Sunday, February 19, 2006

One Hectic Weekend

Setelah beberapa hari berhempas pulas dengan kerja pejabat (4 hari jer...), tak sabar pula rasanya nak tunggu hari minggu memandangkan kebetulan 'off days' saya jatuh pada hari minggu... Weekend kali ni diisi dgn beberapa aktiviti dgn JU, M2M dan keluarga... Wahh.. tak sangka pula saya dapat meluangkan masa dgn keluarga, at last... Walaupun Jumaat mlm saya seperti biasa balik lewat disebabkan shift petang, dan malamnya diisi pula dgn beberapa aktiviti 'chatting', esoknya saya bergegas pula ke Tasik Titiwangsa disebabkan ajakan kawan2 M2M untuk berjoging.. Biasalah, kalau berjumpa, pasti gosip baru akan timbul dan keterujaan pun berlarutan hinggakan pertama kali saya makan nasi berlauk seawal pukul 11 pagi di Kampong Baru.

Pukul 2.30 tepat, Kak Liza dan saya ke 'housewarming party' CekPuteh di Kota Damansara bersama beberapa Jiwangans yang lain. Antara aktiviti wajib JU yg dapat diisi kali ini ialah:

Sesi menonton video terbaru Akma & Felix yg dibawa oleh Kak Lina... Seperti biasa, ngangaan, beliakan, lelehan, sengihan dan lopongan Jiwangans adalah riak biasa yg akan dapat diperhatikan. Hampir2 terlupa pula saya nak makan nasi ayam yg saya kira setanding dengan nasik ayam kakak saya.

Seperti biasa, tontonan video kali ini diketuai oleh ahli JU yg mendapat jolokan 'Perempuan Berani Mati' yg kami anggap sesuai sekali bagi srikandi tersebut alaf ini.

Acara seterusnya ialah acara sampingan - sesi demonstrasi cara2 menjaga kesihatan muka & juga cara2 memakai 'make-up'. Walaupun mendapat kebenaran Jiwangan yg menjadi model 'terjun' utk dipamerkan gmbr 'b4' & 'after' beliau memakai make-up, saya putuskan untuk tidak mempamerkannya di sini atas sebab2 tertentu.

Setelah beberapa Jiwangan terpaksa berundur awal atas sebab2 peribadi, (malah yg dtg lewat pun adalah antara yg balik awal.. ehem ehem..), acara diteruskan dengan 'live conference' yg ahli2 conference semestinya tidak akan terkeluar dari tingkap atau perkara2 yg sewaktu dgnnya...

Acara terakhir ialah beberapa sesi 'download' yg diselang-selikan dengan iklan Thailand yg bertaraf 'Siam'.

Tepat 6 jam kami berada di sana, kami akhirnya beransur pulang. Antara perbualan menarik antara saya dan Kak Liza semasa perjalanan balik ialah bila kami dapati yg ahli2 Jiwangans terdiri dari pelbagai lapisan umur yg nyata mempunyai minat dan 'cinta' yg sama iatu Akma dan Felix. Dari yg masih bersekolah hinggalah yg hampir2 pencen, Akma & Felixlah yg menjadi topik perbualan kami tanpa menghiraukan sebarang perasaan 'pride' ataupun 'prejudice'. Tiada kejadian Buli Balik atau seorang 'persona non grata' pun.

Malam Sabtu saya diisi dengan cubaan penulisan dialog spontan dlm conference YM yg dikerah oleh beberapa teman yg setia menemani saya hingga larut malam. Hinggakan mereka beberapa kali menguap barulah saya berhenti. Saya kira ini merupakan satu pencapaian peribadi dan utk itu saya ingin ucapkan terima kasih untuk cheese, alna, princessaniz, pipicomel, elizz & yana.

Hari ini saya ingin ucapkan tahniah kepada Shah (adik ipar kakak saya yg botaknya ala2 Mawi) & Wawa atas pertunangan mereka. Semoga berkekalan hingga akhir hayat, Insya Allah. Selepas ini, saya akan bertemu dgn pipicomel atas permintaan beliau yg ingin berkongsi keropok lekor dari Kelantan. Harap2 sudah ada yg digoreng!!! Haha.

 

Copyright 2007 ID Media Inc, All Right Reserved. Crafted by Nurudin Jauhari