Saturday, February 25, 2006

Bowling with Akma

Semlm, saya berjumpa sekali lagi dgn sweetjaan di Alpha Angle utk mkn tengahari. Kami pernah mkn tengahari bersama sebelum ini di gerai Nasi Ayam di TM. Kali ini kami disertai oleh ctTijah dan emak saya. Saya tahu emak saya tak terkata apa2 bila mengetahui isi perbualan kami bertiga. Hahaha.. dia mungkin hairan yg kami boleh berbicara seolah2 kami mengenali 'subjek' yg dibincangkan. Apa lagi kalau bukan Mawi & Marsha... Haha..

Saya berjumpa dgn rakan2 sekolah rendah saya di Calypso setlh diajak oleh Lalat yg mmg kami tahu susah utk berjumpa beliau utk sekadar berborak memandangkan beliau kini menetap di Bangi. Lalat, Sarah, Ida, Zurin & hubby dan Zazlan... Kami berbual2 kosong dan saling meng'update' tentang diri masing2... yg lain? Hmm.. ada yg sengaja kami tidak ajak memandangkan mereka ada komitmen lain yg tak mgkn dpt dielak hanya utk berjumpa melalui notis yg terlalu pendek. Haha.

Malamnya, saya siapkan contoh nametag untuk table Gathering kami March nanti. Saya tiba2 ditegur di YM oleh seorg rakan yg tak berapa lama saya kenali beliau. Kami kenal melalui seorg rkn baik kami dan beliau sebelum ini pernah bercerita ttg perhubungan beliau dgn seorang rakan lelaki. Kali ini beliau berpeluang untuk menyambung semula cerita beliau - dan tak disangka, cerita beliau kali ini sungguh menyentuh perasaan saya hinggakan saya turut merasai kelukaan yg beliau hadapi ketika ini. Hanya doa yg dpt saya beri utk beliau ketika ini. Teringat satu puisi Inggeris dlm filem Mandy Moore "A Walk To Remember". - Love is not selfish, Love is putting another's heart above your own... Harap beliau tabah hati dan tidak akan putus asa pada cinta sejati...



Hari ini, saya dan Kak Na ke Bangsar Shopping Centre utk sama2 menyokong AkmaFc yg membuat pemilihan pemain utk Bowling Inter FC Mac dpn. Kami tiba seawal 10.30 pagi. Kak Sariyah dan rakan2 lain dari AFC sudahpun berada di sana dan kami kemudiannya berkenal2an. Lepas seorang2 tiba dan ramai yg dtg hanya utk menyokong tapi akhirnya turut sama bermain. Satu ketika saya perhatikan mereka semua bermain dan secara tiba2 saya rasa terharu bila melihat ahli2 AkmaFC dan Jiwang United beramah mesra dan bergelak ketawa. Saya sebenarnya tak sangka ini boleh berlaku memandangkan ada ketika kami mgkn mempunyai citarasa tersendiri terhdp sesuatu perkara yg saya rasa agak sensitif utk disebutkan di sini. Saya rasa gembira bila sedar Akmalah yg menyatukan kami. Saya harap FC lain yg berkenaan dpt menyedari kepentingan persahabatan antara FC yg saya kira titik tolak perjalanan sesebuah FC untuk terus 'hidup' dan bukannya sekadar bangkai bernyawa.



Tambah gembira bila Akma sendiri hadir utk memberikan sokongan. Malah beliau sendiri bermain bersama dan semestinya sorakan gemuruh akan kedengaran bila beliau berjaya membuat beberapa 'strike'. Akma akhirnya terpaksa pulang kerana beliau terpaksa bergegas ke 'show' dengan rakan AF beliau, Kefli di Tg Karang selepas itu. Saya sempat berbual2 dgn Pak Lah dan mengucapkan terima kasih kepada beliau, ibu Akma & Akma sendiri kerana sudi meluangkan masa walaupun jadual aktiviti Akma agak padat ketika ini. Saya ketawa bila adik Akma, Ja'a turut terkena tempias kakaknya bila beberapa org pelajar sekolah yg turut berada di situ yg menyatakan minat terhadap beliau. Hahaha. Mungkin Ja'a patut masuk AF5 memandangkan beliau sudah ada peminat tersendiri. Kami akhirnya menyambung 'kemesraan' di meja makan dan berborak2 kosong hingga pukul 4 ptg.



Pukul 5, saya bergegas pula ke rumah Zurin kerana menyambut jemputan utk Hi Tea di rumah beliau hinggalah pukul 7 malam. Saya agak kecewa kerana beberapa rakan lain tak dpt hadir utk jemputan itu. Bilalah masanya nak berjumpa lagi...?
 

Copyright 2007 ID Media Inc, All Right Reserved. Crafted by Nurudin Jauhari