir ada yg pengsan terpaksa berpusu2 hanya untuk mendapatkan secebis 'contengan' para artis. Namun sesi itu kami isi dengan perbualan menarik dengan beberapa 'org belakang tabir' yg sedikit sebyk dapat memberi kami maklumat terkini mengenai Mawi dan Marsha. Saya berterima kasih dengan Nasir yg tak jemu melayan kerenah kami dgn maklumat2 lain yg saya rasa sedikit sebyk dpt memberi kami jawapan kepada beberapa persoalan berbangkit. Selepas Mawi dan rakan2 menghadiri PC, kami terus ke gerai Mawi World Sdn Bhd. Ada sesuatu di sana yg menarik perhatian kami yg kami pasti bukan brgn yg dijual.. Muahahah..

Kami terus pulang dgn perasaan bercampur-baur - gembira, terharu, 'bengkek'. Namun atas keterujaan yg belum sampai penghujung, kami berbual2 seketika sementara menyaksikan kereta Swift Mawi di hadapan kereta kami. Berkat kesabaran kami yg 'berbual' selama hampir 2 jam, akhirnya penantian kami di tempat letak kereta berakhir bila kami nampak kelibat Mawi, Nasir dan Yong Yee menuju ke kereta. Nyata Mawi nampak selesa dgn kumpulan kami bila Zahar memperkenalkan diri beliau sebagai pemanggil di talian radio RED104 semasa Mawi bertugas menjadi DJ Jemputan. Kenangan Zahar sbg pemanggil sangat Mawi ingat bila ia melibatkan nama rakan artis perempuan AF3 yg paling rapat dgn beliau dan juga melibatkan nama kampung beliau. Kami nyata dapat rasakan 'ke'eksklusif'an yg Mawi beri petang itu.

Thursday, April 13, 2006

Tiada Yang Kedua

Tiada yang kedua - Khafi

Haruskah aku menerima
kasihmu yang baru menguntum bunga

Jangan hanya indah di mata
Jangan disiarkan madah cinta
Namun bintang bukannya satu

Kerlipan hatiku ingin kau buru
Ada hanya kau kehampaan
Jangan aku yang jadi alasan

*Ku fikir kau teman biasa
Tidak akan berputik cinta
Mungkin jua belum menjelma

C/O
Aku tak sanggup dikecewa
Cintaku satu untuk selamanya
Aku pencinta yang setia
Mustahil ada yang kedua

Ulang * & C/O

Yang Kedua
Tiada yang kedua

Adehhh... best giler lagu ni.. syahdu siot.... teringat plak zaman2 aku jatuh chentaaa dolu dolu... huhuhuhu... thanks to kak Liza for the lyrics... LAYANZZZZZZZZ.......

Tuesday, April 11, 2006

Di Sini Buat Pertama Kali... eceehhh...

AF Tour MIRI
7 April lalu, walaupun saya kurang sihat, saya berkesempatan ke Miri untuk menyaksikan konsert AF Tour di Boulevard Shopping Complex jam 8 malam. Saya ditemani oleh 2 hardcore JU - Emai dan Iza. Dari M2M pula, Kristal datang dari Brunei untuk sama2 me'royan'.

Ini adalah pertama kali saya menjejakkan kaki di Sarawak. Maka hari itu juga cukuplah kesemua negeri2 di Malaysia yg saya sudah jejakkan kaki. Adalah memang menjadi impian saya untuk berbuat demikian satu hari nanti. Tak sangka pula ianya menjadi kenyataan sehari selepas harijadi saya yg ke **.

Ini juga pertama kali saya menyaksikan konsert AF Tour secara 'live' memandangkan saya tidak dapat menghadiri konsert AF di Bukit Jalil tempoh hari atas komitmen kerja. Pertama kali juga saya menggunakan video kamera digital Panasonic yg baru saya beli sehari sebelum ke Miri. Rasa teruja itu memang ada memandangkan konsert kali ini disertai oleh Mawi, Marsha dan Akma. Sayang sekali Felix tidak dapat hadir kerana beliau ke 'Bombay' dan Bahrain selama seminggu. Jika Felix ada, pasti ada yg sudah dapat melepaskan rindu beliau. Muahahah...

Konsert kali ini disertai oleh 8 orang bekas pelajar AF3 iaitu - Mawi, Marsha, Akma, Yazer, Kefli, Amy, Amylea dan Idayu. Kesemua mereka menyanyikan satu lagu solo (kecuali Mawi - beliau menyanyikan 2 lagu solo) iaitu Oh Fatimah & Perempuan (Mawi), Can't Get You Outta My Head (Marsha), Percaya Pada Cinta (Akma), Hati Emas (Kefli), Merah Warna Cinta (Yazer), Kasih Yang Terpisah (Idayu), Berdebar2 (Amy) dan Amylea (minta maaf saya terlupa nama lagu yg beliau nyanyikan tapi yg saya tau itu bukan lagu beliau!). Saya sangat tertarik mendengarkan lagu Yazer yang didendangkan dengan nafas baru. Saya rasa arrangement muzik baru untuk lagu ini sangat sesuai sekali dengan jiwa rock Yazer. Walaupun rock, Jiwang Karat tetap terserlah beb... Hahahah... Mereka juga menyanyikan dua lagu berkumpulan (lelaki & perempuan) dan tiga lagu beramai2 iaitu - Anekaragam, LJLC, Dun'Cha!, Hotlink - Aktifkan Dirimu dan lagu wajib, Menuju Puncak.

Yang paling saya tidak dapat lupa ialah sesi 'Terjah' di lobby hotel keesokkan harinya sebelum mereka berangkat ke Kuching di mana saya berkesempatan mewawancara tiga daripada empat bekas pelajar AF3 tersohor pujaan saya iaitu Mawi, Marsha dan Akma. Walaupun hanya sebentar, saya rasa sungguh terharu dengan kerjasama yang mereka bertiga berikan memandangkan mereka terpaksa melayan peminat2 lain di Miri. Tiada niat lain daripada wawancara tersebut melainkan mendapatkan berita terkini untuk rakan2 di Semenanjung. Mawi sempat memberi kata dua utk M2MFrenz manakala Marsha dan Akma, di dua tempat berasingan, dapat diwawancara dengan lebih lanjut untuk fanclub masing2 terutamanya Jiwang United. Marsha turut mengucapkan terima kasih untuk M2MFrenz atas sokongan tak berbelah bagi yg diberikan. Akma nampak selesa dengan kunjungan kami terutamanya bila bertemu peminat no satu beliau - EMAI dari Brunei. Marsha pula sempat memberi penjelasan atas sesuatu perkara berbangkit tentang beliau dan Kefli. Harap2 puas hati ya, jika ada yg dapat melihat rakaman penjelasan tersebut, walaupun saya rasa itu jawapan standard seseorang artis untuk peminatnya. Cuma saya agak terkilan dengan desas desus bahawa 'cinta' saya untuk Mawi & Marsha dah beralih arah apabila rakaman saya banyak menunjukkan kemesraan persahabatan antara Marsha dan Kefli. Saya ingin meminjam sebahagian kata2 Badrul di Jiwang United - Saya suka Marsha bukan kerana Mawi, dan saya suka Mawi bukan kerana Marsha.

Persinggahan ke Brunei untuk jangka waktu yg singkat nyata sedikit sebanyak meninggalkan kenangan manis untuk lawatan saya kali ini. Saya tak lupa pesanan seorang rakan untuk mendapatkan 'feel' bagi dialog rekaan saya (Brunei: Kita Selamanya..) yg tertangguh sejak 2 bulan lepas. Sedikit sebanyak, 'feel' tersebut dapat saya tangkap untuk dialog2 seterusnya. Hahahah... Ucapan terima kasih tak terhingga untuk rakan2 Brunei saya iaitu Kristal dan Emai kerana layanan yg diberikan sepjg saya dan Iza berada di sana. Tak lupa juga untuk Kak Zul yg sungguh baik hati membawa kami berjalan2 sekitar Miri dan lain2 bantuan yg kami rasa tak ternilai harganya. Walaupun kami baru pertama kali berjumpa, saya rasa saya sungguh bertuah dapat mengenali beliau. Tenkiu Kak Zul. Luv U.

Tenkiu Mawi, tenkiu Marsha, tenkiu Akma, tenkiu Miri and tenkiu Brunei, Kristal and Emai.

Bowling Inter-GabunganFC
Hari ini sepatutnya berlangsung perlawanan persahabatan bowling antara FADAMfc (Adam & Farah), KAERULfc (Kaer & Nurul), JIWANG UNITEDfc (Akma & Felix) dan M2MFRENZfc (Mawi dan Marsha) di Ampang Bowling Centre, Flamingo Institute.

Namun berita tentang pemergian salah seorang orang peminat FADAM pagi ini menyebabkan wakil FADAM menarik diri. Al Fatihah. Semoga roh beliau dicucuri Rahmat.

Akma dan seluruh keluarga beliau muncul untuk memberikan sokongan kepada JU. Cayalah Akma!!! That's why we love you Akma!!

Saya terpaksa beredar awal kerana terpaksa masuk kerja untuk shift petang. Namun saya tahu hati saya telah saya tinggalkan di sana untuk bersama2 rakan2 lain. Ceeewaaahhh....

Aaarghhh.. batuk saya semakin teruk.

Thursday, April 06, 2006

Biarlah Rahsia

Tika dan saat ini aku tengah layan lagu Siti ni kat Era... just betul2 masa aku tgh nak update today's posting. So aku decided nak letak lirik lagu ni kat sini. Maybe aku nak review on the song la kot... anyway, check the lyrics out.

pernahkah kau bermimpi seketika
berada di tempat ku
membayangkan pahit manis berlaku
tak siapa yang tahu
mungkin nanti kau jua merasakan
berdepan dengan kata menyesatkan
tak kan ku melupakan
tiada pertimbangan
keheningan malam membalutkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiadaku menjauhi
dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantasku pendam ku putuskan
biarlah rahsia
semakin aku hitung dalam cinta
tiada kuasa mampu menghalangnya
hentikan kata-kata bertulangkan dusta
keheningan malam membalutkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiada ku menjauhi
dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantas ku pendam ku putuskan
biarlah rahsia
oooooo
dan kisah ku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantas ku pendam ku putuskan
biarlah rahsia
pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku...

Aku tengah sakit sekarang.. sakit apa, kat mana, sejak bila....biarlah rahsia
Apa perasaan aku kat Akma & Felix sekarang.....biarlah rahsia
Apa komen aku kat gosip Mawi dan Diana Rafar....biarlah rahsia
Adakah aku tengah angau sekarang....biarlah rahsia
Apa perasaan aku bila sesuatu yg indah spt cinta Akma & Felix terpaksa dilupakan begitu saja......biarlah rahsia
Adakah aku akan give up dari terus menyokong Akma dan Felix.....biarlah rahsia
Bila aku akan kawin since hari ni dah naik satu tangga umur....biarlah rahsia gak!!
MUAHAHAHA....REVIEW KE BENDENYE....TAKDE MAKNENYERR....HAHAHAH....

Happy birthday untuk satu2nya 'kembar'ku yang dirindui selalu - SITI NOORHUDA MD SALLEH. Moga bahagia di samping keluarga tercinta.

Tuesday, April 04, 2006

All About Felix

FELIX BIRTHDAY BASH
"BBQ at the Poolside Terrace"
Date: 3 April 2006
Time: 8.00 - 11.00 pm
Venue: The Zon on the Park
Theme: "Dress as what You Like"

The mission started bila aku pegi umah Iza untuk kitorang pegi sama2 ke bday bash Felix. At about 7.45, kitorang gerak with Iza's car and sampai lebih kurang kol 8.05pm. Masa tu kitorang ingat dah start pasal kat Reception, it was written that the party starts at 7pm. Hmmm... Jenguk2, rupanya yang dah sampai awal tu dok tgh lepak2 dulu. Masuk jer, pegi kat meja belah kiri sebab nak amik tiket kitorang. Dah amik tiket, kena sain plak kat buku register FAFC (tak salah aku la..) - kena letak nama penuh, e-mail address, henfon no and sign kitorang ler... aku isi je semua except e-mail address coz aku rasa tak yah letak pun takpe.

Almost 70% there is Sabahan + sikit Sarawakian. Sumandak2 memang seksi abisss... Memula, kitorang dibawak duduk dekat meja VIP pasal diorang tak tetapkan tempat duduk lagi. Tapi dia kata nanti kalau press dtg, kitorang kena bgn and duduk kat table lain. Tak kesahlah beb... Borak sat dgn 2 other Felix Fans from KL yg macam kitorang gak - menumpang sementara. Kejap je duduk, minah tadi datang balik kata ada table lain dah utk kitorang. Tau2, dekaaaaatt sangat dengan F-O-O-D. Muahahaha... Not that far jugak la dgn stage. Table baru kitorang ada another 2 Felix fans (org lain plak ni) - pun dr KL gak. Borak2 la gak. Then tetiba, ada satu mamat ni join kitorang. Atoi nama dia. Borak punya borak, dia ni rupanya FAFC member, dia patutnya bawak kawan, but kawan dia tak dpt dtg, so he's alone.

MC is DJ Constantine Anthony from TraxxFM. He's a Sabahan. Dia announce la mukadimah dalam lebih kurang sekejap jer.. pas tu dia jemput Ms Nelly - President FAFC cwgn KL - utk bg ucapan sket... Blom pon bg ucapan, Felix dah datang dah at exactly 8.25pm... MC pun announce laaa.. Felix dgn muka happy salam dgn sumer orang.. aku mula2 terkedu gak la bila salam tu... tak wish pun happy bday... heheheh... then acara makan2 pun bermula... aku malas skit nak review food nih... tapi yg aku tau, aku capai dessert dulu...Sambil2 tu dok mengupdate2 ler kat kak Liza...

Tgh makan2, ada plak announcement somebody spesel datang... Nikki(Malaysian Idol) datang dgn Yani (Mentor) as a support to Felix - nak menyambut sama2 ler tu... Nikki dgn suara seksinya nyanyi la Heppy Birthday sampai depan Felix... Aku tengok Felix, sengih tak hengat.. dah abih tu sumer pun tepuk laa....

Pas tu sesi 'tarak oke' ehh.. karaoke pun bermulaa... sambil org makan ler... mostly fans Felix yang nyanyi - diorang nyanyi lagu Dusun... Masa ni aku nampak Dr Azibah datang and Felix looked happy when he saw her. Ada gak la amik few snaps. Diorang makan kat one table - jauh gak la dr table kitorang. Nikki pun nyanyi gak lagu Dusun satu - dia kata lagu ni dia penah nyanyi masa launch album dia tuu... oooo.. gitu rupanya... Felix plak sibuk dok bergambar dgn fans. Siap posing kat tepi pokok kelapak - macam2 posing laa.. peluk pokok lah.. tenung atas lah.. and style ala2 nak panjat pokok punada.. aku sempat gak la amik 2, 3 gmbr posing tu.. tapi dr jauh laa...

Pas tu MC announced ada acara potong kek.. its a kek buah with white icing and ada kaler2 biru sikit laa... cantek gakk kek tuu... Felix punya la happy masa potong2 kek tu... then those yg lahir bulan April gak, got to take their pictures with Felix on stage. Cam glamer laa..hehehe.. aku malas nak naik stage eventhough Iza dah dok siku2 aku dah... hehehe.. there's a reason why aku tak naik.. heheh... masa onstage tu jugak, ada spesel video wishes by family Felix - Eric, cikgu & kawan2 lain di Kg Porak Ogis at Kota Belud yg wish and nyanyi khas utk Felix... Tapi masa uncle dia buat wish, aku tgk uncle dia macam dah nak nangih dah.. aku ingat bapak dia... tanya punya tanya, rupanya uncle dia... tapi Felix maintain cool jer...

Pas tu, Felix lak punya giliran nyanyi.. of all Dusun karaoke songs yg ada, he chose a Malay song - Suatu Masa by M.Nasir. Rasa terharu plak Felix finally appreciate his Malay fans yg datang today. Few snaps of pictures taken by me & Iza. Tunggule yer Iza upload kat fotopages dia esok. Then Felix duet plak dengan Yani - lagu Hati Ini Telah Dilukai. Best gak sore Felix masa ni. Tapi mmg takde feel lgsg la aku tgk si Pilik dgn Yani ni walaupun ada cubaan utk merenung antara satu sama lain... Tak jadik beb!!! Hahaha...

Tetiba jer aku tgk few fans dah tak tgk the show... toleh2 rupa2nya Abang Long datang dgn gaya Rock Steady as usual.. Few snaps gak la taken. Dah abih tu, ada plak request suruh Felix berduet dgn Susy - one of his old friends. Susy ni biasa nyanyi kot, depa nyanyi lagu Bunyi Gitar. Ada la part Felix tarik sore... perghh.. best siot...

Then Lucky Draw - sumer kena tengok bawah kerusi diorang - ada kertas yg tertulih - Happy Birthday.. ingat kot dapat pasal bwh kerusi aku mmg ada kertas tu.. sekali tu sumer org pun ada gak kertas bwh kerusi diorang. Laaa... mati2 aku ingat dah dapat Lucky Draw... rupa2nya yg menang were those yg kat kertas tu tertulih - Happy 24th Birthday. Cehh.. ada 2 winners - Nikki and a young girl. Hahaha... sapa yg menang kena dera dulu dek Pilik.. Pilik dah angkat2 kening dah nak dera apa kat Nikki. Last2 dia nyanyi lagu dangdut - Yg Sedang2 Enak - and Nikki has to dance dangdut... hahaha.. aku tak tgk la part Nikki menari tu... dok sebok dgn food plak.. hahaha...

Then sesi bergambar pun bermula... kejap jer pas tu Felix duet lagi dgn fans - Joe - lagu 'Wonderful Tonite', Uikss... musykil gak Felix nak nyanyi lagu ni... tengok2 si Joe tu yg nyanyi lebih sikit laaa... Dah puaskan hati peminat dia especially ada yg sanggup dtg dari KK(Kota Kinabalu ekk.. bukan Kuala Kangsar....), sambung balik sesi bergambar... Felix datang each table and bergambar dgn fans. Masa ni la si MC plak nyanyi. Terer gak MC tu nyanyi lagu hip hop Dusun walaupun aku tak faham sgt. Ada la diorang nari Sumauzau gak. Layanzzz...

Ada gak masa tu Felix tgh amik gmbr dgn Sumandak2 dekat dgn table kitorang, abih jer terus aku dgn Iza pi kat Felix nak amik gmbr. Aku amik dulu lerr.. bisik sat kat Felix - Err.. JU semua kirim salam...(sambil sengih tgk kamera ni...). Pas tu Felix jawab, 'kirim salam balik kat diorang...'.. eheheheh...

Then diorang panggil Yazer plak nyanyi seround - Memburu Rindu - adalah sikit2 rock steady dia tu walaupun lagu ni lagu Balada. Cayalu Abg Long!!!! Rock Steady!!!!! Eceehh...

Hampir nak abih dah party, baru la Atoi dapat panggil Felix duduk kat table kitorang.. apa lagi... masing2 posing tak hengat... hehehe...Iza bgtau, hadiah JU kitorang akan pas kat Kak Lina.. Felix cakap ok and angguk jer... then dia tanya mana lagi yg lain2? Terkedu jap kitorang tatau nak jawab - sengih2 je laa kata memang dua org je yg datang plus Dr Azibah - 3 org. Bila dengar je tu, aku rasa aku dapat nampak Felix rasa sedih... later bila aku tanya Iza, dia pun kata Felix mmg nampak sedih masa ni. Since kitorang tak teringat langsung nak explain pjg lebar, cepat2 Iza bukak cerita yg kitorang dua nak pi Miri 7hb nanti... ceria la balik muka dia... tapi tetibe jer Felix kata dia tak akan ada di Miri pasal dia nak shooting lagu dangdut kat Bombay.. Terkujat jap kitorang... siap call K.Lina nak confirm lagik.. last2 we decided yg Felix saja gurau kot... tapi kitorang sure sedey laa if betoi Felix tak de kat sana nanti...

Pas dah posing2 tu, ingat nak stay gak nak tgk kot2 ada mende lain yg happening, skali tu tgk Felix asik dok bgambar jer... adehh.. Jom lah Iza.. balik... mata pun dah kuyu gak....

Tu je lerr a nite with Felix... hahahah... fotos ==> tgk kat fotopages iza okeh. My pix plak - kena tunggu cuci dulu ler yer.

SUSAH-SUSAH AJA!!!!

Latest news as at 9.45 am 4/4/06 - Confirmed that Felix is going to Mumbai on the 7th to record a video clip for his new duet song with Toh Puan Bendahara Kedah, Bunga Asmara. So he's not going to Miri, guys!!!! Isyyyyyyyy!!!!!!!!!...

Saturday, April 01, 2006

All About Akma...

Dah lama rasanya saya tak mengupdate blog. Terlalu fokus dengan kerja sehinggakan tiada ruang untuk 'meroyan' seketika... muahahah... tapi apalah daya saya bila buah fikiran rekaan dijadikan bahan tohmahan oleh org yg masih tak faham apa itu blog dan fungsi blog. Orang tersebut saya kira adalah fanatikus sesebuah fanclub yg saya kira jahil dalam menjaga keharmonian sejagat sehinggakan nama yg ditulis untuk dialog rekaan saya, beliau anggap tidak boleh diguna sesuka hati. Mungkin juga beliau anggap dialog rekaan saya adalah berdasarkan pengalaman sebenar watak berkenaan. Hahahah... tinggi sungguh fantasi beliau. Tapi saya anggap itu sebagai satu pujian kerana beliau dapat berfantasi bahawa adegan2 tersebut benar2 berlaku. Saya terima kutukan itu sebagai langkah pertama saya untuk menceburi bidang penulisan skrip secara lebih serius. Hahahaha...

Birthday Bash Akma - 26 March 2006 - MARRIOTT HOTEL, PUTRAJAYA

Saya diberitahu bahawa beberapa Jiwangans luar KL akan berkunjung semata2 untuk menghadiri majlis kali ini. Tambah seronok bila yang bakal datang adalah rakan2 yg belum pernah bersua muka. Kak Ann yg peramah, DM yg havoc!!! dan Kak Nurul yang cool. Takkan saya lupa dengan pengalaman manis bertemu mereka bertiga dan breakfast bersama2. Jadi saya rasa sedih pula mengingatkan bilakah kami akan dapat berjumpa lagi di lain waktu. Rakan dari luar KL yg pernah saya jumpa sebelum ini ialah Emai from Brunei, Kak Ima, Diana Lipis dan lain2 (minta maaf kalau saya terlupa untuk menyebut nama).

Kami bertolak dari rumah Kak Liza pada jam lebih kurang pukul satu - Kak Nurul, Kak Liza, Syikin, Kak Ima, Iza, Kak Ann dan DM. Sampai sahaja lebih kurang hampir pukul 2 bermulalah aktiviti wajib JU bila bersua muka iaitu bersalaman, cheek-to-cheek kiss dan mengambil gmbr.

Majlis bermula dengan MC mengumumkan bahawa kononnya Akma tidak dapat hadir kerana beliau masih dalam perjalanan dari show di Melaka. Berita ini di'kuat'kan lagi dengan panggilan telefon secara 'live' dari Akma yg memohon maaf kerana beliau mungkin tidak dapat hadir. Tak diketahui semua bahawa saya dan beberapa rakan yg lain jelas dapat melihat bayang2 kaki yang resah di balik pintu dewan yg tertutup. Hahahaha.. jadi saya kira cubaan kezutan adalah tidak menjadi sama sekali. Akma yg saya kenali sama sekali tidak akan membiarkan para peminatnya menyambut hari penting ini tanpa beliau.

Kezutan sebenar berlaku bila acara memotong kek bermula. Akma tidak menyangka bahawa peminat beliau dari Brunei iaitu Emai akan hadir kerana sebelum ini Akma telah diberitahu bahawa Emai tidak dapat hadir. Kejutan kedua mmg mengejutkan semua peminat bila Jehan Miskin d' actor, datang untuk mengejutkan Akma di balik teddy bear. Memang satu kejutan untuk sesetengah peminat yg tidak tahu bahawa Akma memang meminati lakonan Jehan. Akma sendiri tidak menyangka sehinggakan beliau 'terduduk' malu, namun kegembiraan beliau dapat kami lihat dengan jelas. Inilah bukti kasih sayang kami sebagai peminat yang mahukan beliau dilayan seistimewa mungkin di hari yg istimewa ini.

Sementara kami menjamu selera, Akma mengadakan 'press conference' dengan tetamu wartawan yg hadir. Acara seterusnya diselang-selikan dengan acara games antara tetamu. Masing2 nampaknya terhibur dengan telatah masing2. Hahaha.. Ada juga sesi penyampaian hadiah untuk para peminat yg membuat 'best birthday wishes' melalui akmafc.net. Tak sangka ahli JU yang menjadi pemenang - Diana Lipis. Tahniah!! Saya rasa setiap kali nama JU disebut2 dikhalayak ramai, tepukan meriah pasti kedengaran dan saya pasti begini jugalah meriahnya semangat padu JU pada Akma!! Pemenang lain pada malam itu ialah Chen Bahak - best dress!!! Cayalah JU!!!!

Akma turut menyampaikan beberapa buah lagu - lagu Jepun (maaf saya tak dapat tgkp apa tajuk lagu ini tapi saya yakin lagu ini turut dinyanyikan oleh Fitri AF2 semasa konsert Final AF musim kedua), lagu joget Siti Nurhaliza dan sebuah lagu dangdut yg diiringi oleh Emai dan Aboi sebagai penari bidan terjun. Ja'a adik Akma kemudiannya menyampaikan sebuah lagu - Belaian Jiwa dan Kau Ilhamku yang kemudiannya diiringi oleh peminat2 dari Akmafc dan Jiwang United. Sekali lagi saya rasa terharu dengan sesi integrasi Akmafc dan JU yang nyata menepikan matlamat masing2 semata2 mahukan Akma rasa dihargai, baik dari segi bakat nyanyian mahupun dari segi populariti beliau yang semakin meningkat di seluruh Malaysia.

Sesi diteruskan dengan duet antara Ja'a dan Sofiah, kakak Akma. Saya belum pernah mendengar Ja'a & Sofiah menyanyi secara 'live'. Beberapa ketika mereka mula menyanyi, saya terpegun seketika. Sungguh saya tak sangka bakat mereka memang terserlah. Saya jangka, jika Ja'a masuk AF5 nanti, beliau tak perlu khuatir dengan fan base yg nyata sudah kukuh malahan hingga ke Brunei!! Sofiah & Ja'a kemudiannya mengajak ibubapa mereka untuk turut menyanyi. Walaupun hanya serangkap, tapi bila melihatkan mereka bersama2 menyanyi di atas pentas, saya seolah2 sedang menyaksikan ulang tayang 'The Sound of Music' versi Malaysia. Sungguh, petang itu penuh dengan rasa suka dan terharu. Duka mungkin ada sedikit utnuk para Jiwangans, tapi itu tak menjejaskan langsung suasana meriah Majlis petang itu bersama Akma.

Acara lain ialah acara gerakan badan untuk mengeja 'I Love You' oleh peminat2 dan juga Akma. Lagu2 yg dinyanyikan Akma seterusnya adalah Tiga Malam, yg ditujukan khas untuk kedua ibubapa Akma, dan juga semestinya lagu wajib iaitu Percaya Pada Cinta. Saya mengaku, ketika lagu ini bergema terutamanya pada lirik 'kubiarkan cinta ini hadir, datanglah segera kepadaku', saya amat berharap seseorang akan muncul di pintu dewan dan membuat kejutan terakhir untuk Akma. Harapan hanya tinggal harapan. Tak mungkin dua kejutan akan berlaku dalam satu hari.

Majlis berakhir dengan sesi bergambar antara Akma dan peminat2. Happy bday juga untuk Penghulu JU yg menyambut ulangtahun beliau pada 1hb April.

JU rawks!!!!
 

Copyright 2007 ID Media Inc, All Right Reserved. Crafted by Nurudin Jauhari