Tuesday, February 28, 2006

Pelita di Bwh Lampu Minyak Tanah... Ehh...

Ahaksss.. tetibe je aku Jiwang dengar lagu ni.. muahhaha.. Layanzzzz...

Pelita di bawah purnama

Sendiri aku menjejak bayangmu

Berkurun lamanya kita tak bertemu
Kau berlalu pergi terbiar aku sendiri
Menahan duka oh di sudut hati

C/o Cinta..dengarlah rintih hatiku
Mengharap belai dan rindu
Yang pernah dicurah sepenuh hatimu

Kasih..inikah yang kurasai
Pengorbanan tak dihargai
Menjadi siksaan yang tidak diundang
Oh pedih..sayang...

Ingatkah lagi kau pernah berkata
Aku bagai pelita di bawah purnama
Kini malam sepi tinggal hanyalah memori
Mungkin cahaya menjelma semula

Memula aku blur gak sapa yg nyanyi.. macam sore Siti.. pas tu macam sore Misha plak... kengkadang ada plak lenggok2 Sarah... konpiusss makcik... anyway.. rupanya Erema yg nyanyi... boleh la tuuu... unik gak nama dia...

Saturday, February 25, 2006

Bowling with Akma

Semlm, saya berjumpa sekali lagi dgn sweetjaan di Alpha Angle utk mkn tengahari. Kami pernah mkn tengahari bersama sebelum ini di gerai Nasi Ayam di TM. Kali ini kami disertai oleh ctTijah dan emak saya. Saya tahu emak saya tak terkata apa2 bila mengetahui isi perbualan kami bertiga. Hahaha.. dia mungkin hairan yg kami boleh berbicara seolah2 kami mengenali 'subjek' yg dibincangkan. Apa lagi kalau bukan Mawi & Marsha... Haha..

Saya berjumpa dgn rakan2 sekolah rendah saya di Calypso setlh diajak oleh Lalat yg mmg kami tahu susah utk berjumpa beliau utk sekadar berborak memandangkan beliau kini menetap di Bangi. Lalat, Sarah, Ida, Zurin & hubby dan Zazlan... Kami berbual2 kosong dan saling meng'update' tentang diri masing2... yg lain? Hmm.. ada yg sengaja kami tidak ajak memandangkan mereka ada komitmen lain yg tak mgkn dpt dielak hanya utk berjumpa melalui notis yg terlalu pendek. Haha.

Malamnya, saya siapkan contoh nametag untuk table Gathering kami March nanti. Saya tiba2 ditegur di YM oleh seorg rakan yg tak berapa lama saya kenali beliau. Kami kenal melalui seorg rkn baik kami dan beliau sebelum ini pernah bercerita ttg perhubungan beliau dgn seorang rakan lelaki. Kali ini beliau berpeluang untuk menyambung semula cerita beliau - dan tak disangka, cerita beliau kali ini sungguh menyentuh perasaan saya hinggakan saya turut merasai kelukaan yg beliau hadapi ketika ini. Hanya doa yg dpt saya beri utk beliau ketika ini. Teringat satu puisi Inggeris dlm filem Mandy Moore "A Walk To Remember". - Love is not selfish, Love is putting another's heart above your own... Harap beliau tabah hati dan tidak akan putus asa pada cinta sejati...



Hari ini, saya dan Kak Na ke Bangsar Shopping Centre utk sama2 menyokong AkmaFc yg membuat pemilihan pemain utk Bowling Inter FC Mac dpn. Kami tiba seawal 10.30 pagi. Kak Sariyah dan rakan2 lain dari AFC sudahpun berada di sana dan kami kemudiannya berkenal2an. Lepas seorang2 tiba dan ramai yg dtg hanya utk menyokong tapi akhirnya turut sama bermain. Satu ketika saya perhatikan mereka semua bermain dan secara tiba2 saya rasa terharu bila melihat ahli2 AkmaFC dan Jiwang United beramah mesra dan bergelak ketawa. Saya sebenarnya tak sangka ini boleh berlaku memandangkan ada ketika kami mgkn mempunyai citarasa tersendiri terhdp sesuatu perkara yg saya rasa agak sensitif utk disebutkan di sini. Saya rasa gembira bila sedar Akmalah yg menyatukan kami. Saya harap FC lain yg berkenaan dpt menyedari kepentingan persahabatan antara FC yg saya kira titik tolak perjalanan sesebuah FC untuk terus 'hidup' dan bukannya sekadar bangkai bernyawa.



Tambah gembira bila Akma sendiri hadir utk memberikan sokongan. Malah beliau sendiri bermain bersama dan semestinya sorakan gemuruh akan kedengaran bila beliau berjaya membuat beberapa 'strike'. Akma akhirnya terpaksa pulang kerana beliau terpaksa bergegas ke 'show' dengan rakan AF beliau, Kefli di Tg Karang selepas itu. Saya sempat berbual2 dgn Pak Lah dan mengucapkan terima kasih kepada beliau, ibu Akma & Akma sendiri kerana sudi meluangkan masa walaupun jadual aktiviti Akma agak padat ketika ini. Saya ketawa bila adik Akma, Ja'a turut terkena tempias kakaknya bila beberapa org pelajar sekolah yg turut berada di situ yg menyatakan minat terhadap beliau. Hahaha. Mungkin Ja'a patut masuk AF5 memandangkan beliau sudah ada peminat tersendiri. Kami akhirnya menyambung 'kemesraan' di meja makan dan berborak2 kosong hingga pukul 4 ptg.



Pukul 5, saya bergegas pula ke rumah Zurin kerana menyambut jemputan utk Hi Tea di rumah beliau hinggalah pukul 7 malam. Saya agak kecewa kerana beberapa rakan lain tak dpt hadir utk jemputan itu. Bilalah masanya nak berjumpa lagi...?

Thursday, February 23, 2006

Anugerah Bintang Popular 2005

Calon2 tahun 2005 dan undian saya: -

A. Pengacara TV Lelaki Popular
1. Ally Iskandar
2. Aznil Nawawi
3. Azwan Ali
4. Jimmy Shanley
5. Wahid Senario
* Pasti Aznil menang tahun ini, tahun depan mungkin Aznil akan beri peluang utk org lain kot, mana tahu..

B. Pengacara TV Wanita Popular
1. Cheryl Samad
2. Farah Fauzana - she's popular this year...
3. Linda Onn
4. Norzie Pa'wan Chik
5. Raja Azura

C. Penyampai Radio Lelaki Popular
1. Adi Fashla (X-Fresh FM)
2. Halim Othman (Sinar FM)
3. Khairil Rashid (Era)
4. Kieran (Era)
5. Najman (Sinar FM)
* Saya tak pasti - mungkin saya kena dgr lagu 'Antara Dua' lepas ni..

D. Penyampai Radio Wanita Popular
1. Julia (X-fresh FM)
2. Linda Onn (Era) - masih popular tahun ini. Thn dpn, mana tahu...
3. Nana (Era)
4. Nila Kurnia (Era)
5. Rina (Best 104)

E. Artis Komedi Lelaki Popular
1. Afdlin Shauki
2. Azlee (Senario)
3. Lan Pet Pet
4. Saiful Apek - tiada tandingan
5. Wahid (Senario)

F. Artis Komedi Wanita Popular
1. Adibah Nor
2. Kartina Aziz
3. Norlia Ghani
4. Rosnah Mat Aris
5. Sheila Rusly
* Saya suka dengan celoteh Sheila tapi saya rasa negara kita masih ketandusan artis komedi wanita - yg ada masih lagi dgn celoteh2 biasa mereka...

G. Artis Baru Lelaki Popular
1. Bob AF2
2. Mawi - enuff said.
3. Shazzy
4. Que Haidar
5. Zahid

H. Artis Baru Wanita Popular
1. Farah AF2
2. Nora Danish
3. Pija
4. Sharifah Amani - dia yg paling popular, saya rasa...
5. Sharifah Zarina

I. Penyanyi Nasyid Popular
1. Hijjaz
2. In-Team
3. Mirwana - no komen
4. Rabbani
5. Raihan

J. Penyanyi Lelaki Popular
1. Adam
2. Jamal Abdillah
3. Mawi - enuff said.
4. Vince
5. Zahid

K. Penyanyi Wanita Popular
1. Dayang Nurfaizah
2. Ella
3. Farah AF
4. Siti Nurhaliza - tiada tandingan
5. Waheeda

L. Artis Berkumpulan / Duo Popular
1. Jinbara
2. KRU
3. Ruffedge
4. Too Phat
5. VE - saya kurang pasti dgn pilihan saya tapi... yg lain pun lebih kurang saja...

M. Pelakon Filem Lelaki Popular
1. Afdlin Shauki
2. Farid Kamil
3. Rosyam Nor
4. Saiful Apek
5. Yusry
* Saya tak tahu nak buat pilihan yg mana sebab mereka semua sama popular..

N. Pelakon Filem Wanita Popular
1. Erra Fazira - no komen
2. Fasha Sandha
3. Maya Karin
4. Nasha Aziz
5. Sharifah Amani

O. Pelakon TV Lelaki Popular
1. Ako Mustapha - no komen
2. Fahrin Ahmad
3. Jalaludin Hassan
4. Rosyam Nor
5. Zamarul Hisyam

P. Pelakon TV Wanita Popular
1. Abby Abadi
2. Eja - she's the one
3. Fasha Sandha
4. Nasha Aziz
5. Rita Rudaini

Saya tak pernah undi - pernah isi borang tapi tak pernah hantar... hahaha. Tak sabar tunggu hari Ahad ni sebab nak tgk Karpet Merah - kalaulah saya dapat pergi... jgn tak tahu saya sebenarnya suka ambil gambar... ada sesiapa ada tiket lebih?? Hahaha.


Monday, February 20, 2006

Happy Bday Ahnaf!!!!


Today's Ahnaf's 6th Birthday... dia celebrate kat sekolah dia ari ni.. semalam aku tak sempat nak beli apa-apa kat dia. Anyway, aku dah tolong akak aku bungkuskan segala coklat2 untuk kengkawan dia kat sekolah.. heehee.. happy jer aku tgk anak sedara aku yg paling hyperaktif ni.. Anyway, sok2 nanti aku akan belikan sumthing kat dia...

Sunday, February 19, 2006

One Hectic Weekend

Setelah beberapa hari berhempas pulas dengan kerja pejabat (4 hari jer...), tak sabar pula rasanya nak tunggu hari minggu memandangkan kebetulan 'off days' saya jatuh pada hari minggu... Weekend kali ni diisi dgn beberapa aktiviti dgn JU, M2M dan keluarga... Wahh.. tak sangka pula saya dapat meluangkan masa dgn keluarga, at last... Walaupun Jumaat mlm saya seperti biasa balik lewat disebabkan shift petang, dan malamnya diisi pula dgn beberapa aktiviti 'chatting', esoknya saya bergegas pula ke Tasik Titiwangsa disebabkan ajakan kawan2 M2M untuk berjoging.. Biasalah, kalau berjumpa, pasti gosip baru akan timbul dan keterujaan pun berlarutan hinggakan pertama kali saya makan nasi berlauk seawal pukul 11 pagi di Kampong Baru.

Pukul 2.30 tepat, Kak Liza dan saya ke 'housewarming party' CekPuteh di Kota Damansara bersama beberapa Jiwangans yang lain. Antara aktiviti wajib JU yg dapat diisi kali ini ialah:

Sesi menonton video terbaru Akma & Felix yg dibawa oleh Kak Lina... Seperti biasa, ngangaan, beliakan, lelehan, sengihan dan lopongan Jiwangans adalah riak biasa yg akan dapat diperhatikan. Hampir2 terlupa pula saya nak makan nasi ayam yg saya kira setanding dengan nasik ayam kakak saya.

Seperti biasa, tontonan video kali ini diketuai oleh ahli JU yg mendapat jolokan 'Perempuan Berani Mati' yg kami anggap sesuai sekali bagi srikandi tersebut alaf ini.

Acara seterusnya ialah acara sampingan - sesi demonstrasi cara2 menjaga kesihatan muka & juga cara2 memakai 'make-up'. Walaupun mendapat kebenaran Jiwangan yg menjadi model 'terjun' utk dipamerkan gmbr 'b4' & 'after' beliau memakai make-up, saya putuskan untuk tidak mempamerkannya di sini atas sebab2 tertentu.

Setelah beberapa Jiwangan terpaksa berundur awal atas sebab2 peribadi, (malah yg dtg lewat pun adalah antara yg balik awal.. ehem ehem..), acara diteruskan dengan 'live conference' yg ahli2 conference semestinya tidak akan terkeluar dari tingkap atau perkara2 yg sewaktu dgnnya...

Acara terakhir ialah beberapa sesi 'download' yg diselang-selikan dengan iklan Thailand yg bertaraf 'Siam'.

Tepat 6 jam kami berada di sana, kami akhirnya beransur pulang. Antara perbualan menarik antara saya dan Kak Liza semasa perjalanan balik ialah bila kami dapati yg ahli2 Jiwangans terdiri dari pelbagai lapisan umur yg nyata mempunyai minat dan 'cinta' yg sama iatu Akma dan Felix. Dari yg masih bersekolah hinggalah yg hampir2 pencen, Akma & Felixlah yg menjadi topik perbualan kami tanpa menghiraukan sebarang perasaan 'pride' ataupun 'prejudice'. Tiada kejadian Buli Balik atau seorang 'persona non grata' pun.

Malam Sabtu saya diisi dengan cubaan penulisan dialog spontan dlm conference YM yg dikerah oleh beberapa teman yg setia menemani saya hingga larut malam. Hinggakan mereka beberapa kali menguap barulah saya berhenti. Saya kira ini merupakan satu pencapaian peribadi dan utk itu saya ingin ucapkan terima kasih untuk cheese, alna, princessaniz, pipicomel, elizz & yana.

Hari ini saya ingin ucapkan tahniah kepada Shah (adik ipar kakak saya yg botaknya ala2 Mawi) & Wawa atas pertunangan mereka. Semoga berkekalan hingga akhir hayat, Insya Allah. Selepas ini, saya akan bertemu dgn pipicomel atas permintaan beliau yg ingin berkongsi keropok lekor dari Kelantan. Harap2 sudah ada yg digoreng!!! Haha.

Friday, February 17, 2006

Al Fatihah....

Condolences to a friend of mine, Istilah Semesta who just lost her baby this morning... Al Fatihah... be brave girl... Luv you, fren...

Tuesday, February 14, 2006

Echo without Tin?


2 hari lepas, Mas sms aku tgk pc Echo kat Pan Pac... yahuuu... finally, the right time, the right day, the right hour... ehehehe.. aku pun meredah hujan lebat ke the Mall b4 ke Pan Pac... makan dulu coz aku takut pengsan plak kat sana... Kitorang pun tunggula Ana kat Pan Pac.. lepas dia dtg, terus naik atas - Ana nak try masuk but it's only for press.. so lepas tunggu about half an hour tu, Ummi plak dtg and few other new faces - ezreen, emelda etc, etc... heehee.. padahal aku yg new face.. muahahah... then we were told that we could go in and watched him.. so, apa lagi... bila masuk jer, sumer tgk.. segan gak coz sah2 that majlis is for press... kena tahan plak tu... pas dah buat explanation, kitorang duduk la... toleh2 tgk2 ada plak sifoo-seefu ku... muahahah...


Echo is sooooo cuteeeee and sooo naughtee - hehehehe... byk kali dia buat cute jokes... then, lepas dah abih conference, amik ler gambar jap... sempat ler 2, 3 snap.. pas tu sumer pres makan.. since aku dah makan, so tgk je laa dorang makan... ehehehe... then, seb baik ada session for Echo Fan Club - it seems ada website baru for his fanclub tapi tak berapa ingat plak.. then met few others echo fans - 2 girls yg aku dah lupa nama.. muahaha.. sempat la bergambar satu snap with echo.... yg lain sumer gmbr echo jer laaa.. sian plak aku tgk echo yg tak menang tgn nak bergambar dgn beberapa fanatikus... muahaha... Pas tu lepak jap amik napass... fuhhh legaa... mission accomplished... thanks tu Mas - muahhhssss....

Then, balik.. seb baik hujan dah reda... naik LRT dgn Mas... on the way balik tu, sempat la aku email from my hp to Anna, Mier & Norin... muahaha... aku singgah sat KLCC hantar kodak.. yeay yeay.. esok bleh amik tgk... mauahahah... balik jer terus duduk depan PC.. konon nak update... sekali tu letih nak layan chatting plak... geram plak dgn mic aku yg tak reti bahasa ni... muahaha.. jeles plak org lain dah ada web cam... soon, babeh, soon... we'll have a bloody good webcam soon... muahahaha... Sian Alna with her work problems... hope you'll be brave, girl... be patience, wokey???

Can't even mention Tin's name in front of Echo? Echo won't even sign their DVDs? Adussss.... apa ni????

Sunday, February 12, 2006

Jodoh sampai kerna Mawi???


Hahahahah... aku baru balik dari umah akak aku kat Sg Buloh... rupa2nya akak aku & one of her jiran nak terima tetamu laa... ada anak dara nak bertandang pasal nak berjumpa dgn anak teruna (adik ipar akak aku)... last 2 weeks kot, dorang dah bertandang umah girl tu... ni kira bettandang balas la ni... muahahah... then crita punya crita.. (ni b4 rombgn cik kiah tu dtg laaa..).. rupa2nyaadik beradik girl tu pun suka gak kat bakal abg ipar dorang ni bukan sebab apa pun... rupa2nya pasal ruper dia botak ala2 Mawi!!!! Hahahahahah... aku punyalaa gelak besor bila dgr tuu... girl ni rupanya b4 this tak berkenan laaa kat few people yg dtg risik dia... bila dia tgk jer adik ipar akak aku ni, terus senyum malu2 'Burok'.... muahahahah....

One funny story about jodoh...

Friday, February 10, 2006

Dialog M&M: Marsha under KMG??

Mawi called Marsha...

Mawi: Sha... aku dgr KMG ada offer ko masuk company dorang ekk?
Marsha: Mana sayang tau ni?
Mawi: Adalah... dunia seni ni kecik.. mana2 pegi mesti ada gak org yg dok crita...
Marsha: Mmmm.. ada jugak diorang offer.. sia tak tau la Mawi... sayang jugak nak tinggalkan Maestro...
Mawi: (Ooo.. sayang nak tinggalkan Maestro... bukan sayang nak tinggalkan aku dgn kawan2... dah start sedih..) Bila diorang bg offer tu?
Marsha: Mmmm.. dah lama dah... hujung tahun lepas... Norman kata, dia kasik sia pikir dulu.. tapi tak bagi dateline pulak...
Mawi: Ko betul2 ke nak masuk company dorang ni?
Marsha: Kenapa sayang tanya macam tu? Tak boleh ke sia pikir dulu?
Mawi: Boleh... (terus diam lepas tu... kalau boleh dia tak nak Marsha berpisah dgn dia...)
Marsha: Sayang... (tiba2 terasa sedih bila ingat apa akan terjadi if dia tinggalkan Maestro...
Mawi: (diam lagi.. sebenarnya mata dia dah bergenang tiba2... rasa sebak pulak bila Mawi sedar dia mungkin tak akan bersama Marsha selamanya....)
Marsha: Sayang.. kenapa diam ni... (dah start bergenang mata jugak...)
Mawi: Aku tak apa2... (cuba kawal sebak kat dada dia...)
Marsha: Sayang.. if you don't want me to go, i won't go... (cakap slow jer...)
Mawi: (terdiam...) Aku rasa... keputusan ni bukan aku yg tentukan... ko kena pikir masak2 menda2 macam ni... kalau kau pentingkan karier ko.. ko pegilah... (suara dah start slow gak... still nak kawal sebak...)
Marsha: (terdiam.. terharu dgn sifat Mawi yg faham sangat dgn situasi dia...)
Mawi: (sambung cakap lagi..) Ko pun tau kat Maestro ni, macam2 boleh jadik... karier ko pun tak tentu ok kalau ko stay... tu terpulang kat usaha ko jugak kalau ko nak stay...
Marsha: So, sayang okaylah kalau sia pegi?
Mawi: (tak sangka Marsha akan tanya soalan cam tu..) Sha.. kalau ko tanya aku, aku tak nak ko pegi...
Marsha: (dah berlinang air mata....) Kalau sia pegi jugak...?
Mawi: Kalau ko pegi jugak, dah takda la org yg nak gurau2 dgn aku kat atas stage nanti... member lain mana berani nak gurau2 dgn aku... ko sorang yg layan aku.. yg buat aku happy...
Marsha: (tekup hp sebab dah start nangis...)
Mawi: (terdengar sedu sedan Marsha...) Sha... ko kenapa? Ko yg nak pegi, ko plak yg nangis...
Marsha: I don't want to go... (Marsha cakap jugak masa dia tgh nangis tuu..) If i go, i want you with me...
Mawi: Sha... (Air mata dah start mengalir gak... ) Aku sendiri tak tau nasib aku...
Marsha: Sayang ikut sia, boleh? (dok lap air mata...)
Mawi: Aku rasa Maestro mesti tak nak lepas aku... tapi kalau Maestro tak nak ko kat sini, ko kena pikir karier ko.. kena pikir cita2 ko... ko kena move on... baru ko boleh capai cita2 ko...
Marsha: (nangis lagii..)
Mawi: Sha... kalau lah betul ko nak pegi Sha... aku harap kita jgn sia2 kan masa yg ada ni... Kalau boleh, aku nak ko sentiasa dengan aku...
Marsha: Okey... I'll be with you always, sayang...
Mawi: Dah.. jangan nangis dah...
Marsha: (lap air mata dia...) I sayang you...
Mawi: Aku tau... aku pun sama...
Marsha: Sayang.. sia nak jumpa sayang malam ni boleh??
Mawi: Hmm.. okey gak.. kita dinner sama nak?
Marsha: (dah stop nangis..) Okay... sayang dtg ambik sia tau...
Mawi: Ok. Bye..

Happy Birthday, Marsya dearest!!!!

Marsya with her brother, Imran

Happy birthday to my one and only niece, Marsya!!!!!!!!!! Heehee.. sure sesapa yg baca ni ingat Marsha AF3 ekk.. sebenanya birthday anak sedara aku laaa... umor dia 8 tawun aa... kebetulan nama dia Marsya - with a 'Y' laa... heehee.. Birthday party dia this coming Sat... mmm.. aku keje plak tu sampai kol 11pm... mmm.. maybe aku pegi gak after work kot... Adoiii.. apa nak beli ekk for an 8-year-old gal?? Any suggestion? Muahahah....

Tuesday, February 07, 2006

Happy birthday Sarah!!!!

Happy Birthday to Sarah Akmarwati... my 'Ally McBeal' pren... hahaha...

Went to KLCC just now.. lepak ngan kak Bijak, Sweetjaan & Pipicomel... makan kat Laksa Shack.. yum yum.. tercapai gak cita2 nak makan laksa today.. muahahah.... pas tu kitorang jalan2.. tertengok plak handbags kat satu kedai branded ni.. tak ingat plak nama kedai tu... but the handbagssss.. OMG!!!! Cun siottttttt.... tengok jer dah teringat kat M&M.. muahahaha.. royan balik.... here are the handbagsssss....




Cun kannn... definitely wat abg botak should buy for our princess.. muahahaha...



Monday, February 06, 2006

Dialog M&M: AJL~AFTour


Marsha call Mawi...

Marsha: Sayanggg.... congratttsss!!! Kan sia dah kata... sayang mesti menang punyaaa....

Mawi: (sengih happy sbb Marsha call dia...) Terima kasihh... ko kat mana ni?

Marsha: Emm.. kitorang baru sampai Kota Bharu...

Tetiba ada suara panggil Marsha... Mawi dgr kat tepon...

'Shaaa!!! Jomlaa... diorang dah naik kete tuuu...'

Marsha: (ckp kat org yg tegor dia tuu..) Sekejap.. i tgh cakap telefon nii... nanti i datang...

Mawi: Sapa tu?

Marsha: (diam kejap...) Mmm... Kefli... kitorang nak pegi jalan2 kat town..

Mawi: (diam... tiba2 sedih sebab tak leh join kenkawan dia lepak2 kat Kota Bharu sebelum konsert AF Tour nanti...)

Marsha: Sayang... (ingatkan Mawi jeles dgn Kefli...) Sia tak ada apa2 lah dgn dia....

Mawi: (pelik..) Ko cakap amende ni Marsha?

Marsha: Sia cakap.. sayang jgn jeles dgn Kefli... sia dgn dia ndak ada apa2...

Mawi: (tergelak...) Bila masa aku jeles plak ni....

Marsha: Tadi sayang diam tu apa?

Mawi: Laa... aku diam tadi sebab sedihh...

Marsha: Sedih pasal apa?

Mawi: Sedey laaa... tak leh lepak2 ngan korang....

Marsha: (diam.. dah blushing sbb silap andaian Mawi jeless...)

Mawi: Haa... ko ni ada apa2 ker ingat aku jeles nii...

Marsha: (diamm..)

Mawi: Hellooo... knaper diam nii.... aku letak tepon kang... (dah sengih...)

Marsha: Sayang, I miss you... (slow je cakap...)

Mawi: (terkedu jap...) Mmm... nanti aku sampai la KB tu...

Marsha: Sayang tak rindu sama sia?

Mawi: Rindu gakk... (slow gak ckp.. takut org lain dgr...)

Marsha: Bila nak sampai sini? Sia tunggu sayang kat Airport boleh?

Mawi: Ok gak.. ko duduk je dlm kete... karang tak pasal2 ustaz2 kat sana nampak plak...

Marsha: Okey.. (dah happy balik...)

Felix datang...

Felix: (cakap dgn Marsha) Oii.. cepat lah... ko ckp dgn siapa tu?

Marsha: (senyum..) Mawi...

Mawi: Sha... Felix ekk tu? Bagi aku cakap dgn dia jap...

Marsha: Felix.. Mawi mau cakap sama ko.. (hulur hp kat Felix...)

Felix: Weii braderr..... bila mau sampai sini... We miss youu.... (gurau2)

Marsha gelak2 dgr Felix ckp camtu..

Mawi: Lix... aku nak tanya ko ni... Ko dok jauh2 sikit dr minah tu...

Felix jalan jauh sikit dr Marsha.. Marsha pelik tgk Felix macam nak lari dr dia...

Felix: Hah.. aku sudah jauh nii... Ko mau tanya apa?

Mawi: Weii.. Praap ada kaco dia tak?

Felix: (jeling kat Marsha... cakap pelan2...) Mmmm... ada gak laaa sikit... tapi aku tgk dia tak layan mamat tu...

Mawi: Hmmm... lagi, apa cerita menarik kat Kedah & Penang masa aku takda?

Felix: Menarik tak menarik sangat laaa... tapi aku tgk awek ko ni diam je kat sana... semacam je aku tgk... tu pasal dia tak layan mamat tu....

Mawi: (tergelak bila Felix sebut 'awek'.... pas tu terdiam bila dgr Marsha tak ceria...) Ye kerr... ko ada tanya2 dia knaper?

Felix: Mana ada aku sound direct.. aku suruh Akma tanya...

Mawi: Pas tu? Apa dia cakap?

Felix: Ma cakap, Marsha ada tersebut rindu kat ko.. pas tu dia gelak2 cakap 'Takde maknenyer'....

Mawi: Hmm.. kalau cam tu.. memang betulla dia rindu kat aku...

Felix: Mana ko tau?

Mawi: Tadi dia cakap kat aku...

Felix: Waduh.. Waduh.. 'Cintaku dikocok-kocok' rupanya.... (gelak kuat...)

Mawi: (sengih...) Kocok2 kepala hotak kau...

Felix: Bila ko mau dtg sini? Nanti parah ko mau pujuk kalau dia merajuk...

Mawi: (gelak..) Esok pagi flight aku lepas Subuh.. ko dtg ekk dgn dia amik aku esok?

Felix: Eceeehh.. ko pun rindu sama dia haaa...

Mawi: Woii... diamlaa.. jgn laa ckp kuat2....

Felix: (nyanyi lagu Amelina...) Sungguh ku tak mampuu... menahan rindu, ahh!.. ahh!.. (gelak kuat..)

Mawi: (gelak kuat gak...)

Marsha dtg dkt Felix... Felix terus bg hp kat Marsha...

Mawi: (ingatkan Felix still pgg hp...) Eh.. ko cakap dgn awek aku, pakai baju elok2 sikit kat Kelantan tu...

Marsha: (sengih...) Iyalah sayang..... sia pakai baju elok2 okey...

Mawi: (terkejut..) Ehh, Shaa... mana Felix? (dah malu dah..)

Marsha: (gelak..) Dia dah pegi dah...

Mawi: (isy mamat sekor nih.. kan aku dah kena kantoi...)

Marsha: Sayaangg...

Mawi: Apa?

Marsha: Sia nak pegi dah ni... esok kol brapa flight?

Mawi: Flight aku lebey kurang kol 7 pagi. Ko dtg dgn Felix tau.. aku dah cakap dgn dia tadi...

Marsha: Okey.. Mmmm.. bawak trofi yg sayang menang tu boleh tak? Sia nak tgk...

Mawi: Okey... ko bawak mende tu buat tido pun bolehhh...

Marsha: (gelak...) Bye sayaangg... muahhsss.. (buat kissing sound kat hp... pas tu terus letak tepon..)

Mawi: (Aduhhh Salihaaa... tak sia2 aku ingat kat ko masa nyanyi AJL tadi... sampaikan baju2 yg aku pakai pun kaler faveret ko gak... isy... Marsha.. Marsha...)

Muahahaha...

Sunday, February 05, 2006

commenting and trackback have been added to this blog.

Saturday, February 04, 2006

One JU day....

Finally, ada gak time nak update...
Lepas dah abih keje around 3.30pm yesterday, ingat nak pegi MidValley terus.. konon2 nak jalan2 dulu ler, since aku pun dah lama tak pi situ... then, tetiba Shikin call nak pegi sama... adoii.. terpaksa la aku tunggu sampai 5.20 kat opis dia... tunggu punya tunggu, 5.40 baru dia kuar... sampai sana, sempat lagi Shikin belek2 kasut baru... nak beli katanya... anyway, sampai sana, tgk2 dah ada cekputeh & doter (Tisya), kak mona & abg kamal... abg kamal nak jalan2 dulu, kitorang pun duduk ler kat Dome dulu... rupa2nya.. k charm, aqil, maxx & ja'a sempat lagi la tgk Buli Balik... muahahah... dengar2 ada owang nangih tengok citer tu... heehee... sementara tunggu bebudak lain, makan ler dulu... sedapnyaaa makan chicken & mushroom soup... cekputeh plak makan the same soup & brownies with icecream for Tisya.. last2 Tisya plak yg makan soup tu coz it's her fav soup ropernyer.... muahahaha... pas tu aku tgk ada minah ni jalan menuju kitorang dengan muka stone abihh... macam ustazah kalau tgk dr jauh... rupe2nyer, si Emy... muahaha... dia dr opis...

pas tu sorang2 datang... Hani, miss president & son, Zuera Siam, then k charm & the geng.. then Iza.. then cikZu (azrimrs).. sapa lagi ekk? rasanya tu je kot... Hani order spaghetti bolognaise.. tapi ada la citer haru yg made her makan kuah spaghetti jer... muahahaha...

bersambung... muahahah...




Friday, February 03, 2006

Busy! Busy! Busy!

Konnichiwaaaaaaaaaa... Hmm.... tak sangka plak dah lepas month-end report aku still busy... heehee.. slalu ada gak la masa nak bersantai kat internet... muahahah.. anyway, report pun dah nak hantar dah.. and PMS Anis pun tunggu approval signature jer... so... rasa macam nak sambung dialog aku tapi tunggu buat kat rumah lah... petang ni plak ada small gath with the Jiwangans... hopefully keje aku abih cepat, then bleh la aku lepak2 sat kat MidValley.. lama dah tak pi sana... Talking about JU, smlm Akma ada kat Nasional FM. Seb baik kak liza & kak na sms bgtau.. and nasib baik gak aku bwk earphone handsfree tu.. bleh gak sambung dgr radio kat opis.. ahaahahaa.. Akma byk kali kena usik dek DJ pasal Felix.. heehee.. aku gelak sorang2 ler bila sampai kat rumah.. dah dua kali dah Akma kena sebut nama Felix untuk announce lagu WBP... satu kat Era minggu lepas, satu lagi semalam... muahahaha... apa2 pun, JU royan abisss...

Thursday, February 02, 2006

First of the First

Finally, i got my own blog... yeahuuuuuuuuuu.... berjaya jugak akhirnya walaupun kelam kelibut gak nak setup the whole thing.. almaklumler aku ni buta IT gak ler... muahahah... anyway... i would like to take the opportunity to thank few people who gave me the inspiration to start this blog ==> Idlan, of course (first person who informally introduced me her blog - anyway, sebenarnya aku terjumpa blog dia... heehee), Bloggers United who inspired me that writing is actually an art!!!!, reen, maxx, panji, fairuz6e and few other people yg aku tanya satu dua soalan gak ler.. sorry kalau tak ingat... heehee..
 

Copyright 2007 ID Media Inc, All Right Reserved. Crafted by Nurudin Jauhari